"KIRAH, watch out!! "Jerit Asyraf sebaik sahaja ada kereta yang menderum laju ketika Syakirah mahu melintas jalan. Asyraf laju tarik Kirah ke tepi sehingga Syakirah jatuh terhempas ke atas badan Asyraf.
Terpempan Syakirah ketika. Terasa bagaikan jantungnya berhenti berdegup. Pinggang Syakirah erat dipeluk Asyraf.
"Awak okey? "Soal Asyraf kepada Syakirah dengan nada risau. Syakirah mengangguk kecil sebelum perlahan kepala mengangguk.
Sebaik sahaja mereka bangun berdiri, langsung Asyraf memohon maaf kepada Syakirah kerana terpeluk Syakirah.
"A-awak tak payahlah minta maaf. A-awakkan dah selamatkan saya tadi. Kalau tak, tak taulah apa yang akan jadi, "ujar Syakirah begitu ikhlas. Takkan dia nak marah Asyraf pula kalau Asyraf dah selamatkan dia tadi.
Faiz yang memandang adegan itu, merengus geram. Kenapa bukan dia yang jadi insan bertuah selamatkan Syakirah? Kenapa bukan dia?!
Atikah yang turut berada di situ memandang pelik ke arah Faiz. Dah kenapa bibir tu terkumat-kamit mengatakan sesuatu? Siap pandang Asyraf dengan Syakirah lagi.
"Auch! "Desis Asyraf sebaik sahaja bahunya digerakkan.
"Eh, awak okey ke Asyraf? "Soal Syakirah prihatin. Asyraf nampak macam tak okeylah pula.
"I'm okay. Don't worry, "
Syakirah menggelengkan kepalanya menafikan yang Asyraf okey sebaik sahaja matanya tertancap ke arah luka pada situ Asyraf.
"Siku awak luka. Kita pergi klinik, okey? "
"Yelah, siku kau luka tu Raf. Jom kita pergi klinik dulu, "celah Firash.
"Sikit je ni, "balas Asyraf masih tidak mahu ke klinik. Malaslah nak pergi klinik. Lambat!
"Aku tak kira sikit ke banyak ke. Jom, kita pergi klinik dulu, "paksa Firash. Dah jadi macam tu pun nak berdegil lagi.
"Jomlah, Asyraf.. "Terus rasa lembut hatinya apabila Syakirah mengajaknya begitu. Hailah, Kirah...
SELESAI mendapatkan rawatan, Asyraf mengucapkan terima kasih kepada Firash kerana membawa dia ke klinik. Firash hanya melorekkan senyum kecil.
"Tak de hal lah, bro, "balas Firash.
"Awak.. Terima kasih tau sebab selamatkan saya tadi. Kalau tak, tak taulah apa nak jadi, "ucap Syakirah dengan penuh rasa ikhlas di hati.
Asyraf tersenyum. "Awak penting bagi saya Kirah, "mata redup Asyraf tu nak memandang Syakirah sebelum satu deheman memecahkan suasana romantis antara mereka.
"Tak payah nak feeling sangatlah! "Tegur Faiz. Menyampah pula dia tengok sepupu dia sendiri menggedik dengan gadis pujaan hatinya.
"Kau tak boleh tu yang kau sibuk, "balas Asyraf semula. Ingat dia nak duduk diam bila Faiz mula nak gaduh? Yang peliknya gaduh macam ni pun masih juga si Faiz nak ikut diorang. Huh!
Terdiam Faiz. Jujur hati dia aakit tengok Asyraf cuba rapat dengan Syakirah. Faiz terus berjalan melepasi Asyraf. Dia nak balik! Mujur mereka naik motor asing-asing.
Atikah pandang pelik Faiz yang keluar sahaja dari klinik terus menghidupkan motornya. Dah kenapa mamat ni moody pulak?
"Dah kenapa si Faiz tu? "Soal Atikah pelik. Asyraf hanya angkat sedikit bahunya namun dia mendesis sikit sebab bahunya agak sengal sikit. Maklumlah jatuh terhempas di atas tar.
Atikah hanya diam apabila menerima jawapan itu.
"Jomlah balik, "ajak Firash. Asyraf dan yang lain hanya angguk bersetuju dengan ajakan itu. Penat dah seharian berjalan plus dapat sakit sekali.
YOU ARE READING
Cinta Si Troublemaker✔
Teen Fiction❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau tak ni, muka siapa? "-IMAN IMANI "Saya tak taulah pula muka Firash macam tu, "-USTAZ HALIM Bila Iman I...