🌺 - Bab 129

156 12 0
                                    


Danisya terus bangkit daripada duduk diatas meja itu manakala Emysha, Emylia dan Kaisara mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang. Bagi Amymas, mereka tidak takut tetapi agak terkejut apabila melihat kedua-dua orang lelaki tua itu dalam keadaan yang agak tidak stabil.

Aminah dengan Saleha bangun dari duduk dan menarik sedikit tangan Amymas supaya menjauhkan diri daripada bapaknya. Amymas sedikit terkejut apabila ditarik.

"Abah.. abah baru balik?", Soal Aminah lembut kepada bapaknya dengan senyuman.

Amymas memandang Aminah pelik. Bapak mabuk macam tu pun kau nak hormat ke? Patutnya kau lawan je dia bisik hati Danisya menyampah. Berlagak baik!

"Hahaha.. aku nak duit!" Kata bapak kepada Saleha yang bernama Salim.

Lelaki itu berjalan masuk rumah tersebut dalam keadaan seperti pokok ingin tumbang sahaja. Salim menghampiri mereka tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Amymas.

"Siapa ni?" Soal Salim sambil memandang Amymas tidak berkelip "Cantik! Hahah.."

"Hahah.. hello baby! Nak jadi awek abang tak?" Soal lelaki yang bernama Aziz pula, iaitu bapak kepada Aminah. "Bidadari jatuh dari syurga!"

Amymas yang mendengar itu nak sahaja bagi lempangan maut kepada kedua-dua lelaki tua yang tidak sedar diri ini. Nak berabang-abang konon, kau tu dah boleh digelar atuk walaupun umur kau nama sama macam umur bapak Amymas sekarang.

"Kau bawak balik diorang untuk aku ke Minah? Kau bagi aku dengan si Salim sorang dua ke?" Soal Aziz tanpa rasa bersalah atau malu langsung, dia ketawa!

Salim dan Aziz seperti pokok yang ingin tumbang itu menahan diri sendiri daripada terjatuh. Mabuk dadah ke mabuk ketum?

"Abah.. ni kawan kawan Minah dekat kolej. Diorang sahaja je datang nak melawat Minah dengan Leha masa cuti ni.." bohong Aminah kepada bapaknya

Bulat biji mata Danisya apabila Aminah membohong bapaknya sendiri. Aku datang dengan cara jujur kau nak bohong bapak kau pula, kau ingat aku takut dengan kau ke orang tua bisik hati Danisya yang tengah membahang.

"Ayah dengan Pak Long masuklah dulu. Leha nak layan tetamu kejap, nanti ayah dengan Pak Long nak makan apa, Leha masakkan" beritahu Salehah dengan sopan.

Danisya dah tak boleh tahan melihatnya. Bapak kau bukan main jahat lagi, kau boleh layan bapak dengan sopan kan? Menyampah bisik hati Emylia dengan jelingan.

"Bagus kau Minah! Kau bawak balik betina dekat aku, tak payah aku nak marah-marah kau dah lepas ni.." Salim gelak dengan kuat sekali sampai nak terkeluar anak tengkak

Danisya dah tak boleh tahan.

"Hey pakcik! Pakcik ingat pakcik bagus sangat ke hah? Pakcik ingat saya dengan kawan saya ni saja-saja je ke nak datang dekat rumah buruk pakcik ni? Hey pembunuh! Kalau ikutkan, rumah buruk kau ni gelilah aku nak pijak, orang gila pun gelilah!" Jerit Danisya, kau dah bunuh bapak aku ada hati kau nak buat lawak bodoh.

Emylia menarik tangan Danisya yang kehadapan sedikit itu. Emylia taknak Danisya melebih-lebih dengan lelaki yang mabuk dan hilang kawalan itu.

Salim dan Aziz memandang satu sama lain. Muncul senyuman jahat dan terus bocor ketawa mereka berdua dihadapan gadis-gadis itu.

"Waw.. garang.. abang lagi suka.. rawrr.. mari dekat abang.. muah" Salim ketawa kuat sambil membuat hi-5 dengan Aziz

Emylia dan Kaisara membuat aksi geli manakala Emysha dan Danisya membuat gaya ingin muntah. Geli aku bisik hati Amymas.

"Hey orang tua kubur memanggil, ajal semakin dekat, dan tak lama lagi nak mati, kau kau merana disebabkan kau, dey! Saya bukan nak kurang ajar ke apa tadi saya datang sini sebab nak bincang hal yang agak penting dengan pakcik!" - Danisya

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now