“HOI!”
Jerit suara garau itu menghentikan perbuatan Jack untuk seketika. Anak matanya melilau mencari tuan empunya suara. Suasana gelap waktu itu menyukarkan dia untuk mengecam seorang demi seorang.Perlahan-lahan dia menjatuhkan semula pedang katana itu ke bawah. Kakinya juga diturunkan daripada memijak wajah Shark. Tidak sampai beberapa minit, kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan secara rambang ke arah kuncu-kuncunya. Siasana rancak tadi juga bertukar menjadi huru-hara. Terkucar-kacir orang yang menghadiri kelab malam itu berlari keluar daripada tempat situ.
Jack tersentak, lantas dia melompat ke tepi. Terbeliak biji matanya melihat hampir tiga orang kuncunya yang terkena peluru didada. Tinggal lagi dua orang sahaja yang masih selamat. Siapa pula yang melepaskan tembakan tadi?
"kau siapa, huh? Kalau berani kau keluarlah!" bentak Jack, geram. Anak matanya melilau memandang sekeliling.
“WACIYYAA!"
PEACHHH!!
"Alamak." Azim menekup mulutnya. Dia tidak sengaja menendang pasu bunga itu jatuh berderai ke lantai. Cadangnya ingin menendang Jack daripada belakang, tetapi lain pula yang kena. Berlapis dahi Jack memandang Azim. Azim tersengih menampakkan giginya.
Rayden menepuk dahi. "hei, kau jangan buat malu aku boleh tak? Kita baru aje gempak tadi, kau ni... ish, aku tembak kau karang!" herdik Rayden. Menghala Pistol itu ke arah Azim, Acah-acah seperti ingin melepaskan peluru ke arah lelaki itu. Tak fasal-fasal hancur plan A mereka disebabkan kecuaian lelaki itu.
"Alaa... Sorrylah. Tak sengaja. Gelap sangat tadi, tak nampak." rungut Azim.
Jack tertawa sinis, sambil dia menepuk tangannya berkali-kali memandang ke arah mereka bertiga. Azim, Kazam dan Rayden serentak berpaling ke arah Jack.
"aku tak sangka orang seperti kau orang pun boleh jadi Mafia dalam dunia ni. Tak perlulah bazirkan tenaga kau orang untuk lawan aku. Kau orang semua lemah! Sama macam otak kau orang yang lembab!" sinis Jack.
"Hei, otak jangan main ek! Mak aku hantar aku pergi sekolah tahu tak?" Kazam mencelah, tidak puas hati. Jack menjuling anak mata keatas, dengan menayang muka muak. Dua ekor anak buah ikan itu kalau tak menyampuk memang tidak sah.
Rayden menggeleng kepala. "kau orang berdua ni boleh senyap tak? Bagi aku sahaja yang bercakap. Karang aku balik ke rumah semula, baru padan muka kau orang!" herdik Rayden.
"tak adalah dia... "
"Senyap!"
Azim dan Kazam mendiam. Mereka menunduk ke bawah memandang lantai. Rayden menghembus nafas kecil, sebelum kembali mengangkat wajah memandang Jack.
"Sekarang ni aku datang sini untuk bawa kawan aku balik. Lepaskan dia, dan bagitahu mana Suraya."
"kau pun sibuk nak tahu fasal perempuan tu? Dia bukan ada kena mengena dengan kau pun."
"memang dia tak ada kena mengena, tapi Shark ni kawan aku. Aku takkan biarkan sesiapa sahaja yang pukul dia termasuk diri aku sendiri. Engkau jangan cabar aku jadi gila macam kau punya bos!"
Jack berdecik kecil. "kau takkan mampu lawan aku."
"kalau macam tu aku cabar kau." ugut Rayden. Terbeliak biji mata Azim dan Kazam mendengarnya.
"aku nak kau orang bertiga, lawan aku seorang." cabar Rayden, lagi. Azim menggeleng tidak setuju. Dia tidak mahu jika ada apa-apa belaku pada Rayden. Kalau Shark pun boleh tumpas apatah lagi kalau Rayden?
"Apa ni Ray? Dia pakai katana kot? Silap-silap hilang kepala kau nanti macam mana?" soal Azim.
"betul tu. Kita janji nak lawan sama-sama."
"kau orang diam boleh tak? Aku tahulah apa yang aku buat! Kau orang juga yang jemput aku datang sinikan? Jadi ikut arahan aku." ujar Rayden, tegas. Azim dan Kazam terdiam tanpa sebarang alasan.
Jaket kulit dibuka Rayden, lalu dicampakkan keatas sofa yang tidak jauh daripada situ. Dia mengeluarkan semua senjata yang berada dibelakang seluarnya, lalu diletakkan keatas meja sebelum melangkah beberapa tapak ke hadapan. Kedua belah kakinya sudah dibuka, bersedia menerima serangan.
Jack tersenyum sinis. Anak matanya bergerak-gerak memberi isyarat pada dua orang kuncunya untuk mengepung lelaki itu. Pedang katana ditangannya digenggam dengan kemas. "kau betul nak lawan seorang dengan geng aku?"
"Aku anak jantan, bukan betina macam kau." sinis Rayden.
"tapi dulu bukan dia betina ke?" bisik Azim, dan tertawa sendiri. Begitu juga Kazam. Tajam sahaja anak mata Rayden memandang mereka berdua. Karang Jack aku tak tumpaskan, mereka yang tumpas! Sudahlah minta tolong aku, selepas itu boleh pula mengejak aku! Aku bakar budak dua ekor ni baru tahu.
"Then, Lai!" cabar Jack. Jari jermainya bergerak-gerak mengajak lelaki itu untuk menyerangnya terlebih dahulu. Rayden menghembus nafas kecil. Dia cuba untuk melupakan apa yang Azim dan Kazam bisikkan tadi dan fokus. Tiga orang lelaki yang sedang mengepungnya ditatap satu persatu, memikirkan anggota yang mana satu harus diserangnya dahulu.
"Hiyaa!" jerit Rayden, pantas dia menghayunkan kakinya ke arah Jack. Sempat Jack mengelak dengan menunduk ke bawah, lantas pedang katana itu dihayunkan ke arah Rayden. Salah seorang lelaki yang berdiri berdekatan dengannya ditarik rapat, tanpa sengaja bilah pedang itu terkena pada lehernya sehingga dia jatuh menggelupur ke atas lantai seperti cacing kepanasan.
Jack tergamam. Rayden tersenyum kemenangan. Tinggal lagi dua orang sahaja yang perlu dia tumpaskan.
"Kurang ajar, kau!" dia merengus geram. Lantas pedang katana itu dihayunkan ke arah Rayden dalam arah yang berbeza-beza, akan tetapi sedikit pun tidak mengena kulitnya. Tanpa menunggu masa lagi dia terus melepaskan tumbukan padu pada wajah Jack sehingga mengeluarkan cecair merah daripada gusinya.
Rayden tersenyum sinis saat melihat wajah Jack yang jelas menunjukkan tidak puas hati. Lantas seorang lagi rakan Jack menyerangnya daripada belakang. Leher Rayden dicekupnya kuat, sehingga tidak mampu bernafas. Malah Rayden tidak mengalah. Dia terus menghayunkan sikunya tepat mengena pada perut lelaki itu. Spontan dia terlepas daripada cekupan itu, lalu dia mencapai satu senjata api dan melepaskan beberapa tembakan pada dada lelaki itu.
Perlahan-lahan tubuh itu jatuh terkulai ke lantai. Kini tinggal Jack sahaja yang masih lagi berdiri. Azim dan Kazam menepuk tangan daripada jauh. Tak sangka lelaki itu pandai dalam seni bela diri.
"Cayalah, Ray! Pewwiittt!" jerit Azim. Kazam mengangguk laju tanda setuju.
"Kau ingat kau boleh kalahkan aku? Kau dengan Shark sama sahaja lemah! HIYAAA!"
BENG! BENG!
dua das tembakan dilepaskan kearah kaki Jack. Terus dia jatuh terjelepok keatas lantai. Pedang katana juga spontan terlepas daripada tangannya.
"arghhh... " Jack mengerang kesakitan. Dia menyentuh kakinya yang mula terasa kebas dan pedih. Rayden menggeleng kepala. Sekilas dia memandang Shark yang masih terbaring ke lantai. Dia tidak rasa semua ini cukup baginya. Lantas wajah Jack ditendangnya sehingga terbaring. Pisau katana diatas lantai dicapainya, lalu diletakkan tepat pada mulut lelaki itu.
"Sekarang bagitahu aku, mana isteri dia?"
"Aku takkan sesekali bagitahu kau! Dia cuma milik Haidin, dan kau takkan mampu merampasnya!"
"kau pasti?" pedang katana itu, ditolaknya sedikit masuk ke dalam mulutnya. Jack mula tidak keruan.
"kau... Kau nak buat apa ni?"
"Bagitahu aku atau aku tekan pedang ni masuk sampai anak tekak kau."ugut Rayden.
"Kau takkan berani buat macam tu."
"siapa kata?" lagi sedikit dia menolak pedang itu masuk. Berpeluh sudah dahi Jack pada waktu itu. Dapat dia merasakan lidahnya yang terkena pada bilah pedang yang tajam.
"Shark mungkin tak boleh bunuh kau sebab dia dah berubah, tapi kau kena ingat. Aku belum berubah. Aku lagi psycho daripada kau punya bos!"
"Kalau kau bunuh aku sekalipun, kau tetap takkan tahu mana perempuan tu berada!"
"Sekurang-kurangnya aku dapat bunuh kau itu pun sudah memadai. Sekarang ni kau nak bagitahu aku ataupun tidak?" soal Rayden. Dia mengemas sedikit genggaman pada pedang itu.
"Aku takkan bagitahu kau!"
"betul?"
Jack terdiam. Dia pun tidak tahu sama ada jawapannya itu pasti ataupun tidak. Tetapi, kalau dia beritahu pun mungkin nasibnya akan sama juga.
"betul kau tak nak bagitahu aku?"
Jack masih lagi mendiam.
"Masa dah tamat. Selamat tinggal."
"Ak... Aku... ARGHH!!"
terus pedang katana itu ditekannya hingga masuk ke dalam anak tekak lelaki itu. Azim dan Kazam sudah menutup mata mereka masing-masing, tidak sanggup untuk melihat darah yang memancut keluar dengan banyak. Rayden tersenyum menyenget, memandang mayat Jack yang mati dalam keadaan mata yang terbeliak kemerahan.
"Setel. Dah, pergi angkat Shark masuk dalam kereta sebelum polis sampai."
Kejam sangat ke? Takkan? Hihihi