part°46

35 3 53
                                    

Secara tiba-tiba ada seseorang menerjah pejabat manwol itu, lantas membuatkan mereka berdua terkejut.

Taemi yang lemah itu semerta menggosok dadanya, terasa perit kerana terkejut.

Manwol di tepi itu sudah menggengam tangannya geram, mahu saja dia mengamuk.

"EH SOTONG BUSUK NI! KALAU DI BUATNYA BINI KAU MATI TERKEJUT DEKAT SINI MACAM MANA?!"-manwol jerit sekuat hati, wajah seokjin di tenung tajam dengan wajah yang tidak puas hati.

Taemi di sebelah hanya di tepuk belakang badannya untuk menenangkannya.

Seokjin yang gelabah itu hanya membiarkan saja manwol yang marah padanya itu,

Pantas seokjin berlari anak menuju ke taemi, dia mengambil tempat di sebelah taemi. Lantas tubuh taemi yang lemah itu di tarik dalam dakapannya.

"kenapa peluk saya ni? Saya kan perempuan jahat.."-ucap taemi perlahan di telinga seokjin, tak mampu nak berkata kuat sehingga manwol dengar.

Pelukan seokjin itu tidak di balas oleh taemi dan hanya membiarkan saja.

Tak lama tu kedengaran tangisan seokjin,

"saya minta maaf, saya tak berniat nak kata begitu sebelum ni. Saya rasa masa tu saya gila. Saya buat benda gila, saya lukakan hati awak. Sekarang saya datang sini untuk membetulkan keadaan"-kata seokjin panjang, dia masih setia memeluk taemi erat.

Manwol hanya memandang seokjin dengan pandangan 'menyampah'.

Taemi sedaya upaya mengawal emosinya, tidak la mahu menangis lagi..

"perlu ke awak minta maaf dekat saya? Saya.. Sentiasa maafkan awak. Kalau awak tak minta maaf sekali pun.. Jangan risau.."-kata taemi dengan nada pasrah, semerta tubuh seokjin di tolak sedikit.

Sungguh dia rasa tak selesa sekarang ni, hatinya seakan tak tenang.

Wajah taemi yang pucat itu di lindung dengan senyuman nipisnya, senyuman palsu.

"macam mana saya tak risau, saya banyak buat salah.. Saya da.."-seokjin mati kata apabila mengingati salahnya sebelum ni.

Manwol memandang seokjin tajam dengan wajah yang tidak punya perasaan.

"lebih baik kau bagi tahu"- kata manwol datar, sambil berpeluk tubuh.

Seokjin mengeluh perlahan, dia menundukkan wajahnya. Buntu.

Taemi yang seakan tak tahu apa-apa itu memandang manwol dan seokjin silir berganti.

"apa yang saya patut tahu? Ada apa-apa yang saya terlepas?"-kata taemi pelik, wajah seokjin di pandang lama.

Seokjin mengangkat wajahnya, kedua tangan taemi di raih.

"tak ada apa sayang, manwol saja je tu"-ucap seokjin baik , semerta dia tersenyum lebar.

Manwol di tepi itu menggulingkan matanya, semerta dia berdecit perlahan.

Taemi di situ mula hampa, dia merasakan seokjin telah melakukan sesuatu, tetapi tiada siapa yang mahu buka mulut.

"awak ada buat salah dengan saya? Kata saja, saya sedia untuk maafkan awak."-kata taemi datar, semerta air matanya jatuh setitik.

Seokjin hanya diam membisu di situ, dia masih tertunduk. Tak mampu dia mahu melihat wajah taemi.

Dia tahu kata taemi itu sebenarnya berunsur sindiran.

"awak percaya saya kan? Saya tak buat semua tu.. Saya seakan terpukau.."-kata seokjin acuh tak acuh, dia masih dilema mahu beri tahu atau tidak.

©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)Where stories live. Discover now