Part 2-Dia..Adam Hafrez

12 0 0
                                    

Besoknya Laila dan Ziela keluar jalan-jalan di Mid Valley. Dua-dua free  so hari minggu pun mereka melepak berdua sahaja. Laila memang la free sebab dia masih single lagi. Tapi yang Ziela ni buat-buat single la sebab nak temankan dia. Sedangkan dah ada tunang. Makan-makan, tengok wayang, window shopping, jenguk Watson, jenguk Guardian dan jalan-jalan sampai petang. Itulah aktiviti lepak mereka untuk tenangkan diri. Sambil itu aktiviti ini boleh dianggap sebagai senaman eh. Banyak berjalan kan separuh daripada senaman juga.

Laila ternampak seseorang. Terus dia teringat kata-kata Ziela semalam.

"Kau ada someone yang nak dekat tak?".

Dia terus pandang Ziela. Sudah lama dia berkawan dengan Ziela. Nak dekat 3 tahun. Tapi dia tidak pernah tunjuk perasaannya yang sebenar. Sedangkan Ziela selalu meluahkan perasaan nya. Tapi bila difikirkan, patutlah mereka boleh jadi kawan baik. Maybe sebab tingkah laku mereka yang agak berlawanan.

"Babe, kau nak tahu ke insan yang aku nak dekat tu?"

"Nak nak."Macam burung pelatuk ziela menganggukkan kepalanya. Laju sahaja Ziela menjawab. Nampak sangat tahap curiosity dia masih tahap kritikal.

Laila menudingkan jarinya ke suatu tempat. Ziela menoleh kepalanya lalu mencari siapa yang ditunjukkkan oleh sahabatnya itu. Ziela dapat melihat seorang pemuda memakai kasual sahaja sedang berjalan bergandingan dengan perempuan cantik.

"Not bad. He have a looks. Tapi siapa perempuan cantik tepi dia tu?"

Laila melihat kembali apabila mendengar perkataan cantik daripada mulut Ziela. Cantikkah perempuan itu? Dan Laila harus mengakuinya yang perempuan itu memang lagi cantik daripada dirinya. Laila melarikan pandangannya ke arah lain. Tiba-tiba hatinya pedih melihat pasangan itu.

"Laila kau jatuh cinta dekat hak orang ke?"

"Tak apa kalau aku tak ada niat nak luahkan pun. Lagipun aku pun tak pasti sama ada dia dah berpunya ke belum."

"Dekat mana kau kenal dia?"

"Dia doktor dekat klinik tempat aku bekerja. Aku kan kerja sebagai nurse So, kadang-kadang aku ditugaskan bersama dia."

"Kenapa kau tak ada niat nak confess?"

"Panjang ceritanya."

"Pendekkanlah untuk aku."

"Aku rasa bila aku mendekat dengan dia, dia akan menjauh dari aku. Kadang-kadang dia baik, kadang-kadang dia dingin gila dengan aku. Sampai aku pun tak tahu nak buat apa. So aku simpan sahaja perasaan aku."

"It is hard to fall in love for a near person aroun you?

"Really hard. Tapi kau dapat selalu jumpa dia walaupun dekat mata dia tiada langsung figura diri engkau."

"Kesian kawan aku. Jangan sedih-sedih. Aku kan ada. Kau luahkan sahaja semua dekat aku. Aku pandai simpan rahsia."Ziela meredakan perasaan kawannya itu. Dia tahu perasaan kawannya itu tidak stabil sekarang ini.

"Tiba-tiba tiada mood pula nak kerja Isnin nanti."

"Kenapa?"
"Aku kena bertugas dengan dia. Tapi aku malas nak tengok muka dia apabila melihat dia hari ni."

"Dia?

"Dia.. Adam Hafrez..

Baru Ziela tahu nama yang telah menawan hati kawannya itu. Reza Hafrez. Nama yang sedap. Sesuai sangat dengan pemilik namanya. Kalau orangnya handsome, nama pelik-pelik pun akan sedap didengari.

"Kenapa?Kau cemburu eh?"

"Tiada masa aku nak cemburu. And aku bukan sesiapa pun untuk cemburu." Laila sedar siapa dirinya. Dia tiada hak untuk cemburu. Tapi di hatinya terbit juga rasa cemburu walaupun sedikit.

"Dah. Jangan sedih-sedih. Jangan monyok-monyok. Sekejap lagi tunang aku nak datang. Nanti dia banyak tanya pula kalau kau buat muka monyok sahaja macam ni. Penat aku nak menjawab."

"Hai sayang." Tak sampai 5 minit pun namanya disebut, lelaki itu pun sampai di tempat yang mereka lepak. Mesti Ziela sudah berjanji awal untuk bertemu dengan tunangnya ini. Sengaja tak nak bagitahu dia la tu.

"Sayang sembang dulu dengan Laila. Ziela nak pergi tandas sekejap."

"Kau tak jeles ke nak tinggalkan tunang kesayangan kau dengan aku yang cantik ni?"

Ziela bolayan sahaja soalan Laila itu. Macam la Laila tak ada orang lain nak caras kawan punya tunang.

"Wey aku rasa Ziela dah tak sayang kau sangat la. Tengok dia tinggal saja kau berdua dengan aku."

Hafiz tersengih sahaja mendengar aku cakap begitu.

"Kenapa kau sengih saja? Yakin  betul yang Ziela sayang dia.

"Yakin la mak cik oiii. Punya lah lama aku kenal dengan Ziela tu."

"Haisss jatuh cinta tergolek sungguh kawan baik aku ni. Kau sepatutnya ucapkan terima kasih dekat aku."

"Kenapa pulak?"

"Kan aku yang tukang matchingkan korang. Punyalah dulu cakap tak nak tak nak. Sekali tersangkut habis dengan Ziela."

Hafiz gelak sahaja mendengar aku ajuk dia pada suatu masa dahulu.

"Thanks babe. And you choose the right person for me."

"Kau kawan baik aku time sekolah menengah. Yang Ziela pula kawan baik aku masa Universiti. So, aku berani kenen-kenenkan korang sebab tahu hati budi korang. Kalau kau bukan lelaki yang baik, aku pun tak akan pernah kenalkan kau dekat Ziela."

"Apa yang happy sangat ni?"

"Tengah kutuk tunang kau. Angau habis dengan kau."

Ziela menggelengkan sahaja kepalanya. Yang penting dia lihat muka Laila sudah cerah kembali. Mesti dia sudah melupakan peristiwa tadi.

Dingin-dingin CintaWhere stories live. Discover now