BAB 61

1K 44 2
                                    

Syt 61

MATA cuba kupejam biar kantuk terus menyelimuti diri. Lama aku tunggu Ayyan naik ke bilik. Tetapi, hampir lewat malam tiada tanda-tanda dia akan naik.

Hatiku disimbah kerisauan. Entah apalah yang dibualkan oleh Ian dan Ayyan itu. Takkanlah Ian mahu tidur di sini malam ini?

Krekkk

Bunyi pintu terbuka. Debaran singgah tidak tentu arah. Tiba-tiba sahaja.
Cepat-cepat aku tutup muka dengan selimut, bantal peluk kecil aku peluk seeratnya. Seram sejuk pula tubuhku apabila aku dapat rasakan katil ini bergerak dan memberat apabila tubuh dia terbaring di sebelahku.

Aku doa moga-moga dia ingat aku sudah dibuai mimpi. Janganlah dia tegur aku, rasa malu kembali menjajah aku sehingga pipiku kembali berbahang.

"Reen... dah tidur?" Gemersik suaranya sangat dekat di tepi telinga. Selimut aku ditariknya perlahan.

Senyap. Aku kemam bibir, nafas ini aku tahan. Ya Allah, gementarnya. Apa dah jadi pada aku sebenarnya ni?

"Betul-betul tidur ke?" soal Ayyan lagi. Suaranya makin menjerat aku. Aduh, takkan lah aku nak mengaku aku belum tidur. Nanti nak cakap apa dengan dia?
Suasana hening. Tiada lagi suara Ayyan menyapa.

Aku kira dia sedang termenung, menunggu masa mata membawa ke alam mimpi mungkin.

Baru aku ingin tarik semula selimut bagi menutup kembali mukaku, perlahan tangan Ayyan menjalar di bahuku.

"Belum tidur?"

Alamak. Dia belum tidur, ke? Ya Allah. Boleh ke aku pura-pura tidur, sekarang ni?

Aku matikan gerak, diam membisu seolah-olah aku tidur. Tak mahu aku menyahut dia. Segan sangat ni.

"Reen... I need hug..."

Belakang tubuhku rasa hangat sedikit, aku kejungkan badan. Nafas makin sesak, aku cuba kawal. Permintaan dia, sungguh mengacau bilaukan perasaan ini. Tidur ajelah Ayyan? Janganlah tambah nervous, Reen.

"Can I hug you, Reen... I miss you... I really miss you..."

Dup Dap Dup Dap. 

Jantung aku makin laju, aku tahan detak yang makin laju. Apa yang cuba disampaikan oleh Ayyan? Rindu... Rindu aku, kenapa? Bukan ke aku tidak pernah berjauhan dengan dia sejak kami membina mahligai perkahwinan?
Bahuku ditarik perlahan, dan aku terkaku tanpa dapat menahan diri daripada bergerak. Tubuh aku berjaya di pusing menghadap dia.

Aku pejamkan semula mata serapatnya. Gelojak yang semakin meribut hampir pecahkan ruang ketenangan aku. Sungguh, gementar kali ini lebih mengatasi segalanya.

"Takut? Hmm..." Gumam Ayyan perlahan, berbisik halus di tepi telingaku. Gelinya telingaku menerima hembusan nafas halusnya itu. Seram sejuk aku jadinya.

"Reen... kenapa dari dulu tak berterus terang pada Ayyan tentang perasaan Reen?"

Habis bicaranya, aku dengar ada keluhan dilepaskan. Aku diam membisu, tidak mampu menjawabnya. Tak sedarkah kau, Ayyan? Perasaan ini sungguh sukar untuk aku ungkapkan bilamana kau terang-terang beritahu aku ini sekadar kakak angkat kau? Bagaimana mungkin aku luahkan perasaan ini?

"Reen... just tell me everything, jangan simpan lagi... I need to know about your feeling..." pinta Ayyan seakan mahu mendalami lebih tentang apa yang aku rasa.

Aku masih terperangkap dalam kebisuan, tidak mampu meluah apa yang terbuku dalam hati. Aku takut untuk membuka tirai rasa ini, aku takut andai dia bakal merasai perasaan kurang enak tentang aku. 

Masih terbias di hujung mata, bayang aksara huruf di dalam telefon Ayyan, tentang dia baitkan di tulisan bahawa dia fikir cinta antara aku dan dia tidak mungkin wujud. It's a rubbish.

HER SWEETHEART ✓Where stories live. Discover now