Aisy senyap-senyap masuk biliknya. Dah macam pencuri.
Klik.... pintu selamat di tutup, pusing sahaja depan...
"Astaghfirullahaladzim!!!"Aisy mengurut dadanya apabila melihat kewujudan manusia yang tak ubah seperti penjaga bilik.
'Apalah yang diorang tercegat dekat sini. Dah tak de bilik ke sibuk serbu sini. Adoi... Ni mesti kes nak tanya apa yang dah jadi.' bebel dalam hati Aisy...
"Korang ni kalau aku ada heartattack dah lama masuk kubur tahu tak. Aku tahu lah korang nak tahu story tapi bagi lah aku rehat jap dan mandi dulu ni tak masuk-masuk bilik dah tercegat macam polis buat roadblock." omel Aisy. Mana taknya boleh pula tercegat dekat dalam bilik Aisy untuk menyambut kedatangan kembali ke hostel.
"Saja je kita orang nak sambut kau tak kan tu pun tak boleh" jawap Asyiqin. Aisy terus merebahkan diri ke katilnya. Yang lain seperti biasa duduk bersila di lantai.
"Kau mandilah cepat boleh kitaorang tahu story kau... Tak baik tau buat orang tertanya-tanya" ujar Wawa.... Aisy dengan malas pergi ke bilik air kalau buat lambat ada yang merajuk karang.
Setelah selesai mandi......
Aisy sibuk mengelap rambutnya. Sambil tu dia cerita apa yang terjadi di antara dia dan Rayyan. Reaksi diaorang macam kene rasuk tapi terus senyap bila Aisy mula nak hayunkan pelempang sulungnya.
"Dah puas hati korang sekarang"
"Puas" dah macam tanya budak umur 5 tahun.
"Tapi kau tak bagi tahu tu aku biar aku je kene kesian kau kene buli dengan dia" Aisy hanya memutar bebola matanya. Bukan dia tak tahu niat Yuhanis.
"Yuhanis tak yah lah kesian. kitaorang tahu kau nak jumpa Rayyan kan sebenarnya.. Patutnya kau kene kesian kan diri kau sebab nampak sangat terdesaknya." terus Yuhanis menarik muka masam
"Kau tahu tak dia annoying gila dan sweettalker. Oh... Aku nak bagi tahu ahad ni aku pergi lagi atas arahan dia ok." jelas Aisy.
"Pelik lah dia tu... apasal dia nak kau jadi maid dia padahal dia dah ada banyak maid" Aisy hanya mengangkat bahu sahaja. Dia pun tak tahu kenape.
"Dah lah jom turun solat kita cakap pasal mamat tu bukan dapat pahala pun" terus mereka mencapai tudung masing-masing dan terus menapak ke surau di kolej mereka.
Di tempat lain.....
Rayyan tersenyum sendiri... Kawan-kawannya yang seram sejuk tengok Rayyan macam orang kurang waras....
"Woi kau dah gil* ke senyum sengih sorang-sorang. Kita orang dekat sini pun seram tengok kau dah lah kita orang datang sini ajak lepak dia boleh pula layan diri sendiri." Raykal merangkap sepupunya membaling bantal tepat ke muka Rayyan...
"Weh apa ni baling-baling bantal"
"Kau tu. Raykal cakap dengan kau. Kau boleh pula tersengih macam orang tak betul. Ini mesti ada apa-apa berlaku hari sampai kau happy macam ni. Kau tak nak share ke dekat
Kitaorang ke." Emeriz cuba mencungkil persoalan yang berada di benak fikiran semua kawan-kawanya yang lain. Yang lain sudah siap sedia memasang telinga untuk mendengar cerita Rayyan."Ahad ni aku bagi tahu ok. Sekarang aku tengah nak rancang plan baik punya. kau orang buat lah rumah ni macam rumah kau sendiri aku nak pergi bilik baca jap..." bingkas Rayyan daripada tempat duduknya.
Yang lain hanya memerhati tingkah laku dia. Bila Rayyan hilang dari pandanganereka cepat-cepat mereka buat mesyuarat tergempar.
"Ni mesti kes perempuan.... Kalau tak... Apa lagi tersenyum sana tersenyum sini..." kata Dzafran mula musykil dengan kawan mereka tu.
"Tapi kalau pasal perempuan... Hebat betul penangan dia sampai Rayyan jadi macam tu... Rayyan selama ni dengan perempuan lain mana pernah macam ni. Tak sabar pulak aku nak jumpa perempuan tu." teruja terlebih pula Shameer bila tahu hati kawan playboy dia tu dah ada yang berpunya.
"Kita tunggu ahad ni jelah tak payah jadi detective sangat... Sekarang ni kita nak buat apa? Apa kita main game dekat atas. Alang-alang tu kita ajak Rayyan sekali. Jomlah" ajak Danish..
Mereka terus teruja bila dengar pekataan 'game' dan berebut naik atas siapa sampai dulu..... Nampak budak-budakkan tapi bagi mereka itu lah masa mereka meluangkan masa bersama....
Hari ahad.....
Seperti biasa adalah hari dia untuk berehat atau lebih tepat hari untuk tido. Tiba-tiba ada yang mengacau lenanya.
"Aisy2 ada orang nak jumpa kau dekat bawah"kejut ariana selaku roommatenya...
"Apa... Kau cakap lah aku tidur tak nak ada orang kacau...." malas Aisy nak bangun...
"Cik Aisy oh cik Aisy bangun... Cik lupa ke? yang harini cik kene pergi ke rumah tuan Rayyan."
'Apasal suara Ariana bertukar pula ni. Siap cik cik bagai. Ke Ariana saja nak kene kan aku.' geram Aisy
"Ariana tak lawak lah..... Eeeehhhhh... Kak fatin..... Ma... Ma... Macam mana kak fatin boleh masuk ni... Dan apa yang kak fatin buat dekat sini. Ke aku yang mimpi." cuak bila bangun ternampak muka kak Fatin sebelah Ariana... Aisy cuba mencubit pipinya sendiri... Sakit.... Maknanya..
"Awak tak mimpi ni saya nak jemput awak lah ni sekarang dah pukul 10:30 am pukul 11 tuan muda nak jumpa awak. Baik awak bersiap cepat kalau tak takut tuan marah." cepat Aisy mencapai tuala mandi bila dia tersedar yang dia kene pergi rumah mamat annoying itu.
30 minit kemudian
Aisy turun daripada dormnya... Terus menerpa kak Fatin dan bergerak ke rumah bossnya itu....
Setelah sampai di hadapan rumah bossnya itu. Kelihatan banyak kasut di luar....
"Assalammualaikumm" sebaik saja masuk rumah agam itu..... Aisy terus bergerak ke ruang tamu di ikuti kak Fatin...
"Kenape you lambat? hari tu lambat hari lambat? Kenape dengan you ni?"
Soal Rayyan sebaik saya nampak kelibat Aisy."Sorry aku tak ingat hari ni kene datang rumah boss." balas Aisy... Tanpa dia sedar yang sebenarnya dia diperhatikan.
"You ni asyik lupa lupa lupa... Kalau kita ada anak nanti tak tahu lah you ingat ke tak." Riak wajahnya bersahaja yang tunjukan oleh Rayyan.
"Stop talking nonsense dan that won't happen. Ok hari ini aku kene buat apa? Masak je kan?" Aisy cuba menutup perbualan Rayyan yang mengarut.
Sapa tahu nak kawin dengan dia? dah annoying!!
"Haah harini you masak untuk I dengan kawan-kawan I. Menu harini tak kesah apa-apa you masak I makan. Aku kenalkan ni sepupu aku Raykal... Sebelah kiri dia, Shameer.. Sebelah lagi, Dzafran... Sebelah dia, Emeriz dan hujung sekali tu Danish.. You jangan gatal dengan diorang tau.... Kalau dengan I tak apa." Rayyan memperkenalkan kawan-kawan kepada Aisy. Aisy hanya memandang nak tak nak sahaja dengan senyum terpaksa.
Aisy hanya menjeling maut ke Rayyan bila dengar ayat last tu. Rayyan hanya tergelak kecil. Kalau di ikut kan hatinya mau dia cium dan cubit pipi Aisy itu. Tapi dia kene behave karang tak pasal-pasal karang dia masuk wad.
"Ok aku masak sekarang tapi waktu aku masak jangan sesiapa kacau aku kalau tak aku masak kepala sapa yang kacau aku tu." seram bila dengar amaran Aisy.
Kawan-kawan Rayyan meneguk air liur mendengarnya tapi lain pula dengan Rayyan bagi dia Aisy nampak cute sangat bila marah...
Apakah?????
Ok tak bab ni ......hahahaha sapa kat sini tim rayyan dan sapa tim Aisy.....
Jangan lupa komen, vote dan support me ok.....
Follow lah saya
YOU ARE READING
My Dear Mr.Annoying💖
RomancePergi mu tanpa kabar berita membuatku tertanya-tanya dimanakah kau berada. "Aisy boleh bagi tahu I yang you cintakan I? I perlu kepastian daripada you." ??? Aku hanya tersenyum dengan tenang aku berkata. "aku hanya lafazkan kalimat tu hanya pada ya...