Prolog

243 18 0
                                    


Tangga kayu yang dihenyak berbunyi perlahan. Mata Khairul memerhati setiap penjuru rumah yang tampak uzur itu. Pada dinding papan sarat dengan perhiasan-perhiasan aneh yang digantungkan. Terlihat topeng kepala haiwan di satu sudut rumah itu. Aneh, perasaannya menyatakan bahawa ada dua bola mata memerhatikan dirinya dari balik topeng itu. Pandangan dilarikan pada perabot-perabot yang ditutup dengan kain putih. Langkahnya terhenti dihadapan sebuah rak lama. Sempat matanya membaca beberapa judul buku yang tersusun rapi pada rak itu. Kepalanya terangguk-angguk. Daun tingkap kayu disebelah rak itu dikuak perlahan. Angin lembut terus menyapa masuk.

"Jadi, apa pilihan kau?" soal seorang pemuda yang muncul di belakangnya.

Khai tersenyum herot sambil mengambil buku yang menarik perhatiannya tadi. Helaian buku yang sudah lusuh diselaknya beberapa kali. "Bukan pilihan yang kau beri pada aku. Jalan menuju pulang itu jauh lebih sempit dari aku bayangkan." jawabnya.

"Jadi aku anggap kau memilih untuk meneruskannya sahaja." Pemuda itu tersenyum nipis.

"Aku mahu kau ajarkan aku ilmu Suanggi ini," kata Khai sambil menunjukkan buku yang dibelek dari tadi.

"Ilmu itu jarang digunakan dan sangat bahaya. Aku fikir kau tiada sebab untuk menuntut ilmu itu." Dahi pemuda itu berkerut seribu. Terasa seperti ada sesuatu yang Khai sembunyikan daripadanya.

Khai memasukkan buku berwarna merah itu ke dalam beg yang dibawanya. Dia kemudian berjalan ke arah sesuatu yang diselubungi kain bercorak batik. Sejak dari tadi dia tertanya-tanya apa yang berada dibawah kain batik itu.

"Sudah berabad aku tidak menyentuh cermin itu" kata pemuda itu.

"Mengapa?"

Pemuda itu diam seketika. Tangannya mula mengemas alat-alatan yang berselerak di atas satu meja. Tanpa menoleh dia bersuara.

"Jika kau berani untuk melihat siapa yang sentiasa berada disisimu. Sila teruskan hajat itu, Khai."

SAMUDERAWhere stories live. Discover now