0 • 07

120 25 48
                                    

sudah lima hari aku tersadai di hospital ini di sisi jongho yang masih terlantar baring di katilnya. mata aku sembab, kerana setiap hari aku menangis meratapkan kesalahan aku.

setiap lima hari aku di sini, sekolah aku tidak hadir. baju sukan yoongi aku tukar ke baju sekolah aku. masih tidak makan, masih tidak mandi mahupun balik ke rumah.

aku masih setia menunggu jongho yang kaku tidak sedarkan diri untuk sedarkan diri. aku rasa bersalah..

bibirnya masih ada kesan luka, kepalanya berbalut, tangannya dicucuk iv drip, hidup bergantung dengan mesin pernafasan itu.

telefon di tangan bergegar membuatkan aku memandang kosong telefon bimbit aku, tertulis nama yoongi. aku mengangkat call itu.

“ jieun-ah, esok tau school campingnya. ssaem kata esok berkumpul dekat halaman sekolah dengan baju apa semua, aku.. tunggu .” terus aku matikan tanpa menunggu apa-apa yang dia mahu katakan lagi.

aku memandang jongho yang kepalanya berbalut, dia bernafas di bantu oleh mesin, bunyi mesin itu memenuhi segenap ruang wad ini.

jongho.. doktor kata esok kau last, tetapi kenapa kau tidak tunjuk sebarang tanda untuk sedarkan diri? esok.. aku tiada kerana aku ada school camping, sepatutnya kau pun ikut sekali tetapi..

aku mula berdiri dari duduk dan keluar dari wad jongho dan pulang ke rumah.

❬ ⸙: ✰❛ colour ; ❀❜ ❭

aku diam memandang ke luar tingkap, bas yang sudah berjalan itu aku hiraukan dan masih membuang pemandangan ke luar.

yoongi di sebelah aku hiraukan, fikiran aku penuh dengan jongho sahaja. adakah dia elok? dah sedar ke? dia okay ke?

aku mengeluh perlahan mengundang perhatian yoongi di sebelah. “ jieun, kau okay? ” soal yoongi membuatkan aku menoleh ke tepi memandangnya.

“ aku okay .” kembali mengelamun memandang ke luar. hannah, yeji dan juga bella sudah selamat di campakkan ke dalam penjara kerana bersalah dalam cederakan aku dengan jongho.

setelah setengah jam bas itu bergerak, cikgu mengarahkan untuk berhenti di stesen rehat untuk berehat sebentar dan membeli sedikit snek untuk di makan.

cikgu mengarahkan semua orang keluar dari bas kecuali aku kerana aku berada tidak sihat. pemandangan luar masih menjadi tumpuan utama aku.

mengimbang balik kenangan yang terjadinya penemuan aku dengan seorang jejaka yang entahlah.. baik? terhutang budi?

lamunan aku terhenti saat sesuatu di letakkan di peha aku, membuatkan aku menoleh memandang yoongi di sebelah.

dan mata aku terjatuh ke barang yang berada di peha aku.. bekal makanan bento vibes yang serupa dengan apa yang jongho pernah bawa sebulan lepas.

“ jieun, tak nak makan? ” suara yoongi menyinggah gegendang telinga membuatkan aku tersedar dari lamunan lalu menghempaskan balik bekal makanan itu di pehanya.

tanpa dia sempat menyoal kepada aku, aku melontarkan pemandangan ke luar. bas kembali bergerak menuju ke destinasi untuk kami bercamping.

setelah sampai di tapak perkhemahan, kami semua mulai turun dari bas dan berjalan masuk ke kawasan perkhemahan di situ.

semua mulai beratur dan memandang songsaenim di hadapan untuk memberi sepatah dua kata untuk taklimat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ ᴼᴳ ] ᶜᵒˡᵒᵘʳ + ʲᵒⁿᵍʰᵒ Where stories live. Discover now