HM:21

8.7K 404 22
                                    

Hazel turun ke tingkat bawah. Adam yang sedang khusyuk menghadap laptop itu di ruang tamu di pandang.

"Honeymoon apa benda kalau bawak kerja sekali."bebel Hazel sendirian.

Dia melabuhkan punggung di salah satu sofa yang ada diruang tamu itu.Ah lembutnya!

Remote tv dicapai.Siaran demi siaran dialih.Tapi tiada cerita yang menarik.

Akhirnya National Geographic juga menjadi pilihan.Tengok burung terbang lagi best.

Hampir sejam Hazel menghadap televisyen.Sampai nak tertidur. Adam pula langsung tidak memandangnya.

Boring!

Hazel memejam mata.Tidur lagi best.Tiba-tiba Hazel merasakan tempat kosong ditepinya diduduki. Tidak lain tidak bukan.

Adam.

Hazel masih menutup mata. Malas mahu membuka mata. Adam mencucuk-cucuk bahu Hazel dengan jari.

Tiada respon.

Adam bertindak pula dengan memicit hidung Hazel.

"Janganlah."marah Hazel. Hidungnya dipegang.

"What?"tanya Adam dengan muka tidak bersalah.

"Nak apa?"tanya Hazel geram.

"Nak sayang."balas Adam laju. Bibirnya terukir senyuman nakal.

Hazel mengecilkan matanya. Rasa macam nak penyet-penyet je manusia yang berada dihadapannya ini.

"Okay sorry."

Hazel mencebik.

"Pergilah buat kerja tu.Sibuk dekat sini dah kenapa."halau Hazel.

"Jom pergi jalan-jalan."ajak Adam.Wajah Hazel dipandang dengan teruja.

"Nak jalan dekat mana?"tanya Hazel seperti berminat. Gila tak berminat,dia bosan gila duduk dalam mansion yang luas ini tanpa berbuat apa-apa.

"Rumah Mak Kiah.Kampung mak Kiah cantik."beritahu Adam.

Hilang terus rasa teruja apabila mendengar nama mak Kiah. Kalau rumah mak Kiah mesti ada si Mawar.

"Kalau tak nak pergi boleh?"

"Tak boleh."jawab Adam laju.

"Tapi...."

"Shhhhh....pergi siap cepat." Adam meletakkan jari telunjuknya pada bibir Hazel.

Hazel menepis tangan Adam. Nasiblah suami.Kalau tak memang dia terajang sampai ke planet Marikh.


***

Hazel melihat sekeliling.Jauh benar rumah mak Kiah. Sepanjang jalan hanya ditemani dengan hutan saja.Kalau sorang memang tak lalu ni.

"Jauh lagi ke?"Adam yang berkaca mata hitam itu dipandang.

"Nak sampai dah."jawab Adam tanpa memandang Hazel.

Keadaan kembali menyepi. Hazel hanya termenung ke luar tingkap.

Adam memberhentikan kereta dihadapan sebuah kedai runcit yang terletak di kawasan kampung.

"Nak apa-apa tak?"tanya Adam kepada Hazel.

Hazel menggeleng sebagai jawapan.

Apabila Adam keluar daripada kereta,Hazel membuka tingkap kereta.

"Wah segarnya udara dekat sini." kata Hazel sambil menghirup udara segar.

"Hi?"sapa seorang gadis kampung yang lengkap berbaju kurung.

HAZEL MEDINA[•C•]Where stories live. Discover now