S2 - 9 || Diselamatkan ||

942 158 135
                                    

mat ri ye cemua 💜

"our love is miracle

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"our love is miracle."

Entah kenapa tenaga aku makin lama makin berkurangan. Aku cuba menyentap tanganku dari pemandu teksi tadi tapi tamparan kuat yang aku dapat dari lelaki tua yang berada di atas badanku. Tepi bibirku mula terasa pedih dan terkoyak. Kepala aku turut berpinar. Aku cuba merayu tapi mereka endahkan.

Mereka seronok mengelakkan aku. Sempat lelaki yang berada di atasku ini merakam apa yang mereka lakukan ke atas aku. Badanku diraba sepuasnya oleh mereka. Lelaki tua yang berada di atasku itu cuba untuk mencium aku tapi aku pantas menoleh ke tepi untuk mengelak. Lelaki itu mengetap bibir tanda marah.

"Tak guna betul kau ye! Kau jangan nak melawan aku!" lelaki itu menengking aku dan rahangku dia pegang dengan kuat supaya memandang dia. Dia cuba lagi sekali untuk menciumku tapi aku lantas meludah mukanya membuatkan mereka bertiga terkejut.

"Sial!" lelaki itu mengangkat tangannya untuk menampar aku lagi sekali. Aku memejamkan mata dengan kuat apabila perasaan takut menyerang diri.

"Astaghfirullah hal-azim! Pakcik semua buat apa ni?!" jerkahan seseorang menghentikan kelakuan mereka bertiga. Mereka bertiga lantas meninggalkan aku di dalam teksi dan melarikan diri dari lorong yang gelap itu.

Aku menangis semahunya dengan badan yang terketar dan tanganku perlahan menutup kembali perutku yang terdedah dengan tangan yang menggigil. Seluar jeanku turut dibutang semula dengan badan yang menggigil bagai nak gila.

"Cik?" seseorang menjengukkan kepalanya ke dalam teksi dan menegur aku. Aku yang masih trauma terus mengesot ke belakang sambil memeluk tubuh. Esakan yang keluar dari mulut aku cukup kuat.

"Ya Allah! Cik dari mana?" tanyanya tanpa mendekati aku. Mungkin faham aku masih takut.

"Pergi!!!" jeritku kuat. Kening lelaki di depanku ini berkerut tidak faham dengan kata-kataku.

"Cik orang asing ye? Jangan takut, saya datang nak tolong cik."

Aku masih diam dan menangis. Tidak faham satupun apa yang dia cakapkan.

"Saya nak tolong cik. Mari ikut saya. Saya bawa cik ke tempat selamat." wajahnya dihiaskan dengan senyuman. Aku pandang dia dengan ragu-ragu. Aku gelengkan kepala bila tak percaya dengan kebaikannya.

"Niat saya baik. Cik jangan risau."

Aku pandang wajah dia dengan lama. Walaupun aku tak faham apa yang dia cakap, tapi entah kenapa hati aku berkata yang dia baik untuk menolong aku. Dengan perlahan aku turun dari teksi dan mengikut langkahnya dari belakang dengan perasaan takut.

Dia membawa aku keluar dari lorong gelap tadi sambil tolong membawa bagasi milikku manakala aku pula membawa beg tanganku. Diriku yang kelihatan selekeh dan tidak terurus itu membuatkan ramai mata yang memandang ke arahku. Setelah lama berjalan, kami berdua sampai di suatu tempat yang dipenuhi dengan orang yang berpakaian warna putih sebijik sepertinya.

"Masuklah. Saya kenalkan cik dengan Umi dan Abi." dia mengajak aku masuk. Aku hanya akur dan mendiamkan diri.

Semua orang yang berada di tempat itu memandangku dengan pelik. Lelaki berpakaian putih bersih dan ada sesuatu di kepala mereka yang aku tak tahu itu benda apa. Manakala perempuan pula berpakaian sangat labuh dan ada sesuatu yang menutup kepala mereka sehingga ke paras punggung. Aku pula yang jadi pelik. Tempat apa yang lelaki ini bawa aku? Dia juga mahu merogol aku ke?

"Assalamualaikum." lelaki itu masuk ke dalam sebuah rumah. Aku ikut langkahnya dan membuka kasut sebelum masuk.

"Eh, Abang Rayyan?" seorang perempuan berkaca mata yang berpakaian labuh dan menutup kepala juga datang menyapa lelaki itu. Cuma ada sesuatu yang lain padanya. Dia memakai kain yang menutup separuh mukanya dan hanya menampakkan matanya sahaja.

"Qalbie, Umi dengan Abi ada?" lelaki tadi menyua tangannya ke arah perempuan itu untuk disalam.

"Umi dengan Abi dekat pondok tengah mengajar budak mengaji. Belakang abang tu siapa?" perempuan itu memandang ke arahku membuatkan aku tidak selesa. Aku memeluk beg aku rapat ke dada.

"Rasanya pelancong. Abang dengar dia menjerit kat lorong gelap tadi. Abang datang la tengok. Rupanya ada tiga orang pakcik ni nak rogol dia. Kesian dia, Qalbie."

Perempuan itu tampak terkejut. Dia datang menghampiri aku dan tanganku yang berada di dada, dia pegang dengan erat. Wajahnya nampak risau semasa memandang aku.

"Ya Allah! Awak okey? Abang Rayyan, muka dia cedera ni!" nadanya kedengaran seperti risau. Bila dia menyentuh mukaku, aku tersentak dan ke belakang sedikit.

"Dia masih takut tu Qalbie. Dia pun tak faham apa yang kita cakap. Jomla kita bawa dia jumpa Umi dengan Abi."

Perempuan itu mengangguk dan mereka membawa aku ke suatu tempat. Dari jauh aku boleh terdengar suara kanak-kanak yang...bernyanyi mungkin? Aku tidak tahu tapi apa yang mereka nyanyikan itu kedengaran sungguh sedap di telinga aku sehingga aku berada sedikit tenang.

"Umi, Abi." panggil perempuan itu. Kelihatan seorang pakcik yang berjanggut sedikit panjang dan berkaca mata memandang ke arah kami bertiga.

"Qalbie? Rayyan?" lelaki tua itu berdiri dan kanak-kanak yang berada di depannya berhenti menyanyi lalu memandang ke arah aku dengan wajah polos.

"Assalamualaikum Abi." lelaki yang menolongku tadi menyalam tangan lelaki tua itu. Lelaki tua itu memandang ke arahku dengan wajah yang tenang bersama senyuman. Dia nampak...baik.

"Siapa ni Rayyan?"

Mungkin dia bertanya tentang aku kerana pelik dengan kedatangan aku ke sini.

"Abang Rayyan selamatkan cik ni tadi masa nak kena rogol. Kesian dia Abi. Mesti dia baru datang sini. Kita tolong la dia, Abi. Boleh?" perempuan di sebelahku ini menyampuk sebelum lelaki muda tadi menjawab soalan yang diajukan padanya.

"Astaghfirullah hal-azim. Betul ke, Rayyan?"

"Iya, Abi."

Lelaki tua itu memandang aku dengan risau. Dia memandang ke arah perempuan di sebelah aku semula sebelum membuka mulut.

"Qalbie pergi bawa dia ke belakang ye. Ada Umi dengan Jannah tengah siapkan makan malam untuk pelajar-pelajar kat sini. Abi nak habiskan mengajar mengaji dulu. Nanti Abi datang ye." beritahunya pada perempuan di sebelahku. Perempuan itu mengangguk sebelum dia menarik tanganku dengan lembut untuk mengikutnya.

"Rayyan tolong Abi mengajar kat sini ye?"

Bahu lelaki yang membantuku itu ditepuk lembut oleh lelaki tua tadi. Mereka duduk semula di hadapan kanak-kanak tadi dan mereka sambung bernyanyi bersama-sama. Aku yang hanya mengikut langkah perempuan yang berbaju labuh ini, tersenyum kerana sebak. Entah kenapa aku rasa selamat di sini. Malahan...aku berada tenang.

- TBC -

kan dah cakap ada hero baru 👌

© Fake Love (SENPAI) : Fate Between Us | JJKWhere stories live. Discover now