Aturan Keluarga

601 3 2
                                    

Setiap tahun pasti sahaja syarikat tempat kerja ibuku akan mengadakan majlis Hari Keluarga bagi merapatkan hubungan antara para pekerja dan pihak atasan. Tahun ini lokasi percutian yang telah ditetapkan adalah di Pulau Langkawi. Siapa sahaja yang yang mendengarkan lokasi tersebut sudah pasti akan bersorak keriangan kerana Pulau Langkawi sangat dikenali sebagai destinasi percutian yang paling cantik. Tambahan pula, kebanyakkan barang jualannya adalah bebas cukai terutamanya coklat-coklat.

Segala persiapan sudah ku siapkan seawal dua hari sebelom perjalanan bertolak. Menjadi satu kebiasaan bagi keluarga kami untuk pergi menaiki kenderaan sendiri walaupon sudah disediakan 2 buah bas.

Usai sampai sahaja di jeti Kuala Perlis terus sahaja kami berkumpul di kawasan tembok-tembok kerana begitu sesak dengan para pelancong. Di situ bukan keluargaku sahaja yang baru sampai tetapi ada juga seorang lagi family rakan ibuku, Cik Erni.

Sesampai sahaja terus aku memelok dan bersalam dengan anak bongsunya, Nabila. Cik Erni mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang lelaki (Along dan Nazzar) dan seorang perempuan, Nabila. "Bella teman Liya dengan abang dekat sini eh.. Ibu dengan Cik Fizah nak pergi beli tiket kejap" kata Cik Erni kepada Nabila. Nabila mengangguk dan berbual-bual dengan Liya. Sedang rancak mereka berbual tiba-tiba sahaja Nazzar menghampiri mereka dan memanggil Nabila "Adik... Along panggil kau" kemudian terus sahaja Nabila berlalu pergi. Liya yang berasa kekok sekadar berdiam diri dan meliarkan pandangannya ke kiri kanan supaya tidak bertembung mata dengan Nazzar.

Tiba-tiba sahaja Nazzar menghampiri Liya dan merapatkan wajah mereka. Kini jarak wajah Liya dan Nazzar hanyalah sejengkal sahaja.. Kecut perut Liya dengan perbuatan Nazzar itu. "Eh pendek.. Bila kau nak tinggi erk?" soal Nazzar dengan sinis. Liya sudah mula panas hati dengan Nazzar dan terus menjawab "Biarlah.. Yang kau sibok tu apasal? Jealouslah tu", "Eh pendek nie.. Aku cubit karang" bidas Nazzar pula, "Cubitlah.. Nanti aku bagitahu dekat Cik Erni dengan Along" jawab Liya tidak mahu kalah. Baru sahaja Nazzar ingin mencubit pipi Liya tiba-tiba dia disapa dari belakang oleh Alongnya "Kau buli Liya eh?" pantas sahaja Nazzar menjarakkan dirinya dari Liya dan berkata "Mana ada.. Dia tu hah yang cari pasal dengan aku" kemudian terus sahaja dia berlalu pergi. Along memandang Liya lalu tersenyum mesra. Liya membalas senyuman Along sebagai tanda berterima kasih. Kemudian Along terus bersandar di tembok yang Liya berdiri. Jarak antara mereka terlalu dekat sehinggakan bahu mereka bergesel.

- 30 minit kemudian -

Kedua ibu bapa mereka pon datang dan terus berkemas-kemas untuk menaiki feri yang telah ditempah. Sebelom berpisah sempat pula Cik Erni berseloroh "Ala.. Tak dapat seferi dengan Kak Fizahlah pulak.. Kalau tak dah boleh dah dia orang nie duduk sama-sama. Tadi Cik Erni ingatkan nak belanja Liya tiket feri sama ngan Bella tapi mak Liya pula tak bagi.. Tak perlah.. Melepaslah Nazzar nampaknya" kemudian terus sahaja dia ketawa sendirian. Liya dan Nazzar saling berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum mengejek.

Sesampai sahaja di hotel yang ditetapkan. Kedua keluarga ini terus bergerak saing menuju ke kaunter hotel untuk menguruskan urusan penginapan mereka. Sudah semestinya anak-anak akan duduk ditempat menunggu.

Nabila duduk di seat dua orang, bersebelahan dengan alongnya. Adik Liya pula duduk di seat seorang manakala Liya dan Nazzar pula saling berebut tempat duduk. "Nie tempat aku eh.. Kau jangan ngade-ngade nak duduk sini. Kau duduk atas lantai sana" amaran si Nazzar terhadap Liya, "Huh.. Suka hati akulah nak duduk mana.. Kau tu pergi sana" halau Liya pula, pantas sahaja Nazzar menolak lembut Liya dan berkata "Kau tu menyebok jer.. Shuh.. Shuh..". Baru sahaja Liya mahu menolak Nazzar semula tiba-tiba kedua ibu bapa mereka datang. "Dah kenapa nie? Berebut tempat duduk ke?" soal suami Cik Erni. "Nazzar... Bagilah Liya duduk" pujuk Cik Erni pada Nazzar dengan tegas manakala ibu Liya pula "Pergi berdiri dekat sana. Jangan nak mengade-ngade eh" marahnya sambil mencubit peha Liya.

Akhirnya Liya mengalah dan berjalan pergi sambil menahan air matanya dari merembes keluar. Nazzar memandang Liya dengan sayu dan penuh rasa bersalah.

Ketika di dalam lift Nazzar mengambil tempat di belakang Liya lalu dia berbisik di telinga Liya "Sorry.. Tak sangka kau kena marah sebab aku.. Sorry tau" suaranya penuh dengan rasa kekesalan. Liya sekadar tersenyum. Kemudian mereka berpisah apabila masing-masing berada di tingkat yang berbeza.

Pada petang itu, Nazzar dan Nabila mengajak Liya dan adiknya untuk bermandi di kolam renang namun ibu si Liya tidak membenarkan kerana kepenatan jadi ibunya Liya memberi cadangan untuk bermandi pada petang keesokan harinya. Orang yang paling sedih adalah Nazzar kerana tidak dapat bersama dengan Liya.

- Keesokan harinya -

Seperti yang dijanjikan, pada petang itu Liya turut serta untuk mandi kolam bersama Nabila dan Nazzar. Ketika sedang mandi-manda tiba-tiba sahaja Nazzar datang menghampiri ke arah Liya dan mendekatkan jarak antara mereka berdua.

"Sakit lagi tak bekas cubitannya?" soal Nazzar dengan penuh rasa prihatin. Liya sekadar tersenyum dan berkata "Dah tak", baru sahaja Liya ingin berlalu pergi.. Terus sahaja Nazzar menggapai lengan Liya dan berkata " Kau nak pergi mana?", "Nak mandi dengan Nabila lah..", "Mandilah dengan aku. Bella dengan pakwe dia.. Kau dengan akulah" tahan Nazzar sambil memandang tepat ke dalam mata Liya.

Liya terpaku seketika dengan rupa paras Nazzar. Memang diakui bahawa Nazzar memiliki rupa yang tampan ditambah pula dengan ketegapan badannya menyerlahkan lagi kelakiannya.

Sedang mereka berendam tiba-tiba sahaja Nazzar mendekatkan lagi jarak mereka dan berbisik "Kau suka aku tak pendek?", Liya memandang sinis wajah Nazzar dan berkata "Tak.. Aku benci kau", Nazzar terus memercikkan air pada Liya dan kemudian bertanya "Kenapa pulak?", "Sebab kau lari terkepit. Hahahaha" pecah tawa Liya bila terkenangkan kenangan mereka sebelom nie. Baru sahaja Nazzar ingin mendekatkan lagi jarak mereka tiba-tiba kedua ibu bapa Liya datang dan mengajak untuk bersiap bagi majlis makan malam sebentar nanti. Nazzar memandang sayu pada Liya dan terus meninggalkan Nabila sendirian dan berlalu naik ke bilik.

Semasa di dalam lift Nazzar sempat membisikkan sesuatu pada Liya "Jumpa malam nie tau. Bye". Liya sekadar mengangguk dan tersenyum. Hati Liya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Sungguh dia terlalu menyukai Nazzar sejak kali pertama berkenalan namun ada sahaja perbalahan yang mereka cipta sebagai kenangan. Dalam diam memasing bermain tarik tali demi memuaskan hati memasing.

#Tunggu episode seterusnya untuk ketahui detik sejarah malam itu

#Perbalahan adalah jalan terbaik untuk mendapatkan perhatian

#Apakah kesudahan cinta mereka? Adakah sekadar cinta monyet?

101 KisahOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz