Makanan yang tersedia dari pagi tadi hanya dipandang dengan kosong. Bella kembali memandang ke luar tingkap.
"Hey.. Wait. Kenapa makanan tak berusik ni?" Soal Karl sambil mengerutkan dahi. Dia memandang Bella yang termenung sebelum nafas dihela.
"Bella, dah seminggu dah kau macamni. Kau kena makan tahu tak, kalau kau seorang nak mampus aku tak kisah, tau. Anak dalam perut kau tu. Tak kesian ke? Kau nak dia mati kebulur ke apa?" Soal Karl sambil duduk di birai katil. Bella hanya diam.
"Huh. Sini aku suap." Keluh Karl sambil mengambil pinggan nasi sebelum disua sudu ke arah Bella.
"Bella.."
"Aku kata taknak, taknaklah! Aku nak Irfan kau faham tak?!" Tengking Bella sambil menolak pinggan di tangan Karl sehingga berderai kaca itu di atas lantai.
"Kalau macamtu, kau pergi kubur hidupkan balik suami kau tu! Kau meratap macamni pun suami kau takkan hidup balik lah!" Suara Karl turut meninggi. Bella memeluk lutut sebelum esakannya terlepas. Karl memejam mata sebelum nafasnya dihela perlahan.
"Nanti aku suruh bibik bawakan makanan lain. Aku nak jenguk Adam Farish kejap." Karl terus keluar dari bilik itu. Bella kembali menangis.
Pintu bilik dikuak oleh Karl sambil melihat Adam Farish yang sedang bermain kereta mainan yang baru dibelinya. Karl bersila di tepi kanak kanak itu.
"Uncle.. Arish nak abi.." Rengek Adam Farish sambil mencebik. Matanya memandang Karl. Karl menghela nafas.
"Kau lapar tak? Kalau lapar aku suruh bibik masak." Kata Karl lembut sambil mengusap kepala kanak kanak itu. Adam Farish menggeleng. Dia baru sahaja makan sejam tadi.
"Kau." Adam Farish menunjuk ke arah Karl. Kemudian giginya yang baru tumbuh dua ditayang bersama gusi. Karl membulatkan mata.
"Eh eh budak ni. Kau tu kecik lagi. Tak elok cakap macam tu. Aku ni tak pe lah sebab aku dah besar." Kata Karl sambil mengepit hidung Adam Farish geram. Kanak kanak itu tergelak.
"Aku." Tangan ditepuk kuat. Adam Farish tersengih ke arah Karl. Karl memicit kepala. Dia menemani Adam Farish sehingga budak itu lena.
"Karl."
Karl menoleh. Mata memandang Bella yang berdiri di hadapan pintu. Kening diangkat sedikit sebagai isyarat untuk Bella meneruskan kata.
"Saya nak balik rumah saya." Kata Bella perlahan. Kepala ditunduk dan jarinya bermain sesama sendiri. Karl melangkah ke arah Bella.
"Dah makan?" Soal Karl. Bella diam.
"Makan. Karang kalau kau mati aku jugak susah." Kata Karl sambil melangkah pergi. Bella menghela nafas panjang sebelum masuk ke dalam bilik anaknya. Wajah Adam Farish yang lena itu dipandang sebelum air matanya bergenang kembali. Perutnya turut diusap.
"Macamana umi nak besarkan korang berdua tanpa abi?" Bisik Bella perlahan sebelum air mata mengalir deras. Lama kelamaan esakannya mula terbit.
Karl yang memerhati dari jauh mengeluh. Lembik betul perempuan tu. Sikit sikit menangis, sikit sikit menangis. Haih. Mati laki je pun bukan kena scam berjuta juta. Telefon yang berdering diambil lalu ikon hijau diseret ke tepi.
"Hello.. Kau dah nampak dengan mata kepala kau sendiri kan yang dia dah mati? Hah? Mana lah aku tau mana anak bini dia! Entah entah dah mati kena baham dengan singa dah!" Kata Karl geram sambil mengambil kunci kereta dan melangkah keluar dari rumah itu.
Bella yang terlelap di tepi katil Adam Farish perlahan lahan membuka matanya.
"Puan.. Makan dulu. Dari semalam lagi puan tak makan." Kata bibik yang baru masuk ke dalam bilik Bella. Bella mengambil lemah pinggan itu lalu perlahan lahan nasi disuap ke mulut. Payau. Tapi mengenangkan anak yang ada di dalam perutnya dia gagahkan diri juga untuk makan.
"Bik." Bibik yang baru ingin keluar kembali menoleh.
"Ya puan?"
"Kenapa saya kena duduk sini? Siapa Karl?" Soal Bella. Bibik itu tersenyum nipis.
"Saya minta maaf, puan Bella tapi saya pun tak tahu. Saya cuma bibik dalam rumah ni." Kata bibik itu. Bella hanya mengangguk. Makanan kembali disuapkan ke mulut.
____________________________________"Bella!" Panggil Karl sambil memandang sekeliling mencari kelibat Bella.
"Ya?" Soal Bella yang baru sahaja turun. Karl mengerutkan dahi.
"Kau nampak cengkung."
Bella menunduk. Karl mengeluh lalu mengarahkan Bella duduk di sofa berhadapannya.
"Kenapa awak bunuh Irfan? Saya perlukan dia. Anak anak kami perlukan dia." Kata Bella setelah duduk. Air matanya laju sahaja mengalir tanpa sempat ditahan. Perutnya diusap lalu bibir diketap.
"Saya tak tahu lepas ni sama ada saya dapat teruskan hidup saya tanpa dia atau tak. Saya tak kuat. Saya hilang orang yang saya sayang. Semua. Ibu ayah saya, dua suami saya. Anak saya dengan Farish.. Kenapa?" Bella terus menangis. Karl hanya mendengar sebelum keluhan terbit di bibirnya.
"Aku terpaksa."
"Terpaksa apa?! Kalau betul pun awak terdesak atau ada masalah besar jangan libatkan suami saya! Awak tak rasa apa yang saya rasa sebab awak tak ada isteri, orang yang awak sayang tak kena bunuh! Awak takkan faham how broken I am right now." Bella terus teresak.
Karl bangun dari sofa. Kepala Bella yang berbalutkan tudung dipaksa mendongak memandangnya. Mata berair gadis itu direnung tajam.
"Mak bapak aku kena bunuh depan mata aku sendiri, satu satunya adik aku kena seksa sebelum dibunuh. So just shut the fuck up and obey what I asked you to!" Keras suara Karl sebelum dia melepaskan tangan di kepala Bella dan melangkah keluar dari rumah itu.
Bella terus menangis.
***
"Kalau macamtu, kau pergi kubur hidupkan balik suami kau tu! Kau meratap macamni pun suami kau takkan hidup balik lah!"
YOU ARE READING
MAP 2 : Heart Emperor
RomanceMYSTERY AUTISM PERSON 2 Bahagia cuma seketika. Ya. Itulah yang terjadi kepada Damia Nabella apabila kebahagiaannya hancur serta merta. Ibarat burung tidak bersayap, itulah keadaannya. Hidup dibawah naungan seseorang yang memaksanya mengikut telunju...