Minseul duduk bersantai sambil melayan drama di tv. Sudah malam hari, Hyunjae belum pulang juga. Minseul tahu, beza prosecuter dengan programmer. Prosecuter lagi di luarsibuk berbanding programmer hanya duduk rumah boleh buat kerja.
Minseul memang pemalas. Ruang tamu berhampur dengan bersepah dengan sampah makanan. Lantai yang belum dimop lagi sebab kuah ramyeon tumpah. Mengundang makhluk perosaklah namanya.
"Hoam~" Minseul menguap sambil menggeliat kecil. Disebabkan dirinya tidak tahan kantuk, dia terlelap.
------
Hyunjae pulang jam 10 malam. Kes yang diuruskannya baru-baru ini agak sukar. Lagi-lagi pihak lawan- pendakwa raya Kevin yang licik. Ada sahaja buktinya yang disangkal kesahihannya.
Hyunjae stress. Dengan keadaan rumah yang bersepah, dia naik berang. Minseul yang separa tersedar itu mula jaga.
"Haish, tak reti kemas rumah langsung kau ni. Tak guna jadi perempuan." Tin soda disepak. Minseul terbangun.
"Aku lagi rela hidup sendiri daripada dapat housemate pengotor macam kau, perempuan pemalas." Hyunjae berdiri menghadap Minseul yang baring bertonggeng atas sofa.
Minseul terus berdiri- berhadapan dengan Hyunjae. Dia memang separa sedar, tapi dia faham bahasa. Dia dengar Hyunjae sedang mengamuk.
"Awak tak reti cakap sopan sikit. Saya boleh keluar dari rumah kalau itu yang awak mahu." Minseul turut membentak. Bertikaman lidah mereka berdua. Hyunjae tampak meraup wajahnya kasar.
"Lagi satu, perempuan pemalas itu bukan nama saya. Saya ada nama sendiri, Do Minseul, Minseu- "
" -Aku tak suka nama kau."
"Cakap sajalah yang awak bencikan saya. Kalau ya, perasaan awak tak bertepuk sebelah tangan. Saya pun bencikan awak!" Kata Minseul dan berlari masuk biliknya. Sempat dihempas pintu bilik itu tanda dia marah.
➳❥ tbc
YOU ARE READING
[II] Eclipse. ✔
Fanfiction❛❛Eclipse is a proof that there is no love that's forbidden and impossible.❜❜ 2ND GALAXY THE SERIES LEE HYUNJAE VER START ⋮ 25/O6/2O2O END ⋮ 27/O6/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O