Bab 3

46 9 0
                                    


Terlalu lama menyepi. Risau dengan iman yang semakin lama semakin turun. Risau dengan diri sendiri yang kian alpa dengan dunia. Namun, bukan itu alasan membiarkan syaitan menghasut diri, menjatuhkan dan merendahkan insan seperti aku, kita dan mereka.

Ingat, bila mana kita tergelincir dengan dosa, jangan pernah berputus asa.

Jangan pernah rasa down teramat sehingga kita biarkan diri kita terus dihasut syaitan.

Jangan pernah rasa tidak layak untuk beribadah.

Jangan pernah rasa tidak layak untuk menegur sesama kita.

Kerana apa yang pasti, setiap teguran kita itu, kita juga sedang memberi teguran untuk diri sendiri.

Kita yang memberi nasihat, pencaindera kita lebih dekat maka berdoalah supaya nasihat itu meresaplah dalam diri kita.

Dalam Al-Quran juga, Allah swt berfirman ;

📌 Surah 3 ; Ayat 135

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya ; "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."


Bila mana kita tergelincir dalam lembah dosa, maka carilah ALLAH. Siapa lagi yang dapat mengampuni DOSA selain daripada ALLAH?

Kita bukan seperti nabi, yang maksum. Kita manusia yang serba kekurangan, imannya pasti naik dan pasti juga turun. Tapi Allah mengangkat darjat hamba-Nya yang sentiasa memohon keampunan dari-Nya.

Allah mengangkat darjat hamba-Nya yang berjihad di jalan-Nya.

Allah mengangkat darjat hamba-Nya yang berakal, mereka yang tahu membezakan yang baik mahupun buruk.



Wallahu'alam.

Dakwah Dan TarbiahWhere stories live. Discover now