Lima bulan kini berlalu, namun tiada satu pun berita tentang Alron. Angel masih teringat peristiwa malam itu. Dia sudah cuba menelefon Alron beratus-ratus kali namun semuanya gagal. Alron tidak lagi menggunakan nombor itu.
Secawan teh hijau di tangannya langsung belum diteguk. Air matanya mula mengalir. Rindu yang teramat kepada Alron membuatkan dirinya tidak seperti dulu lagi. Rasa bersalahnya kepada Alron membuatkan dirinya semakin sakit. Dia lemah. Ya dia lemah tanpa insan yang bernama Alron di sampingnya.
"Awak? Saya rindu awak. Baliklah awak. Saya mohon."
Dia menutup erat matanya. Jelas terukir senyuman dan wajah Alron di dalam ingatannya. Dia sungguh merindui senyuman dan ingin sekali dia membelai lembut pipi mulus Alron. Dia disergah oleh Fenny dari belakang.
"Haaaa, jo !!"
"Ehhh jo ! Jangan lah macam ni. Terkejut aku"
"Hehehe... Siapa suruh kau mengelamun. Kan dah terkejut beruk kau"
"Alaaa kau ni. Aku mengelamun sebab aku tengah fikir masa depan aku lah"
"Masa depan? Masa depan kau bersama Alron?"
Angel terdiam seketika.
"Alaaa, jo. Tengok tu. Asal sebut nama Alron, kau sedih. Kau move on lah. Entah-entah dia dah ada pengganti kau"
Fenny menghampiri Angel. Dia memeluk sahabatnya itu.
"Kau layak untuk teruskan hidup kau jo. Dekat luar sana masih berlambak lagi lelaki. Kau tinggal pilih je. Lagipun kau bukannya tak cantik"
"Kau cakap senang jo. Aku tak mudah lupakan Alron. Dia cinta pertama aku dan aku nak dia jadi cinta terakhirku. Kalau aku tak salah faham dulu, aku dengan dia mungkin dah bahagia sekarang jo"
"Alaaa, jangan macam tu jo. Okay, okay. Aku tak akan paksa kau lagi. Tapi kau cuba untuk buka pintu hati kau agar kau dapat terima lelaki lain okay?"
Pintu hati? Bisakah aku membuka pintu hatiku untuk orang lain? Semudah itukah cinta aku kepada Alron akan pudar? Baliklah sayang, saya rindu.
Keesokan harinya, Angel disuruh oleh Fenny untuk membeli beberapa barang keperluan mereka di Emart Riam. Telefon Angel berbunyi.
"Popppppp !"
Jo Fenny 💙✨ :
Jo? Aku minta maaf okay? Sebab tak boleh teman kau hari ini. Andrew bawa aku untuk teman dia dekat hospital. Kawan dia accident. Love you jo ❤ Take care !
Me :
It's okay jo. I will be fine. Macam tak biasa pula 🙄 !
Dia tersenyum lalu menolak troli tempat letak barang itu masuk ke dalam Emart Riam. Kasihan kan Angel? Umur dah nak tua, tapi masih single. Semuanya kerana ego.
Dia pergi ke bahagian shampoo.
"Ermmm, nak Rejoice or Emeron? Jo pakai Emeron. Aku okay je. Tapi aku suka Rejoice. Huh ! Dua-dua je lah aku beli. Settle !"
Inilah perempuan. Pasal shampoo pun boleh jadi complicated tau. Angel pergi pula ke bahagian frozen iaitu tempat menyimpan makanan sejuk beku.
"Mama ! Mama ! Nak aiskrim !" pinta budak kecil itu.
"Tak boleh lah Arif. Tadi kan dah makan coklat. Tak baik makan makanan yang manis selalu. Nanti rosak gigi. Nak tak?"
Budak kecil itu berhenti merengek lalu menutup mulutnya dan menggelengkan kepalanya. Angel yang dari tadi memerhatikan gelagat si comel itu tersenyum. Hatinya mulai berkata.
"Kalaulah aku tak salah faham, dah tentu sekarang ni aku dah kahwin dengan Alron dan sudah pasti aku juga sudah memiliki cahaya mata"
Dia mengambil beberapa bungkus Hotdog dan Chicken Nugget. Tidak ketinggalan juga dengan Cheddar Cheese. Dia menolak trolinya lagi dan lagi. Kali ini Angel pergi ke bahagian vegetables pula. Seusai dia memilih beberapa sayur-sayuran, dia pergi ke bahagian snacks.
Tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seorang lelaki.
"Adoiiiii !"
Namun lelaki itu tidak memperdulikannya. Lelaki itu masih meneruskan perjalanannya.
"Dasar ! Dah langgar orang, tak reti nak minta maaf ! Huhhhhh ! Tarik nafas Angel, hembusssss.. One more. Tarik nafas, hembussss. Okay. Ehh kejap?"
Dia mengingatkan kembali bentuk badan lelaki itu. Dia melihat rambutnya jelas sekali seperti Alron. Ya, itu memang Alron. Namun mereka saling tidak mengecam antara satu sama lain.
"Huhh ! Tak mungkin lah itu Alron. Kalau betul itu dia, kenapa dia tak tegur aku? Apa kerna peristiwa malam itu? No ! Kau kena think positive Angel. Itu bukan dia !"
Selesai sahaja Angel membeli barang-barang keperluan mereka, dia berbaris di kaunter pembayaran. Bahu Angel ditepuk oleh seseorang. Angel dengan segera menoleh ke belakang.
"Angel?"
"Alvin??!"
Alvin memberikan senyuman yang sangat lebar kepada Angel. Sudah begitu lama dia tidak melihat dan mendengar khabar tentang Angel.
"Angel datang sorang je ke ni?"
"Ha'ah. Saya datang sorang je. Errmm, Fenny ada hal urgent tadi"
"Ohh ye ke? Nice to meet you. Lama tak dengar berita tentang awak sejak peristiwa pada malam itu. Are you okay?"
"Ermm, i'm okay. But not really okay like before. So how yours? Apa yang menggerakkan hati awak pergi Miri ni?"
"I'm sorry, Angel. Saya tak bermaksud nak ingatkan awak balik pasal peristiwa itu. Ohh, me? Saya datang sebab ada hal kerja kat sini. Tak sangka pula dapat jumpa awak kat sini"
"Nahhh, it's okay. Ohh hal kerja ye. Lama tak kat sini?"
"Ermm, lama lah juga. In 2 or 3 weeks like that lahh"
"Uishhh, hampir sebulan tu !"
Mereka membayar barang masing-masing lalu menuju ke pintu keluar Emart Riam itu. Mereka jalan seiringan ke tempat parkir kereta. Akan tetapi mereka mula berpisah di situ kerana tempat mereka memarkirkan kereta berbeza tempat.