MERTUA ANGKER

152 2 1
                                    

Bunyi Kompang di palu dan riuh meriah suasana perkahwinan di rumah Puan Maryam cukup menggambarkan betapa kedua mempelai cukup di rai. Di satu sudut kelihatan riuh beberapa orang wanita yang asyik bersembang sambil membuat gubahan makan beradab bagi pengantin. Tetamu silih berganti datang dan pulang. Puan Maryam asyik melayan tetamu. Riuh sungguh halaman rumah Puan Maryam ketika itu. Dia beralih ke dapur memantau hidangan makan beradab memastikan semuanya sempurna bagi kedua mempelai.


"Pengantin dah sampai Yam." Suara Zaiton menyapa anak telinga Puan Maryam. Dia yang ketika itu sedang asyik memerhatikan hidangan pengantin siap di gubah pantas berkalih.

"Yalah Ton. Sekejap lagi aku ke depan. Kau tolong aku pastikan semuanya okey ya kat depan tu." Arah Puan Maryam. Zaiton mengangguk faham lalu segera ke depan. Riuh suara beberapa orang kanak-kanak berlari di ruang tamu kadangkala bertingkah dengan riuh suara tetamu bersembang.

"Dah siap semuanya? Eloklah bawak semua ni ke depan. Sekejap lagi lepas bersanding pengantin nak makan beradab pulak. Eloklah mana yang dah siap ni kita hidangkan ke depan" beberapa hidangan pengantin di bawa ke meja makan beradab.

"Eh, kak. Takpe. Udang panjat ni biar saya je yang bawak ea" Puan Maryam tersenyum manis. Sebaik sahaja hidangan terakhir di bawa ke depan, Puan Maryam mengeluarkan sesuatu dari dalam baju kurungnya.

"Perempuan tak sedar diri ni. Aku dah banyak kali cakap yang kau ni tak kan pernah aku terima sebagai menantu aku. Tapi kau degil. Kau merasa lah malam ni. Suka sangat kan makan udang. Kau makan lah banyak-banyak" serbuk putih di tabur. Puan Maryam tersenyum jahat. "kau rasalah malam ni perempuan tak sedar diri, Nak sangat kan jadik menantu aku. Kau rasakan. " Puan Maryam yakin apa yang dia dapat dari Sami Pua mampu memberikan hasil. Dia ketawa jahat!

Rasa bencinya terhadap Salina telah mengatasi akal warasnya. Dia benci akan Salina. Baginya anak yatim piatu yang tidak tentu asal usulnya seperti Salina tidak padan dengan Zakwan anak lelakinya. Sudah bermacam cara di lakukan bagi memisahkan Salina dan Zakwaan namun tidak Berjaya. Baginya, cara halus begini sahaja yang mampu membuahkan hasil. Liat sungguh Salina mahu terpisah dengan Zakwan. Puan Maryam sangat yakin akan ubat yang di berikan Sami Pua kepadanya. Dia yakin. Udang panjat di bawa ke depan. Penuh hati-hati dia melangkah.
Selesai upacara bersanding, kedua mempelai di arak ke meja makan pengantin. Perlahan Salina melangkah sambil di iringi Zakwan suaminya.

Salina bahagia, walaupun hatinya dari tadi tidak tenteram. Dia dapat merasakan pandangan meluat dan benci Puan Maryam akan dirinya sepanjang dia bersanding tadi.

Suasana di meja makan beradap meriah dengan suara suara tetamu yang asyik bersembang antara satu sama lain. Salina duduk sambil memerhatikan lauk pauk hidangan pengantin yang dihidangkan.

Sememangnya dia sangat lapar setelah penat seharian mengambil gambar dan bersanding di atas pelamin tadi. Kecur air liurnya nelihat udang panjat yang terhidang di meja disamping beberapa jenis lagi lauk pengantin yang di hias indah begitu menggamit seleranya.

Zakwan hanya tersenyum apabila dia diusik oleh tetamu tetamu yang lain. Salina hanya tersenyum apabila sesekali diusik dan di sapa. Puan maryam dari jauh memandang menantunya dengan pandangan meluat. Sungguh benci dia pada menantunya. Hatinya berbisik jahat.

Sesekali kelihatan beberapa orang kanak-kanak berlari lari di sekitar meja hidangan pengantin walaupun sudah puas di tegah. Sungguh asyik mereka bermain di sebalik meja.

"ya allah budak-budak ni, boleh tak jangan main dekat sini. Karang terlanggar jugak meja ni karang apa pun tak dapat" Zaiton menggeleng gelengkan kepala tanda kesal. Dari jauh Puan Maryam menatang dulang terakhir makan berhadap pengantin. Hati hati tangan nya menatang pinggan yang berisi udang panjat ke meja pengantin. Hatinya berdetik kesukaan. Lagi lima langkah ke meja makan, kanak-kanak yang bermain di sekitar khemah secara tiba-tiba meluru laju dan terlanggar Puan Maryam. Udang panjat jatuh berserak ke tanah. Masing-masing tergamam. Kanak-kanak tadi meluru ketakutan menyamatkan diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MERTUA ANGKERWhere stories live. Discover now