Hari ini aku sudah berjanji untuk menemani Rayqal dan Iris makan tengah hari. Malam tadi Rayqal ada menghantar WhatsApp untuk memberitahu pukul berapa dia akan mengambil aku di kedai bunga.
"Naili kejap lagi aku nak pi lunch. Nah duit, kau belanja dorang makan." Aku menghulurkan duit sebanyak RM300 kepada Naili.
"Alaaa, kau tak dapat join lah ni? Kan kita dah janji." Naili membuat muka sedih.
"Tak payah la fake sangat Li, korang suka kan aku takde, boleh gossip. Aku janji nak belanja bila dapat job besar ni bukan makan sekali, heh."
"Apa lah nasib dapat boss sekejam ni..." Naili mengeluh.
Aku mencerlung tajam ke arahnya.
Pin! Pin!
Aku menjenguk ke luar untuk melihat siapa yang datang. Kereta Honda CR-V milik Rayqal berada betul-betul di hadapan kedai bungaku.
"Tu buah hati dah sampai. Cepat pegi." Naili bersuara.
Aku menjeling Naili.
"Ok! Aku pegi dulu. Jangan nak gossip lebih-lebih eh. Masuk keje on time lepas lunch, jangan nak curi tulang je. Ingat tu!" Ngomelku.
"Hm." Naili membalas omelanku.
Aku bergegas keluar dari kedai bunga dan menuju ke kereta Rayqal. Aku menyapa Rayqal dan Iris sejurus aku masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba sahaja aku mendengar Rayqal ketawa besar. Aku memandangnya dengan muka yang pelik.
Mamat ni sakit ke?
Tetiba gelak."Kenapa gelak?" Tanyaku kehairanan.
Hanya jarinya menunjuk ke bahagian hadapan. Sepantas kilat aku mengikut arah jarinya.
Aku melihat sekumpulan pekerjaku sedang bergelak ketawa di dalam kedai sepertinya mereka sedang bersorak mungkin.
"Cis, kureng hasem! Suka sangat ye tu takde aku. Tunggu korang..." Getus hatiku.
Aku menarik muka masam.
"Jumlah pegi lunch cepat." Kataku.
"Okay, okay. Tapi kan baguslah Trish layan pekerja, dorang gembira betul ya." Gelak tawa Rayqal masih tersisa.
"Trish ni boss yang baik kalau abang nak tahu. Sebab tu dorang dah lama keje situ."
"Bagus, bagus. Abang boleh belajar daripada Trish ni."
Nampak sangat dia perli aku, cis!
Sekali lagi aku menarik muka masam dan mendiamkan diri.
Sampai sahaja di restoran pilihan Rayqal, aku keluar dari kereta dan mengambil Iris di bahagian belakang.
Aku terdengar sayup-sayup suara yang seakan-akan memanggil namaku. Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan itu.
"Ya Allah, jantan ni lagi. Kenapalah asik terserempak je." Getus hatiku.
"Trish! Jumpa lagi kita ya."
"Kau buat apa kat sini?" Aku membalas dengan suara yang lembut, tidak mahu memeranjatkan Iris di dukunganku.
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Umi
RomancePertunangan yang terjalin selama 7 bulan akhirnya terlerai di persimpangan jalan. Tinggallah aku dengan kenangan pahit manis yang pernah diukir bersama pasanganku suatu masa dahulu. "Sudahla tu termenungnya, bukan dia datang kat kamu balik pun." - U...