cp 45

805 106 0
                                    

Carol berlari di koridor bangunan itu. Dia tidak sangka dia berjaya buat semua itu tadi. Kali ini dia tidak mengkhianati Claire lagi.

Dia berhenti lalu tersenyum seorang diri. Dia cuba jadi kuat dan akhirnya dia berjaya. Mahu sahaja dia menjerit disitu melepaskan kegembiraan dia tadi.

"Carol!" Seseorang menjerit namanya.

Carol terkejut lalu menoleh ke belakang. Dia melihat Eva berjalan ke arahnya dengan muka yang sangat marah. Mungkin dia marah kerana Carol tidak buat apa yang dia mahu tadi.

Tapi budak itu tidak takut dan hatinya kini sudah tekad untuk mempertahankan kakak kelasnya, Claire. Dia tidak kisah apa yang akan jadi pada dia, asalnya dia tidak lagi mahu mengkhianati kakaknya lagi.

"Kenapa kau tak buat apa yang aku suruh tadi!" Jerkah Eva.

"Saya tak nak khianat kakak Claire lagi," balasnya.

Eva memandang marah ke arah budak perempuan dihadapannya kini. Mahu sahaja dia tampar muka budak ini. Biar dia tahu siapa ketua sebenar.

"Khianat? Kau fikir aku kisah. Kau nak ke hidup kau hancur dekat sekolah ni. Kau tahukan aku siapa dekat sekolah ni."

"Tahu dan saya tak kisah. Yang penting saya tak nak khianat kakak Claire lagi."

Tap!

Satu tamparan hadir di pipi Corol dan orang yang menampar dia adalah Eva. Mukanya kelihatan sungguh benggis.

Pipi Corol merah ditampar kuat oleh Eva. Kemudian perempuan itu menarik baju Corol. Carol cuba menahan kesakitan daripada tarikan itu.

"Kau tahukan aku paling tak suka dengan perempuan tu, tapi kenapa kau nak membela dia pula. Kau kenal dia sebab aku. Kalau aku suruh kau buat benda tu, buat saja apa yang aku suruh. Jangan nak sibuk khianat ke tak!"

Dihati Carol sudah mula takut dengan Eva tapi dia cuba lawan ketakutan itu. Dia tidak boleh terus jadi seorang yang penakut sahaja.

"Sa-saya tak nak," jawab Carol.

Eva semakin marah akan perempuan dihadapannya kini. Di fikirannya kini memang menyesal sebab pilih dia untuk hancurkan Claire.

Tangan dia sudah sedia diangkat untuk menampar perempuan itu lagi.

"Kenapa kau benci sangat dengan aku ya?" Satu suara memberhentikan tindakan Eva tadi.

Eva melepaskan tangannya daripada menarik baju Carol dan terus menoleh ke belakang. Kelihatan suara tadi datang dari Claire yang berjalan menuju ke arahnya kini.

Eva dan Claire menatap serius antara satu sama lain. Carol pula hanya boleh melihat dia orang kakak kelasnya dihadapannya kini. Nampak seperti peperangan akan berlaku sekejap lagi.

"Aku tanya, kenapa kau benci aku?" Soal Claire lagi.

"Aku benci kau sebab kau ada dekat sekolah ni."

"Kenapa pula?"

"Sejak kau datang sekolah ni, semua benda yang aku buat jadi salah. Aku tak fahamlah kenapa sekolah ni sanjung sangat kau. Setakat datang dari main school jer, bukannya datang dari istana," Eva menjawab dengan nada marah.

Claire mengeluh kecil di dalam hati. Budak-budak ke apa perempuan dihadapannya kini. Hanya sebab cemburu, dia boleh boleh Claire macam tu. Tak matang betul.

"Benda kau buat memang salah, sebab tu orang kata salah," selamba Claire menjawab.

Eva menggenggam tangannya tanda geram akan Claire sekarang. Dari dulu sampai sekarang dia tidak pernah memang melawan Claire.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now