"Kita ada kuasa yang tiada sesiapapun boleh lawan. Kita boleh jadi pemerintah, raja" kata Rayden. Dia menolak Lynix sehingga jatuh menyembah lantai. Lynix mengundur beberapa tapak, dia tidak mahu mencederakan Rayden. Dia mencengkam baju Lynix, "Aku tak nak menjadi raja. Aku lebih suka menolong orang menjadi raja, pelindung mereka. Bukan mengawal mereka" bantah Lynix.
Satu tumbukan padu hinggap diwajahnya. Dia melihat Rayden, mata yang merah menyala dan muka yang bengis. Sungguh dia takut melihat adik angkatnya itu. "Kalau begitu, kau tak layak diberi kuasa itu. Kuasa itu sepatutnya digunakan oleh tuhan, seperti aku. Kau lemah, tak layak" kata Rayden lalu mencapai sebilah pisau dan ingin menikam Lynix.
Lynix meronta-ronta sehingga luka di badannya itu menjadi sebuah garisan. Darah mencurahi badan Lynix, dia meraung kesakitan. Rayden ingin menamatkan nyawa Lynix tetapi pisau yang dipegangnya tercampak jauh akibat disambar Lynix.
Ibu bapa mereka terkejut melihat apa yang berlaku. Mereka segera menjauhkan Rayden daripada Lynix. "Apa Rayden buat ini?" tanya Erwin memegang Rayden kuat.
"Dia tak layak dapat kuasa itu!". Lynix dibawa pergi oleh ibunya dan beberapa orang yang sampai disitu. Jika lambat diselamatkan, Lynix mungkin sudah tiada lagi.
"Aku akan kembali dan aku akan pastikan kau sujud pada aku, Lynix!" jerit Rayden. Lynix membuka mata, parutnya terasa berbisa. "Mimpi" katanya. Dia bangun daripada katil dan mengambil baju lengan pendek lalu disarungkan.
Dia ke bilik air dan mengambil wudhuk. Selepas solat subuh dia duduk antara dua sujud dan berdoa.
"Ya Allah, kau berikanlah hidayah kepada Rayden. Aku sedang berjuang demi mempertahankan apa yang dia cuba rosakkan. Dia tidak bersyukur dengan nikmat keupayaan yang diberikan kepadanya. Kau berikanlah kemenangan kepada kami, Ya Allah. Musuh kami semakin ramai dan semakin kuat, tolonglah bantu kami dalam memperjuangkan keamanan yang semua inginkan. Dengan izin-Mu, kuatkan jasmani dan rohani kami. Aamin".
Lynix turun dari biliknya ke dapur, hari ini gilirannya membuat sarapan. Semasa sedang memasak Zack, Ren, Nick dan Jane turun ke dapur dan duduk dimeja makan. Mereka bersembang sehingga makanan siap.
Lynix yang pertama ingin merasa makanannya lalu dia menyuap nasi goreng China yang dimasak tadi, tetapi Nick memegang tangannya. Dia serentak mengangkat kening, "Baca bismillah daan doa makan dulu" pesan Nick. Dia sekadar mengangguk dan membaca doa lalu Nick melepaskan tangannya.
"Sedap, sedap. Makanlah" katanya. Mereka pun mencedok seberapa yang ingin dimakan kedalam pinggan masing-masing. Lynix tak suka makan dengan sudu jadi dia makan dengan tangan sahaja. "Kita akan bertolak ke Malaysia petang nanti" kata Nick semasa sedang makan. Mereka yang lain sekadar mengangguk.
"Dekat mana kau belajar memasak?" tanya Jane pula kepada Lynix. "Ibu aku ajar dulu, sebelum dia meninggal memang banyak benda dia ajar kepada aku" katanya. "Banyak benda?" tanya Zack pula. Lynix mengangguk, "Dia ajar aku basuh baju, lipat baju, kemas rumah, memasak, berdikari, seni tempur jarak dekat dan kemahiran lain" jawabnya.
"Ayah kau? Dia x ajar apa-apa?" tanya Zack lagi. "Ayah aku banyak ajar aku tentang persatuan, cara nak kawal kuasa ni, serang hendap, kecekapan mental dan fizikal... Banyak lagi lah" katanya. Lynix berdiri untuk membasuh pinggan. "Aku takkan ke kelab malam untuk berfoya-foya lagi" katanya tiba-tiba.
Nick, Ren, Zack dan Jane memandang sesama mereka. "Tiba-tiba sahaja..." kata Nick. Meletakkan pinggan di rak pinggan mangguk lalu memusingkan badannya dan tersenyum. "Aku nak mulai sekarang, sekiranya kita semua berada didalam saat yang genting. Ikut semua arahan aku tanpa bantahan" kata Lynix lagi serius.
"Protokal Rush" kata Nick. Mereka semua diam seketika, ada rasa was-was mahu bertanya kepada sang ketua dan seperti dia sedang menyembunyikan sesuatu. "Misi di Malaysia ini akan menjadi misi yang terbesar didalam persatuan. Sentiasa bersedia, musuh kita juga mampu menjangka pergerakan kita" kata Lynix lagi.
Serentak dengan kata-kata itu, mereka teringat kepada seseorang. Ahli persatuan yang lama dahulu dibuang. Rayden. Sebelum mereka menyertai Dio, persatuan dan Aisar juga banyak bercerita tentang Lynix. Mereka diberitahu untuk mengingati nama itu. Sewaktu pertama kali berjumpa Lynix.
Mereka gentar, tetapi Lynix layan mereka baik sahaja semasa mesyuarat pertama mereka di pangkalan. Cuma Lynix banyak menegaskan tentang Protokol Rush kerana jika berlaku perkara yang tak diingini protokol itu akan memainkan peranan penting.
Sudah lama mereka tidak melihat Lynix yang serius dalam percakapan. Mereka tahu, ada bencana besar akan melanda Malaysia dan mereka perlu bersedia untuk serang balas.

YOU ARE READING
Game Changer
ActionMemang tak boleh diambil mudah setiap misi. Mata yang selama ini mampu minilik masa hadapan dengan jelas lagikan tepat, sentiasa bersedia. Tetapi musuh juga bukan calang-calang orang. "Aku tak ada mood nak bunuh sesiapa, mari kita tamatkan semuan...