6

363 53 23
                                    


aku buka mata. bestnya tidur mimpi ada vampire bawak aku terbang laju laju sampai pokok sena apa dalam baju seketul ayam goyeng.

aku termenung. handsomenya stranger dalam mimpi aku mata dia warna gold. kenapa aku bangun dari mimpi ni ye? mimpi lagi best dari real life.

aku tarik selimut. nak sambung tidur lah sebab mimpi lagi best dari realiti macam hampeh.

"dont tell me you gonna sleep again?"

aku kejung. ah suara lelaki mana pulak dalam bilik aku ni eeee taccod. aku pusing belakang.

"eh apa kau buat dalam ni?" tak silap aku , ni lah lelaki mata gold dalam mimpi aku. mesti aku ni dah alone sangat sampai nampak watak mimpi dekat real life. poor me.

"breakfast is ready. come in 5 minutes or you'll eat cabinet"

dia boleh bercakap. maybe aku memang dah gila teruk. aku perhati bilik ni. nampak baru.

oh okay jadi aku tak mimpi? oh tak ke oh okay.

OH KIRANYA AKU MEMANG PELUK LELAKI TADI? I MEAN MALAM TADI?

okay so apa dia buat dalam bilik aku tidur ni? aku alih selimut. nak pergi gosok gigi lepastu makan. okay Dinie ni malu tapi Dinie lapar.

aku menapak ke meja makan. ada brownies, spaggeti carbonara dengan air jus dragon fruit! THIS GUY I LIKE HEHE

tapi mana dia? kenapa sunyi sangat rumah. aku terus duduk. brownies aku capai. ini semua nikmat.

eh tapi aku kan tetamu, so aku kena tunggu  lelaki tadi. aku letak balik brownies. okay kita tunggu.

"makan je. aku dah makan tadi. kau habiskan semua" sergah satu suara dari belakang. aku tersentak. jadi lelaki ni tak reti bagi salam or what?

aku pusing melihat lelaki yang aku taktau lagi nama dia. tapi mata dia gold. rambut pula betul betul kemas. handsome

okay sudahla tu scan. aku sambung aktiviti makan.

"kau masak eh?" aku tak dapat tahan mulut dari tanya soalan bodoh. tapi lelaki ni bukan kaleng kaleng.

senyap. aku pusing belakang. kosong. lajunya dia lari. nak berak kot.

aku sambung makan. honestly memang sedap sangat. jus dragon fruit dia macam baru lepas blend. brownies dia ada coklat dekat dalam. spaggeti carbonara jangan cerita.

aku menghabiskan makanan. pinggan pinggan yang aku gunakan aku basuh. meja aku lap.

"hello?" aku mencuit lelaki yang tengah tidur dekat sofa ruang tamu. dia terjaga.

"what?" aku terus duduk lepas dia tanya aku. ha elokla. banyak aku nak tanya ni. aku duduk dekat sofa tepi lelaki ni.

"what happened last night? what was that?" aku pandang muka dia dengan riak muka serious.

please la jawab betul betul. aku clueless ni. dan aku nak balik. kenapa aku ada dalam hutan?

"wolf or maybe werewolf" sebaris ayat yang buat aku binggung. so werewolf really exist?

"joke. werewolf mana wujud!" this is insane. werewolf? serigala jadian? nonsense!

"I saved your life last night. nak percaya ke tak, terpulang"

aku pandang lelaki ni. yeah, dia dah selamatkan aku.

"thankyou mister stranger" but aku banyak lagi soalan. nevermind. slowly, tenang saja.

"call me Naz. panggil Naz je" Naz bertukar posisi. dia sekarang duduk menghadap aku.

Naz bangun dari sofa. dia pergi kearah dapur. seketika, dia datang balik membawa brownies yang sejuk. eh aku rasa aku dah habiskan brownies tadi. maybe dia ambik dari dalam peti sejuk kot.

"so Naz, macam mana aku ada dekat sini?" Naz memandang aku tak beriak. dah kenapa pandang pandang? tanya sikit je pun bukan susah.

Naz tenung aku lama. aku menundukkan kepala. tak selesa betul la dia ni kenapa ha.

"kau yang tiba tiba ada dalam hutan, lepastu tanya aku pula? I'm the one who should ask you first" Naz menongkat dagu. muka dia sikit pun tak senyum. mata dia dikecilkan

aku tersengih. kepala yang tak gatal aku garu garu. macam mana aku nak cerita dekat dia? tak dengar macam mengarut ke nanti eh. aku cuba prosess dalam otak. apa yang jadi eh kenapa aku ada dekat rumah dia ni?

oh yes i got it.

"so, aku dengan kawan aku kemalangan. ada jeep hitam yang langgar kitorang. lepastu aku bangun tiba tiba aku ada dekat sebuah rumah besar. cantik. aku pun taklah bodoh mana so aku lari la"

Naz mengangguk. dia mengerutkan dahi.

"kenapa kau nak kena culik pulak?" soalan yang ditanya Naz kedengaran bodoh bagi aku.

hak alah mana la aku tau. aku cuma angkat bahu. brownies depan Naz aku ambik tanpa segan silu.

"jadi perempuan, kau rasa kau boleh balik bila?" aku pandang Naz. perempuan dia panggil aku? wow

"panggil aku Dinie. and aku taktau macam mana nak balik. aku taktau aku ada dekat mana, lepastu kau kata ada werewolf dalam hutan, so aku rasa aku tengah koma maybe"

laju tangan Naz menepuk mulut aku. terteleng kepala aku dibuatnya. EH DIA NI KENAPA? HABIS TERSEMBUR BROWNIES.

sakitlah. dia ni kenapa? tiba tiba tepuk mulut aku. aku pegang mulut aku

"sakit? so maksudnya kau tak koma la kan? sorry terkuat" Naz kembali baring dekat sofa.

brownies yang selamat dekat lantai sebab aku tersembur tadi aku pandang. hah aku taknak lap biar Naz je lap siapa suruh tepuk mulut aku.

tiba tiba aku rasa macam ada besi karat dalam mulut. aku cepat cepat pergi dekat singki, aku ludah. eh berdarah la. aku cepat cepat kumur dekat singki dapur dia.

aku terus pergi dekat tandas tepi dapur. gila betul mamat ni tepuk mulut aku sampai berdarah. tapi seingat aku taklah kuat sangat. kenapa boleh berdarah?

aku terus mendaki tangga dekat ruang tamu sambil pegang mulut sendiri. sempat aku tengok Naz yang tengah perhati aku.

pintu bilik rumah Naz yang aku buat tidur semalam aku buka. heyyy mana tisu aku nak tisu.

"tisu" aku ambil tisu yang ada dekat atas meja tepi katil. aku lekapkan dalam mulut.

makin lama makin pedih. aku terjun dekat katil. wah empuk la katil rumah dia ni. like this i like muehehehe.

gusi aku makin lama makin berdenyut. aku merenung syiling. ada ukiran. tiba tiba dunia jadi gelap.

[🌻]

aku terjaga. eh lama ke aku tidur? tiba tiba lapar. aku bangun, keluar ingin keluar dari bilik. aku pandang bawah bila rasa macam terpijak something.

ada baju yang dah dilipat. eh kenapa ada dekat depan bilik ni? aku angkat baju tersebut. baju dress pink cair yang ada ropol ropol dekat bahagian lengan dengan pinggang. lepastu ada banyak sulaman bunga daisy dekat bahagian dada.

satu surat bewarna pink jatuh. eh surat apa ni? aku menunduk, surat pink sebesar card aku ambik.

sorry. terkuat           pulak tepuk.
dlm peti sejuk ada   aiskrim. mkn banyak banyak. biar kurang  rasa sakit. kalau lapar
dkt atas meja dapur ada makanan aku dh
masak. aku keluar. duduk rumah diam diam. hutan ni tak selamat kau nak merayau sorng . dengar cakap aku jangan pentingkan diri.
check pintu kunci ke tak
truly sorry
-naz-

aku tersengih. pandai ye dia ni main surat. dahla ayat dia susun macam bentuk hati. sudahla.  aku terus masuk dalam bilik lepastu tutup pintu. nak mandi , tukar baju apa semua. nasib baik ada syampu, sabun dan tuala baru dekat dalam tandas ni.

[🌻]

Prank Where stories live. Discover now