1) Aku segera berlari ke pusat khidmat pelanggan Walmart untuk mengambil anak lelakiku yang hilang di sana.
"Cubaan yang bagus encik, sebab ayah dia sudah ambil dia tadi."
👻
2) Ramai yang selalu mengejek dan memandang rendah kuasa luar biasaku yang hanya mampu teleport batu kecil sahaja.
Mungkin mereka tak tahu yang batu kecil di dalam arteri mereka mampu mencekik jantung mereka sampai mati.
👻
3) Sepasang mata memerhatiku, menembusi kegelapan, dan kemudian menghilang sekali lagi.
"Tak, tak ada sesiapa yang terselamat bawah ni," kata pasukan penyelamat itu.
👻
4) Suara anakku yang sedang memanggil-manggil dan meminta pertolonganku lama-kelamaan menjadi semakin perlahan.
Sebaik sahaja bateri alat bantuan pendengaranku mati, aku sedar bahawa aku mungkin tidak sempat untuk menemui dia tepat pada masanya.
👻
5) Apabila asap mulai menyelubungi persekitaranku, aku sempat membaca papan tanda yang mengatakan, "Amaran: Jangan guna lif jika berlaku kebakaran."
Aku mengeluh dan tetap menekan butang lif. Aku duduk membatu di atas kerusi rodaku sambil menunggu lif tiba.
21 ; SHORT SENTENCES STORIES PT.3"Thanks for reading. Do vote and comment."
YOU ARE READING
CREEPYPASTA | MALAY
HorrorYakin kau seorang yang berani? Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...