SEJAK tadi kebisuan menyelubungi di antara kami berdua. Disebabkan tangan Danial masih belum sembuh sepenuhnya, Faleeq yang memandu kereta Ferrari kepunyaannya. Lelaki yang berwajah seperti orang Eropah itu mempunyai rupa paras yang agak menarik. Tetapi malangnya, tiada langsung senyuman mahupun unsur 'mesra alam' yang dapat dikesan pada wajahnya. Sama perwatakannya seperti suamiku.
Sebeku-beku Danial, dapat juga mencairkan hatiku ini. Sudahnya aku tersenyum sendiri. Mengingati detik-detik kami bersama mampu membuatkan emosiku yang walang bertukar serta-merta.
"What are you thinking about?"
Kuss semangat! Jantungku hampir sahaja mahu terlompat apabila suara penuh maskulin itu menyentuh gegendang telinga dengan jarak yang amat dekat. Hampir mencanak naik bulu roma dan bulu tengkukku.
"Nothing," ucapku seraya menyerigai menayangkan barisan gigiku yang memutih. Aku menarik nafas lega apabila telefon kepunyaan Danial berdering. Lelaki itu tidak menanyakan banyak mengenai perkara tersebut dan terus sahaja menjawab panggilan.
Aku memakukan pandangan ke luar tingkap memerhatikan aliran trafik yang agak sibuk pada ketika ini. Pada waktu puncak sebegini, ramai pekerja yang keluar untuk mengisi perut yang lapar setelah sejak pagi tadi memerah keringat bekerja.
"Faleeq, how about our new plan?" soal suamiku kepada Faleeq yang sedang kusyuk memandu di hadapan.
"Semuanya berjalan lancar, bro." Faleeq kulihat menghantar isyarat mata melalui cermin pandang belakang kepada suamiku. Entah apa rancangan mereka tidak pula diketahui olehku.
Ternyata Faleeq merupakan orang sama yang berbual dengan Danial mengenai diriku tempoh hari di hospital. Meskipun wajahnya tidak dapat kulihat, suaranya sudah cukup untuk membuatkan aku mengingati dirinya.
Aku terpaksa mendongakkan wajah apabila kereta kami sudah pun berhenti di hadapan kawasan perumahan elit. Pintu agar automatik terbuka apabila cermin tingkap bersebelahan Danial dibuka.
"Retinal scanner," terang lelaki itu.
Aku memandang wajah suamiku supaya dia menerangkan lebih lanjut mengenai perkara yang diucapkan sebentar tadi.
"This is Golden Penthouse. It was a private area too. Bukan semua orang boleh akses masuk ke sini. Setiap orang yang menghuni di kawasan perumahan di sini memerlukan pengesahan retina mata. After this, retina mata kau akan diakses masuk ke sini."
Aku mengangguk faham. Ternyata Aiman Danial amat peka terhadap aspek keselamatan dirinya juga. Jadi, kejadian tembakan yang berlaku kepada kami kelmarin pasti akan disiasat sehingga ke lubang cacing. Aku pasti lelaki ini tidak akan melepaskan dalang terhadap kes tembakan tersebut terlepas begitu sahaja.
Tempat meletak kereta juga memerlukan pengesahan. Tetapi kali ini cap jari suamiku pula diambil.
Setelah siap kereta diparkir ke dalam porch yang disediakan, aku dan Danial sama-sama keluar dari perut kereta. Faleeq kulihat sudah membuka but Ferrari untuk mengambil beg milik kami berdua.
Sejak tadi mulutku hanya terkunci rapat. Tetapi mataku tidak statik seperti mulutku. Bebola mata diliarkan di sekeliling kawasan penthouse ini.
Mewah. Itu satu perkataan yang mampu aku ungkapkan pada saat ini. Kami perlu menaiki lif untuk ke tingkat atas. Hampir terkeluar biji mataku apabila angka 20 tertera pada skrin kecil yang terletak di sebelah pintu lif.
Apabila pintu lif terbuka, aku membuntuti langkah Danial ke luar lif. Faleeq pula sejak tadi mengikuti kami berdua di belakang.
Mulutku sekali lagi terlongo apabila Danial sudah pun berhenti di hadapan pintu besi yang agak besar.
YOU ARE READING
Mr. VS Miss Designer (C)
RomanceAIMAN DANIAL | IZARA SOFEA Status : Completed ✅ Izara Sofea. Seorang gadis yang merupakan anak jati FELDA telah pun ditawarkan untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perfesyenan selama tiga tahun di universiti fesyen yang terkenal di kota New...