SM - 11

1.8K 112 26
                                    

"WAIZ, aku..." Kata-kata Edy terhenti disitu sebaik saja dia membuka pintu pejabat. Kepala digelengkan melihat Waiz yang duduk di atas kerusi yang sengaja digerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan. Paling membuatkan dia menyampah bila tengok Waiz yang tersengih dengan iPhone ditangan.

Perlahan dia menapak masuk dan menutup pintu. Jarang sekali Waiz yang sekarang didepan dia bersikap seperti ini. Dia tahu sekarang ini mereka sedang bersenang lenang memandangkan baru saja kes mereka selesai kelmarin. Tetapi, bukan Waiz kalau tiada kerja yang hendak dibuat. Biasanya rakannya itu akan cuba juga menyibukkan diri. Namun sekarang, bukan main lagi tersengih-sengih bersama iPhone ditangan.

Edy bersandar disisi meja milik Waiz. Rakannya itu masih belum sedar kehadiran dia di bilik kerja mereka. Sekilas dia memandang. Namun, dia menoleh kembali bila terpandang sesuatu yang agak mengejutkan dia.

Luas matanya. Patutlah tersenyum tersengih sendiri. Rupanya tengah berbalas Whatsapp dengan Warda! Sudah dia agak! Hari tu bukan main lagi jual mahal. Sekarang dia nampak Waiz seperti angau bercinta pun ada.

"Heih! Untung la orang tu. Tak ada kerja boleh Whatsapp dengan peminat. Aku ni pula sendu tak tahu nak buat apa."

Dengar saja suara Edy dibelakang, Waiz laju menjatuhkan iPhone diribaan dengan wajah yang terkejut. Lalu dia memusingkan kerusi menghadapan rakannya itu.

"Kau cakap apa ni?" Kura-kura di dalam perahu, Waiz buat-buat tidak tahu. Wajahnya dilagak biasa.

Edy berpeluk diri seraya mencebik dan tertawa sebentar.

"Kau nak berlakon pun agak-agak la, Iz. Muka kau tu pun dah menunjukkan yang kau sekarang ni sedang dilamun cinta."

Waiz membetulkan duduknya.

"Berlakon apa pula kau ni? Bila masa aku dilamun cinta? Kau tak nampak ke aku tengah sibuk buat kerja?" Tangan dibuat-buat sibuk menyusun fail yang telah pun tersusun rapi itu.

Terpandang iPhone Waiz, Edy tergelak. Waiz sememangnya tidak akan pernah berterus terang dengan perasaan yang sebenar pada Warda. Selagi boleh elak, lelaki itu akan mengelak semahu-mahunya biarpun jelas menunjukkan yang sekarang ini Waiz dilamun cinta.

"So, lepas kau jumpa dengan Warda hari tu aku perasan yang kau kerap sangat tersenyum tersengih sambil pegang handphone tu. Itu bukan menunjukkan yang kau sekarang ni tengah dilamun cinta ke?"

Waiz masih berlagak biasa. Sebenarnya dia sendiri juga perasan dan sedar dengan perubahan yang berlaku pada diri dia selepas saja dia keluar makan bersama Warda beberapa hari lepas. Dia rasa hari-hari yang dilalui seperti bahagia saja. Dia juga tidak dapat berhenti dari terus membalas Whatsapp bersama Warda.

"Aku rasa biasa je." Dia berdalih lagi.

Gila ke nak cakap yang dia bahagia lepas saja keluar makan bersama Warda?

Edy mencebik.

"Terpulang. Aku tahu kau tak akan pernah mengaku apa yang kau rasa sekarang ni. Cuma, aku nak tahu sama ada kau dah cakap dekat Warda ke belum?"

"Cakap apa?"

"Cakaplah yang kau sebenarnya suka dekat dia. Dah cakap ke belum?" Geram betul Edy rasa dengan Waiz ini. Terlalu memendam rasa dan sengaja buat-buat tidak tahu. Waiz boleh dinobatkan sebagai pelakon terbaik dalam menyembunyikan perasaan!

"Belum."

Terus ternganga mulut Edy mendengar jawapan selamba itu dari Waiz. Lagak Waiz seperti biasa saja dan tidak peduli tentang itu.

"Kau ni betul ke tak sebenarnya ni? Dah ada peluang tu cakap la."

Waiz sandar tubuh pada badan kerusi.

Setia Menanti (𝑬-𝑩𝒐𝒐𝒌)Where stories live. Discover now