꧁ Bab 12 | Bukan Untuk ꧂
BersamaSelepas sahaja dia meninggalkan Bella ditepi jalan, Farris terus ke arah lokasi yang telah dijanjikan bersama Hanna untuk bertemu.
Ye, dia meninggalkan Bella yang merupakan calon isteri pilihan mamanya ditepi jalan dan tiada sedikit pun rasa bersalah terbit dihatinya.
Farris rimas, Bella bukan siapa-siapa, kenal pun tidak tetapi sibuk ambil tahu halnya. Lagi menyakitkan hati disebut perihal kekasih. Jadi bukan salahnya, itu salah Bella sendiri dia ditinggalkan di tepi jalan.
Apa nak jadi pun jadilah dia tak mahu ambil tahu yang dia tahu hatinya betul-betul panas sejak dia dapat kepastian dari Taufiq sebelum pulang ke rumah tadi.
Hancur, hatinya hancur. Kepercayaannya lebur.
Saat itu juga dia buat keputusan tiada lagi apa-apa antara mereka.
Muktamad.
Tiba di lokasi, Farris keluar dan masuk ke dalam restoran yang selalu menjadi tempat mereka meluangkan masa dan kali terakhir mereka kesitu adalah beberapa minggu lalu saat dia baru pulang dari Jakarta. Saat Hanna memberi dia jam tangan.
Kepala digeleng dan dia menuju ke arah Hanna. Kerusi dihadapan wanita itu ditark kasar sebelum dilabuhkan punggungnya. Telefon diletakkan diatas meja begitu juga envelop yang diterimanya.
“Hye baby. What's wrong?” tangan Farris cuba dicapai apabila Farris yang baru sahaja tiba tidak berada didalam keadaan yang baik. Namun alangkah terkejutnya apabila Farris menepis kasar.
Tidak pernah sekali pun, sepanjang mereka bersama Farris menepisnya.
Mungkin, Farris betul-betul tak ada mood.
“Kenapa ni? You ada masalah? Tell me” Hanna bersuara lagi.
Farris memandang Hanna tajam, rahangnya diketap. “You marah dekat I ke?”
Tanpa banyak bicara envelop ditolak ke arah Hanna.
“Apa ni bie?” Farris kekal membisu. Benci sudah dipanggil begitu oleh wanita dihadapannya. Sudah berapa ramai lelaki entah panggilan itu dipanggil oleh Hanna.
Apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut Farris, Hanna pantas membuka envelop itu dan melihat isi didalamnya.
“H-How...” mulutnya ditutup menggunakan telapak tangan. Tidak mampu melihat kesemua gambar yang mengaibkan itu, Hanna kembali memandang ke arah Farris yang masih memandang dirinya dengan pandangan yang cukup tajam.
Jika pandangan boleh membunuh, Hanna yakin dia akan mati dengan pandangan itu.
“Care to tell me?” soal Farris akhirnya.
“I can explain,”
“Explain then. Jujur” balas Farris.“O-okay... That was a mistake” Farris ketawa sangat sebelum menguak rambutnya. “Yeah I know” balas Farris. Takkan curang itu perbuatan yang baik pula kan?
“So betullah apa yang ada dalam gambar tu?” Hanna teragak-agak untuk menjawab. Sudah dirasakan matanya bergenang.
Hanna tahu dia salah. Sebelum ini, walaupun dia terlalu rapat dengan lelaki, walaupun lelaki mudah menyentuh dirinya bagai tiada batas namun tak pernah dia tidur dengan sesiapa tetapi entah kenapa dia begitu mudah serahkan dirinya pada Azim. Hanna sedar salahnya dan dia kesal untuk itu.
YOU ARE READING
Temptation √ (TERBIT)
RomanceSyed Farris | Bella Irdina Kerana aturan keluarga, mereka bersatu. Bella mula memasang niat untuk membuat sang suami jatuh cinta padanya. Cuma ada satu cara. Goda Farris! Habis-habisan. "Keep pushing me away. But in the end of the day. You wil...