(Author's POV)Ava memandang banglow di depannya. Perasaannya bercampur baur. Takut, marah, sedih, gembira. Selepas program itu tamat, Aiden memujuknya untuk pulang ke rumah. Ava memang mahu balik tetapi dia masih tidak cukup keberanian. Walaupun begitu, dia tak nak menyusahkan keluarga Finn lagi.
"Everything gonna be okay. Aku ada." Aiden menepuk bahu Ava.
' ye, semua akan okay. ' Ava menarik nafas sebelum berjalan masuk ke dalam rumah banglow itu.
Masuk saja ke dalam rumah, Ava terus pergi ke dapur untuk berjumpa dengan Mak Siti.
" Mak Siti!! " Ava memeluk wanita di depannya.
"Lamanya Ava tak balik. Risau Mak Siti." Mak Siti mengusap kepala Ava penuh kasiu sayang.
"Ava pun rindu Mak Siti. Rindu masakan Mak Siti, rindu nak usik Mak Siti." kata Ava.
Aiden hanya melihat gelagat adiknya dan wanita yang sudah dianggap seperti ibunya itu.
"Yelah..nanti Mak Siti masak untuk Ava ye." Ava tersenyum apabila Mak Siti mencuit pipinya.
"Dah balik dah pembunuh kita ni. Ingat nak lari sampai bila-bila." tiba-tiba ada satu suara menerjah mereka. Ava memandang Emily yang baru duduk di meja dapur.
' jangan kisah pasal dia Ava. ' Ava mengingatkan dirinya sendiri.
"Ok lah Mak Siti saya naik bilik dulu." kata Ava sebelum mahu bergerak keluar dari dapur.
Tapi Ava ditahan oleh Emily. Ava tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang Emily dengan pandangan kosong. Aiden sudah risau jika Emily bertindak di luar kawalan.
" kau tak takut ke balik rumah ni? " Emily memandang Ava sinis.
" nak takut apa? Ada hantu ke dalam rumah ni? " Ava memandang ke sekeliling dapur sengaja mahu menyakitkan hati Emily.
Emily mengetap gigi. Baru dia ingin membalas kata-kata Ava, Aiden sudah menarik Ava keluar dari dapur.
"Kau pergi nak bilik kau. Mandi lepas tu rehat. Apa-apa datang je bilik aku." Aiden menolak Ava untuk naik ke atas. Ava menoleh lalu memandang Aiden pelik.
"Nape? Lupa dah bilik kau kat mana?" kata Aiden dengan perlian. Ava menggulingkan matanya ke atas.
" Lawak. " Ava terus berlari naik ke biliknya.
Aiden melihat Ava hilang dari pandangan lalu bergerak ke ruang tamu. Remote dicapai dan tv dibuka.
"Kau bawak balik pembunuh tu?" Evan datang ke ruang tamu lalu duduk di sofa.
"Ava bukan pembunuh." balas Aiden dingin.
Evan tergelak sebelum kembali dengan wajah dinginnya.
"Bukan pembunuh kau kata? Habis tu yang dia nak bunuh mak aku tu apa?" Evan meninggikan sedikit suaranya. Aiden masih fokus dengan cerita di tv.
"Cakap lah apa kau nak cakap-
-tapi kalau aku bongkarkan kebenaran, jangan kau yang malu." Aiden menutup tv dan bergerak naik ke tingkat atas. Membiarkan Evan yang cuba menghadamkan kata-katanya.
' hilangkan mood nak tengok tv je.' omel Aiden dalam hati.
. . .
Aiden duduk di katilnya sambil melihat gambar di dalam phone. Sekejap di-off kan phone-nya, sekejap di-on kan kembali.
' patut ke aku tunjuk kat Ava? ' Aiden membaling phonenya ke belakang lalu meraup mukanya.
YOU ARE READING
T h e O l i v e r ✔
Teen Fiction" Look sweet on the outside " -Aiden Oliver "-but don't mess with us" -Ava Oliver *"* Kehilangan ibu mereka adalah satu kehilangan yang tidak dapat diterima tapi apakah daya, semuanya berlaku kerana takdi...