hati mati

4 1 0
                                    

Perasaan akan lahir dari hati
Hati yang mempunyai perasaan akan menimbulkan pelbagai reaksi
Suka
Sedih
Cemburu
Marah
Perasaan ingin menunjukkan kasih sayang pada seseorang
Perasaan ingin menjaga hati seseorang
Perasaan ingin menyayangi dan disayangi
Tapi bagi aku perasan itu aku tak tahu masih wujud ataupun tak
hanya perasan apa yang aku ada dalam diri aku dalam hati aku aku sendiri tak tahu
Seperti hati aku sudah mati
Hidupan apa yang aku jalani sekarang pun aku tak tahu
Mungkin terlalu banyak kecewa mungkin terlalu banyak memendam perasaan
mungkin terlalu banyak hati yang aku jaga sehinggakan hati aku sendiri aku tak reti nak jaga
aku tak tahu
macam mana nak hidupkan balik hati yang sudah mati hati yang dah tak ada perasaan hati yang sudah tidak ada rasa
terkadang aku menangis tanpa aku rasa sedih hanya air mata yang keluar tapi tak tahu apa punca
Aku tak tahu bila kali terakhir aku gelak
Bila kali terakhir aku suka
Bila kali terakhir aku bahagia
Rasa macam dah lama sangat tak rasa itu semua
Sampaikan aku rasa macam aku dah lupa macam mana rasa itu semua dan apa yang akan membuatkan aku rasa bahagia rasa untuk gelak rasa untuk lucu rasa untuk senyum yang ikhlas
Mungkin benar hati aku telah mati

LUAHANWhere stories live. Discover now