BAB 2

27 6 0
                                    

Malaysia Airport : KLIA 2

Kelihatan seorang perempuan berkaca mata hitam dan dua orang lelaki berpakaian kasual serta diiringi oleh beberapa orang lelaki bersut hitam berjalan keluar daripada balai ketibaan. Sepanjang perjalanan, setiap langkah mereka menarik perhatian orang awam di lapangan terbang tersebut. Bisikan dan sapaan daripada orang awam juga diabaikan.

"Hola! Cik Aisyah. Long time no see. Como estais?" tanya lelaki yang menyambut ketibaan mereka sambil menundukkan sedikit badan tanda hormat. Terdapat dua buah kereta Velfire yang datang menjemput mereka; berwarna hitam dan putih. Pintu kereta berwarna hitam di buka.

"Hola too Kai..alhamdulillah biene." Jawabnya. Kai hanya tersenyum. Nampaknya cik puan kesayangannya masih lagi sama seperti dulu. Agak terkejut sebenarnya bila diberitahu yang Aisyah akan datang ke Malaysia seorang diri. Sepanjang perjalanan ke villa, mereka banyak menghabiskan masa berbual sahaja.

"Kau ok ke pindah dekat sini? Tempat dekat sana macam mana? Siapa yang tengokkan?" tanya Kai kepada Aisyah. Aisyah tersenyum tawar.

"Nak tak nak aku kena ikut juga cakap papa. kau macam tak kenal papa aku tu macam manakan? Pasal tempat dekat sana kau jangan risau, aku dah suruh yang lain tolong tengokkan."kata Aisyah lagi.

"Kau dah tahu ke kau sekolah dekat mana nanti?" tanya Kai lagi. Joe dan Shah di belakang langsung tak dihiraukan.

"Kalau tak silap aku, nama sekolah tu Alexandra Felix Highschool. Private highschool." Kata Aisyah. Kai hanya menganggukkan kepalanya.

"Kau dah sedia? Sedia nak hidup dengan orang luar?" jelas kedengaran nada kerisauan Kai kali ini. Dia juga risau tentang keadaan sepupu kesayangannya ini. Aisyah hanya menganggukkan kepala sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap. Walaupun dia seorang yang 'lain' tapi dia tetap risau. Risau takut rahsianya terbongkar, risau takut dia tidak memperoleh kawan yang baik, risau tentang segala-galanya. Kai yang menangkap perubahan wajah Aisyah hanya mengeluh perlahan.

****************************************

"Nish...cepat la sikit. Kita dah lambat dah ni. makan pun lambat." Jerit Harraz daripada luar. Dia yang sudah selesai bersarapan dan memakai kasut terus meloloskan diri ke dalam kereta Audi putih milik keluarga Danish.

Danish yang mendengar jeritan tersebut hanya mengabaikannya. Baru pukul 6:40 pagi. Apa yang lambatnya? Dia meneruskan suapannya. Dari caranya, tiada langsung tanda yang dia akan berhenti.

"Danish...cepat sikit makan tu. Kesian Harraz dengan Hanim. Dah lama tunggu dalam kereta." Tegur mamanya. Anaknya ini kalau dibiarkan, semakin menjadi-jadi perangainya.

"Hehehehe...biar je mama. Awal lagi kut. Harraz tu memang macam tu. Saja je nak pergi sekolah awal. Masuk kelas dia sambung tidur balik. Biar la dia tidur dalam kereta tu dulu." Balasnya bersahaja.

"Danish..tak baik buat orang macam tu. Mama tak ajar anak mama macam ni. kamu nak masuk neraka ke?" simple dan tegas kata-kata mamanya menghentikan segala aktivitinya. Kepala ditundukkan memandang ke bawah. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala persis seperti anak kecil yang sedang dimarahi orang tuanya.

"Kalau tak nak...jangan kamu nak kumpul dosa lagi, dosa yang ada pun dah banyak. Cepat makan. Lepas tu terus ke sekolah." Pesan mamanya lembut. Dia tahu yang anaknya ini seorang yang mendengar kata. Tidak pernah melawan kata-kata orang tua. Danish menganggukkan kepala. Dia bangun dan bersalaman dengan mamanya sebelum berangkat ke sekolah.

Setibanya di sekolah, seperti biasa mereka akan bergerak ke kelas masing-masing. Harraz dan Danish sama kelas. Manakala Hanim akan ke bangunan sebelah kerana Hanim pelajar tingkatan 4. Dan seperti biasa juga, kedatangan mereka sudah semestinya akan menjadi tumpuan pelajar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan.

************************************

"Cik Aisyah, kita dah sampai. Cik nak saya hantar cik ke dalam ke?" tanya pemandunya.

"Tak payah la abang Man. Saya boleh pergi sendiri. Terima kasih and Assalamualaikum." Katanya sebelum keluar daripada kereta. Dia kini berdiri betul-betul di hadapan pagar sekolah. Rasa takut mula menguasai diri. Dengan lafaz bismillah dia melangkah masuk ke kawan sekolah. Kaki diayunkan ke pejabat sekolah. Pandangan daripada pelajar dia hiraukan.

"Wehh...Aisyah.." jerit satu suara. Segera dia menoleh ke arah suara tersebut. Seorang lelaki berjalan dan melambaikan tangan kepadanya. Di belakang lelaki tersebut kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Kai? What are you doing here?" tanya Aisyah. Pelik apabila melihat sepupunya itu ada di sekolah yang sama.

"Guess what..this is my school. Mestila aku ada dekat sini. Soalan tu kalau boleh 'cerdik' lagi," kata Kai sambil menyilangkan tangan ke dada. Dua orang rakannya hanya menjadi pemerhati.

"Dua orang ni kawan aku. yang lelaki ni namanya Adam. Yang perempuan ni pula nama dia Aqila. Dia orang ni kiranya best friends aku la." Terang Kai apabila melihat air muka Aisyah. Dia kenal sangat dengan pandangan tu. Aisyah yang mendengar hanya menganggukkan kepala.

"Kau nak cari pejabat ke? Need my help?" tanya Kai lagi. Aisyah menganggukkan kepalanya. Dia sangat la memerlukan pertolongan saat ini. Sudah la sekolah ni besar, mana mungkin dia dapat jumpa pejabat dalam masa yang singkat.

Kai dan kawan-kawannya menunjukkan Aisyah jalan ke pejabat. Dalam perjalanan, Kai juga ada mengingatkan Aisyah tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di sekolah ini. Peraturan-peraturan sekolah juga diterangkan.

Setibanya di pajabat, Kai dan yang lain terpaksa tinggalkan Aisyah keseorangan. Mereka terpaksa masuk ke kelas kerana sebentar lagi sesi pembelajaran akan bermula. Aisyah terus masuk ke dalam bilik pengetua.

"Akhirnya..sampai juga kamu Aisyah. Puas uncle tunggu kamu." Kata pengetua kepada Aisyah.

"Maaf lambat. Saya sesat tadi. Nasib baik ada Kai. Dia yang tolong saya." Terang Aisyah. Kerusi di hadapan pengetua dia duduk.

"Family kamu macam mana dekat sana? Semuanya ok?" tanyanya. Aisyah hanya menganggukkan kepala.

"Alhamdulillah...semua baik-baik sahaja." Balas Aisyah. Pengetua hanya tersenyum. Dia memang sedia maklum dengan perangai Aisyah. Sepatah di tanya, sepatahlah yang dijawabnya. Haih..

"Ok Aisyah..this is your student pass and your locker password. Kelas Aisyah kelas pertama. 5 Emerald. Nanti uncle bawa kamu ke sana. And kalau ada apa-apa, jangan takut nak jumpa uncle." Kata lelaki tersebut. Setelah segala urusan selesai, dia membawa Aisyah ke kelasnya di blok D.


*************

Holla...¿ cosorry kalau kurang best

LOVE Miss INTROVERT!!Where stories live. Discover now