Majlis itu terpaksa tergendala sebentar kerana kehadiran seseorang yang tidak diundang telah merosakkan suasana tersebut.
"Halau perempuan tu!" Arah Raja Louis kepada perempuan itu. Perempuan itu hanya tersenyum dan tidak berhenti memandang ke arah raja Louis.
"Tuanku jangan lupa apa yang tuanku buat kepada patik. Tuanku pasti akan menyesal dengan apa yang dilakukan oleh Tuanku!"
"Beta kata halau dia!" Segera beberapa pengawal menarik perempuan itu pergi.
"Apa maksud perempuan tu?" Tanya Eina yang teringin sangat mengetahui perkara sebenar.
"Dia hanya tuduh beta. Pasti dia akan menyesal." Balas raja Louis. Eina hanya terdiam dan mula berasa curiga terhadap Raja Louis. Tidak sangka majlis itu menjadi seperti itu. Seorang perempuan yang datang entah dari mana.
🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹
1
hari sebelum majlis tersebut berlangsung. Dimana mereka semua merancang.
(Di kediaman Ahli Sihir)
"Kamu kena bawa mayat Pembantu istana tu di tempat yang saya bagitahu. Nanti saya akan bawa putera tu keluar. Semasa keluar nanti saya akan menjerit dan kamu berdua kena segera meletakkan mayat dia dekat tempat kejadian tu nanti. Biar diaorang tahu yang pembantu istana tu dah dibunuh lalu puteranya diculik." Terang Diya kepada beberapa orang itu.
"Baiklah. " Jawab mereka.
.
.
.
.
.
.🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹
Diya dan ratu Eliza Dalam perjalanan menuju ke majlis itu. Namun seseorang telah menghalang jalannya.
"Maafkan patik tuanku. Patik diperintah untuk membawa tuanku kembali semula ke kediaman." Ujar pengawal istana itu.
"Kenapa? Beta dengan putera beta sudah bersiap."
"Dekat majlis tu ada sedikit kekecohan. Jadi patik dipertanggungjawabkan untuk menjaga tuanku."
Tanpa membuang masa mereka kembali semula ke kediaman. Kali ini tugas Diya menjadi sukar. Tidak sangka akan jadi seperti itu. Diya keluar dari bilik ratu Eliza lalu menuju ke arah pengawal yang bertugas itu.
"Maaf...apa yang berlaku dekat majlis tu?" Tanya Diya.
"Su kamu tak tahu ke? Tadi ada seorang perempuan buat kecoh. Rasanya dia dari puak ahli sihir."
"Ahli sihir? Apa yang berlaku sebenarnya?" Monolognya yang memikirkan kembali rancangan itu. Tidak terlintas akan jadi begini.
Diya kembali masuk ke bilik ratu Eliza. Dipandangnya Ratu Eliza yang sedang tidur bersama anaknya itu.
"Ratu maafkan saya. Saya terpaksa bawa putera Alexander pergi. Dia diperlukan untuk balas dendam." Omel nya sendiri.
Kini tanpa membuang masa Diya segera mengangkat putera Alexander yang sedang tidur. Dia keluar dari arah tingkap dan menuju ke tempat yang dirancangnya sebelum ini.
Rina dan Shila berada di tempat itu bersama mayat Su. Diya berpura-pura menjerit meminta tolong lalu menghilangkan diri. Pengawal dan beberapa orang istana yang mendengar jeritan itu berlari menuju ke tempat itu. Mereka terkejut apabila melihat Su telah mati.
.
.
.
.
.
.Ratu Eliza yang tersedar dari tidurnya mencari si puteranya itu. Tidak jumpa.
Dia mula berasa cemas dan menjadi tidak tentu arah.Pengawal istana masuk ke kediaman ratu Eliza untuk menyampaikan berita kematian Su. Ratu Eliza terkejut mendengar malah dia juga bertanya kepada pengawal itu mengenai anaknya itu.
"Maafkan patik tuanku. Patik tidak dapat mencari putera Alexander. Tapi patik akan berusaha mencari tuan putera." Ujar pengawal istana itu..
Ketika itu raja Louis masuk ke kediaman Ratu Eliza. Dia memarahi Eliza kerana tidak berhati-hati. Pengawal istana cuba mempertahankan dan memberitahu hal sebenar.
"Beta mahu kamu semua mencari anak beta sampai jumpa! Faham!" Arah Raja Louis.
.
.
.
.
.
.🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹
(Di kediaman Ahli Sihir)Diya segera membungkus pakaiannya. Dia juga membuka semua pakaian yang dipakai oleh Alexander lalu ditukar dengan pakaian biasa. Dia tidak mahu orang lain mengenali bayi itu.
"Kakak perlu pergi sekarang!" Ujar Sherry kepada kakaknya itu.
"Kenapa kamu buat kecoh dekat istana? Nasib baik sempat. Kalau tidak pasti hancur rancangan ni." Marah Diya kepada Sherry. Sherry menunduk kepalanya lalu meminta maaf.
"Diya pergi sekarang sebelum puak devil datang ke sini"
Diya segera keluar dari kediamannya dan menuju keluar daripada kerajaan BlueMoon. Dalam tak sedar dia berada jauh dari kerajaan BlueMoon.
Dia memerhati keadaan sekelilingnya. Dipenuhi pokok-pokok dan juga tumbuhnya hijau.
Dekat mana ni? Fikirannya sudah bercelaru. Dia berasa risau akan keadaan mereka yang berada di kediaman.
Seseorang berjalan melalui kawasan itu. Dijumpainya Diya bersama seorang bayi.
"Kamu ni siapa?" Tanya seorang lelaki.
"Saya sesat. Boleh saya tanya..saya berada dekat mana sekarang ni?" Tanya Diya kepada lelaki itu.
"Ni kota Nelvious. Kamu ni..?"
"Saya Diya. Dan ni anak saudara saya. Saya sebenarnya datang dari jauh. Saya perlukan sebuah tempat untuk berlindung."
"Baiklah kamu ikut saya pulang."
Diya yang tidak berfikir panjang terus mengikut lelaki itu. Dibawanya di sebuah kota yang mempunyai penduduk yang ramai. Diya mengikut lelaki itu sehingga sampai di sebuah rumah.
"Ni rumah saya yang lama. Jadi cik Diya boleh tinggal di sini. Cik Diya tak perlu risau sebab semua keperluan cukup."
"Terima kasih sebab bantu kami berdua." Ucapnya dengan ikhlas.
"Sama-sama. Saya lupa pula nak kenalkan diri. Nama saya Fins dan saya seorang dermawan dekat kota ni. Kalau cik Diya perlukan apa-apa datang ke rumah saya. Saya dengan isteri saya pasti akan membantu." Ujar Fins.
"Terima kasih. Kami hargai" balasnya.
Diya membawa Alexander masuk ke rumah itu. Dia membaringkan bayi itu di atas katil. Dia juga turut baring di sebelah Alexander kerana terlalu letih.
🔸To be continued🔸
Vote
Comments
••••••

YOU ARE READING
THE KING(C)
Fantasyᴛʜᴇ ᴅᴇᴠɪʟ ᴋɪɴɢ- Alexander Louis Kehilangan seorang pewaris di Kerajaan BlueMoon membuatkan kerajaan itu tidak lagi mengalami peristiwa BlueMoon yang sepatutnya berlaku untuk 5 tahun sekali. Namun kehilangannya bagaikan satu kesalahan lampau bagi Raj...