Part 11

28 1 0
                                    

goldensoul

Part 11

Malam ni malam terakhir mereka bersama-sama disini, esok bunga akan pulang ke tanah besar. Orkid tidak dapat gambarkan perasaan dia,  tapi sekarang ni dia rasa mcm mau menangis.

Mereka melepak di beranda atas.. Sambil menyaksikan bulan terang.. Macam selalu dorang buat masa sana rumah pondok di tengah paya bakau tu.

"Orkid.. " ujar bunga tiba-tiba. Orkid diam, dia tidak menjawab. Dia sedang cuba menahan air matanya. Entah kenapa,  membayangkan perpisahan esok membuatkan dia terasa ingin menangis semahunya.

"Orkid,  kau dengar kah..? " Ah,  bunga... Memang suka memaksa.

"Dengar,  bunga.. " orkid cuba tahan suaranya yang mula bergetar. Bunga sedar itu.

"Esok sy akan pulang,  orkid, " tapi sengaja lagi dia cakap begini. Orkid mengangguk tanpa suara.

"Selamat jalan,  bunga, " ujar orkid,  hampir tidak kedengaran. Bunga memegang tangan orkid. Entah,  tapi ia seolah reflex automatik bila ada org bersedih di sebelah kita. Dan sebenarnya bunga juga ikut bersedih. Dia tau kalau asura sudah dengar semua ceritanya,  asura tidak akan benarkan dia utk jejakkan kaki di sini lagi.

"Bunga.. Maukah bunga dengarkan kata2 sy? " soal orkid. Suaranya sudah kedengaran macam biasa. Kuatnya dia utk overcome perasaan sedih dia.

Orkid ceritakan semuanya yang berlaku hari itu.. Satupun tiada tertinggal. Bunga tinggal ternganga sebab kurang percaya. Dia tahu adira memang tidak sukakan dia,  tapi sampai mengupah org utk merogol dia.. Adalah sesuatu yang sangat tidak masuk akal! 

Tapi orkid tidak cerita malam asura dan kesuma tidur bersama.. Walau bagaimanapun,  kesuma ialah saudara angkat orkid. Dia tidak akan mengaibkan kesuma. Kalau nanti bunga tahu pun, biarlah dia tahu dari sumber yang lain.

Bunga speechless.

Dia tertunduk,  cuba utk menghadam semua cerita orkid. Bunga yakin orkid takkan berbohong.

"Berhati-hati dengan adik tuan,  bunga.. " pesan orkid.

Bunga mendongak,  dia tersenyum pada orkid.

"Sy akan,  orkid.. " bunga mengenggam tangan orkid.. Suka betul dia kasi banding telapak tangannya dengan telapak tangan orkid. Tapak tangan orkid kasar.. Bukan macam tangan asura. Mungkin sebab orkid lasak,  kan.

"Orkid,  sy minta maaf.. Sebab kau terpaksa tengok semua perangai tidak senonoh sy sepanjang beberapa minggu ni.. " ujar bunga. Orkid yang leka memerhatikan tangan mereka yang bertaut,  hanya menggeleng.

'Tak apa,  bunga.. Awak memang sungguh comel. Sy lebih suka awak begitu..' Tapi dalam hati saja dia cakap la.

"Orkid,  kau akan hantar sy ke jeti besok? " soal bunga. Orkid merenung ke wajah bunga, kemudian dia mengangguk lambat2. Bunga tersenyum manis lagi.

'Jangan senyum begitu dengan sy,  bunga.. Sebab selepas ni kita mungkin takkan berjumpa lagi. Dan ianya menyakiti sy.. '

"Orkid,  malam ni boleh temankan sy tidur? " soal bunga,  tidak putus asa biarpun orkid tidak menjawab semenjak tadi. Orkid berfikir seketika.

"Pls?  Sy sebenarnya takut tidur seorang diri... " hmm,  padahal terlampau biasa ada teman tidur kan. Siapa suruh manja.

Akhirnya orkid mengangguk. Bunga senyum gembira.

*****

◆ bunga kemboja ◆

Malam tu kami Bagus saja.. Orkid pandai jaga jarak. Dia tidak ambil kesempatan biarpun masa sy request tidur di dada dia. Masa sy hampir terlena,  sy dengar lagi dia cakap sesuatu.

"Gembira dan berbahagialah,  biarpun dia itu bukan sy,  bunga.. Sy sayangkan awak, " dia bisik lembut sebelum mengucup dahi sy. Tapi masa tu sy pun dekat sudah 'off' kan. Jadi macam mimpi saja la sy dengar dia cakap. Nyenyak betul sy tidur semalam..

Pagi ni sy bangun,  tiada sudah orkid disisi sy.. Sy bangun dan pakai baju tidur sy,  kemudian sy jalan keluar. Manatau orkid di dapur. Tapi sy hanya jumpa sarapan dia masak di atas meja. Sy makan la,  sambil fikir mana agaknya orkid pergi.

Siap makan,  sy keluar rumah.. Sy cari kelibat orkid. Tapi sampai tengah hari,  sy masih tidak menjumpai kelibat dia. Mana orkid? 

Ketua bagitau yang bot sudah sampai.. Sy happy dan lari ke jeti. Lupa seketika pasal orkid. Masa sy melangkah masuk ke dalam bot,  automatik kepala sy pusing utk mencari kelibat orkid. But once again,  he is nowhere to be found here.

Orkid,  mana kau pigi?  Kau sudah janji kan sama sy semalam?

Bot mula bergerak meninggalkan jeti. Start sudah hati sy yang berat,  mcm sy inda mau pulang pula. Hati sy asyik mengingatkan orkid,  rasanya sangat sakit dan sedih.. Sy kecewa sebab sepanjang hari ni orkid langsung tidak ditemui dimana2.

Bila jeti semakin jauh,  sy tidak tahan.. Sy berdiri di tepi bot.

"Orkid,  kau selalu tipu sy!  Kau janji hantar sy hari ni tapi kau mungkir janji!  Sy benci kau,  orkid! " sambil menangis lagi tu sy teriak.. Inda sudah sy peduli sama orang2 yang ada di bot mahupun di jeti.

Tapi ini bukan filem.. Orkid langsung tidak tunjukkan diri sy. Sy betul2 kecewa dan rasa dikhianati. Sepanjang jalan air mata sy inda berhenti mengalir.

Orkid.. Mungkin kita tidak akan jumpa lagi. Tapi selama beberapa minggu ni,  kau beri sy kenangan yang betul2 sy inda bulih lupa,  dan mungkin seumur hidup sy akan selalu teringat.

Ucap terima kasih pun tidak sempat.. Kau ni memang teruk,  bunga. Kau asyik marah dia,  bukan mau ucap terima kasih pun biar balik2 dia selamatkan kau.

Maafkan sy,  orkid..

**

Sampai di pelabuhan,  sy turun dari bot. Ada sudah kereta menunggu.. Sy kenal tu kereta sama driver dia. Ianya milik family solomon. Dia invite sy naik,  dan sy pun naik tu kereta. Kami menuju ke jalan raya,  sepanjang jalan sy asyik termenung mengingatkan orkid.. Gosh what is wrong with me.. Sedarlah bunga,  kau dlm perjalanan utk berjumpa dengan tunang kau,  tau!

Cakap pasal jalan...

😱😱

Shit. Baru sy perasan,  ini bukan jalan ke rumah agam milik tuan Adrian! 

"Pakcik,  ni bukan jalan ke rumah asura, " sy bilang. Tu driver diam2 ja. Ehh pekak kah dia ni? Sy cuba buka pintu kereta namun gagal.

Berdebar-debar sudah jantung sy masa tu. Kereta melucur laju menuruni bukit.. Memang jalan ni hampir sudah dengan bukit tempat rumah agam tuan Adrian. Tapi setahu sy jalan ni jalan mati!  Habislah,  sy akan mati disinikah??

Sy pigi guyang bahu tu driver sambil teriak,  only then sy perasan.. Dia sudah mati?! Ada darah keluar dari mulut dan hidung dia,  barangkali ianya racun!  Gosh siapa yang sanggup buat begini?  Dia masih hidup beberapa minit yang lalu!  Sy cuba tekan brek tapi tidak berfungsi.

This is it. No more miracle. Im going to die here!

Sy hanya sempat pusing stereng utk mengelak kayu besar sebelum kereta melanggar pokok di sebelah kiri.. Sy rasa hentakan kuat di kepala sy sebelum semuanya jadi kabur. Bernafas pun sakit.. Inikah ajal sy?

Dan sebelum semuanya gelap,  sy nampak bayangan seseorang datang. Dan ianya orkid..

Orkid,  kau kah itu?  Tapi ia mustahil. Kau jauh di kampung.. Kau tak mungkin berada disini. Jadi sy rasa ajal sy betul2 sampai kali ni..

End part 10

Written by, snow meow

The Golden Soul [COMPLETED]Where stories live. Discover now