24

58 0 0
                                    

“Bos, saya dah jumpa dah perempuan tu!” Laporan daripada orang buahnya. Dia dah jumpa perempuan misteri yang disuruhcari dahulu. Sangat lama masa diambil untuk membongkarnya.

Entah kenapa, hati Harraz tak teruja langsung untuk mengenali wanita yang dijumpai itu. Melalui maklumat yang dia dapat, dia yakin bukan Nurin. Cukup bila orang buahnya cakap, ‘berambut ikal, dia tahu memang bukan Nurin.

Harraz keliru. Nama perempuan itu Haslin. Model. Berbulan-bulan berada di Milan kerana kerjanya dan baru beberapa hari pulang Malaysia. Sebelum Haslin dijumpai, dia terlebih dahulu jumpa Nurin. Tapi, kenapa dua perempuan yang berbeza?

Harraz ambil keputusan untuk berjumpa Haslin. Hanya itu caranya untuk dia pastikan kebenaran.

  

   ---------------

Dari jauh lagi, Harraz nampak seorang wanita ranggi tengah duduk bersendirian di meja yang ditempahnya. Tak salah lagi, itulah Haslin. Harraz tak terus melangkah. Tapi menganalisis Haslin dari jauh.

Haslin duduk. Jadi dia tak boleh agak tingginya macam mana. Berambut perang ikal mayang separas pinggang. Memakai blouse putih bersama skirt pendek paras paha. Imej yang sangat berbeza dengan wanita misteri itu. Dia ke? Kalau ya, entah kenapa, Harraz rasa kecewa.

“Haslin?” Harraz menyapa wanita misteri itu.

Haslin angkat muka pandang Harraz. “Yes, I’m Haslin. You yang nak jumpa I tu ke?”

Harraz duduk dulu. Dia diam tanpa perkenalkan dirinya. Mata wanita di depannya dipandang. Rasa macam tak sama dengan wanita misteri itu.

Did you remember me? Kita  pernah jumpa.” Terus deberi soalan ujian.

Of course. Harraz Naufal. The handsome and prodigious CEO of Harraz Holdings. We met at Palace of Golden Horses,” jawab Haslin yakin.

Harraz agak terkejut. Dia pernah sebut namanya dan pangkatnya ketika bertemu wanita misteri itu sebelum dia ditinggalkan.

“You model terakhir Nashrain Lee dulu?” Harraz minta kepastian.

Yes, I was.”

But you look different.”

Well.. maybe sebab masa tu I pakai tudung, pakai purdah. Sebab tu you tak kenal I masa tu,” jawab Haslin lagi.

Tapi Harraz tetap ragu-ragu walaupun semuanya betul. Tapi, kenapa pula perempuan depan dia ni nak tipu?

Well.. don’t worry. Semua tu cuma atas permintaan Lee. Kerja I memang kena pakai apa yang disuruh pihak penganjur. Inilah I yang sebenar,” kata Haslin.

“Tapi, kenapa I rasa you tetap tak sama macam dulu?” Harraz masih sangsi. Atau sebab di depan matanya sekarang cuma terbayangkan Nurin?

“Memang I yang you cari, Harraz. You tak yakin ke?” duga Haslin pula.

“Tapi, kenapa you lari dulu? Kenapa you semacam mengelak bila berdepan dengan I?”

“Oh, masa tu I kena cepat. Sorrysebab ignore you.”

Harraz pandang lagi wajah Haslin. Akalnya cuba yakinkan yang Haslin wanita itu, tapi entah kenapa hatinya tidak. Susah nak percaya melainkan suruh Haslin pakai purdah. Tapi kalau dia suruh, nak ke Haslin? Entah-entah Haslin cakap dia sakit mental.

Tiba-tiba terbayangkan Nurin. Nurin atau Haslin? Nurin atau Haslin, Harraz? Mana pilihan kau sekarang ni? Kau nak siapa?

“Nampaknya, I tak salah cari. Memang you yang I cari, Haslin. Did you know how much effort I put to look for you? Betapa I gembira sebab akhirnya dapat jumpa you.”

tpi. 16-25+TeaserWhere stories live. Discover now