" korang aku nak pergi tandas jp. temankan please." rayu Raisha sambil membuat muka sudah tak tahan.
" kau pegilah Dara. aku nak masuk kelas." arah Nuda malas nak layan perangai Raisha. Raisha memang selalu macam ni. Berapa saat je lagi nak habis rehat, barulah dia terhegeh-hegeh.
" take care jalan tu jangan sesat pulak." pesanku kepada Nuda. Nuda hanya tersenyum lalu beredar.
Aku pula mengikuti langkah Nuda dari belakang. Laju betul perempuan ni jalan.
Kebetulan depan tandas perempuan tu ada cermin besar so aku pun berhenti depan cermin tu sambil membetulkan rambutku.
" fuh lawa jugak aku. tapi sayang, kena tinggal." aku mula puji diri sendiri. siapa lagi nak puji kita selain diri kita sendiri.
" Dara!" jerit seorang perempuan memanggil namamku. suaranya biasa didengari. tak lain tak bukan...
Aku ternampak Suraya di dalam cermin. Kelihatan dia berada dibelakangku. Aku pun memusingkan badan menghadapnya.
" why?" soalku malas nak layan. bebola mata aku pusingkan ke atas tanda menyampah.
" aku rasa better kau lupakan Kasyaf secepat mungkin. tak payah nak beria ambil hati dia balik sebab dia milik aku!" tegas Suraya sambil memandangku tajam.
" sape Kasyaf? sape kau? aku tak kenal kuman kotor jijik macam korang yang dalam senyap-senyap cuba nak hancurkan aku!" ujarku dengan nada yang geram. beberapa orang murid yang lalu di kawasan tandas sudah mulai pandang-pandang.
" hey apeni?" soal Raisha tercegat di pintu keluar tandas.
" entah perempuan ni cari pasal. eh beramboslah!" balasku dengan geram sambil menolak dada Suraya menggunakan kedua belah tanganku. Suraya hampir hilang kawalan lalu terjatuh.
" Adara Adresia!" jerit seorang lelaki memanggil namaku. Lelaki itu tidak lain tidak bukan ialah Kasyaf. dia bersama dengan Daim sebab diorangkan kelas sekali. Rakin form 5.
Aku hanya diam. Kasyaf datang menghampiri lalu menampar pipiku dengan kuat.
Air mata tidak lagi boleh ditahan. Aku terus menangis. Kasyaf ialah lelaki pertama yang cuba menampar aku.
Daim dan Raisha diam terkedu macam tidak percaya apa yang sedang berlaku. Suraya tersenyum sinis.
" kenape ni?" soal Rakin yang tiba-tiba muncul. maybe dia nak pergi tandas kut sebab tandas lelaki bersebelahan dengan tandas perempuan.
" kawan baik kau yang bernama Kasyaf ni dah tampar pipi kawan aku. lelaki jenis ape eh macam ni?" soal Raisha sambil mengusap belakang badanku.
" Kasyaf apeni? asal kau buat macamni? pleaselah weh, dia perempuan hati dia cepat tersentuh." jelas Rakin kepada Kasyaf dengan muka simpati melihat keadaanku. Kasyaf hanya diam.
Aku terus melangkah laju meninggalkan kawasan tersebut. Raisha terus mengejarku dari belakang. Air mata semakin laju membanjiri pipiku.
Aku menaiki tangga dan terus menuju ke kelas. Seisi kelas memandangku pelik kerana mukaku yang kemerahan dan air mata penuh membasahi pipi.
" kau kenapa weh kau kenapa? kau okey ke?" soal Nuda terburu-buru bangun dari tempat duduknya dan terus menghampiriku.
Nasiblah kelas aku harini cikgu Math tak masuk sebab ada meeting dengan pengetua. Cikgu suruh buat homework. Kalau tak mesti dah kena soal siasat dengan cikgu aku ni.
YOU ARE READING
Berikan Cinta-Mu
RomanceKisah Adara Adresia seorang pelajar sekolah menengah yang terlalu mengejar cinta pertamanya iaitu Kasyaf Amrin sedangkan Kashaf tidak lagi mencintai Adara. Adara, seorang gadis yang periang tiba-tiba bertukar menjadi seorang gadis yang lebih diam...