Air mata turun ke pipi Diane. Bibirnya menggeletar sedih. Kenapa dia orang di arahkan untuk berpisah?tanya dia dengan suara serak menangisnya.
Luisa jungkit bahu. "Sebab atuk tak nak ada waris dari puak cahaya, iaitu puak yang dimusuhi oleh puak api hitam sejak azali lagi. Jadi lepas ibu kau tinggalkan kau, atuk serang kampung tempat kelahiran kau untuk cari dan bunuh kau. Tapi ayah kau masuk campur. Dia bunuh semua orang dari puak api hitam dan korbankan banyak nyawa lepas tu. Tapi padan muka dia la...siapa suruh masuk campur, kan tak pasal-pasal kena tuduh jadi pembunuh. Sampai tinggalkan kau dekat sini dengan nenek kau..."ceritanya lagi.
Ibarat di tikam berkali-kali ke dada, deru nafas Diane naik turun tidak menentu. "Tak....tak mungkin...kau tipu.."Diane menggeleng kepala menidakkan semua yang dia dengar. "Tapi kenapa atuk nak bunuh aku, cucu dia sendiri"
Luisa ketawa mengejek. Ingat dia kisah apa kalau Diane nak percaya ke tidak. "Sebab teras kuasa kau adalah teras kuasa Cahaya Biru yang mana akan musnahkan teras kuasa puak hitam kalau tenaga kau tu tersebar luas. Sebab tu dia nak bunuh kau dan sebab itu aku ada dekat sini teruskan misi yang datuk aku amanahkan."
"Selepas bertahun lama aku dekat akademi kenapa baru sekarang kau nak bunuh aku?Diane pandang tak faham ke Luisa. Selama ni boleh je Luisa serang dia atau bunuh dia secara direct tanpa berlengah. Tapi tak Luisa tak lakukannya. Malah hanya terus menerus nak seksa hidup dia!
"Sebab dekat akademi tu dah ada orang yang akan lakukan kerja aku tanpa aku suruh. Tapi itulah masalahnya setiap kali ada saja yang hendak apa-apakan kau pasti perempuan tak guna tu masuk campur!"Luisa menggaru belakang telinga kerana gatal di gigit nyamuk hutan tu.
Semakin mencerlung kening Diane mendengarnya. Dia semakin tidak faham. "Siapa perempuan tak guna yang kau maksudkan tu?"
PAP!
Luisa memukul nyamuk yang mengigit lengannya. "AHh?tanya Luisa sambil menggaru lengannya dengan kening berkerut semasa memandang Diane. Oh...alah Doktor dekat bilik rawatan tu lah....kau tak tahu ke?"Luisa tersengih jahat. Part ni paling best. Diane mesti suka kalau dengar nanti. "Dia adalah ibu kandung kau...wanita yang telah tinggalkan kau...."katanya dengan teruja.
Diane terpempan, matanya terbutang luas memandang Luisa sebelum dia tersandar dekat batang pokok tu. Doktor bilik rawatan?Bersama air mata mengalir ke pipi, dia berbisik dengan perlahan. "Doktor Abiel?"
"Yalah...siapa lagi doktor yang ada dalam akademi tu...dah la. Banyak cerita pulak. Aku malas nak lama-lama. Banyak betul nyamuk dekat sini. Aku selesaikan terus dekat sini."Luisa bangun lalu mendekati Kaiser semula. Luisa tunduk memandang Kaiser. Kedua-dua kaki itu kemudian melutut. ?Aku akan bunuh dia depan mata kau..dan selepas tu kau pula...."tangan itu diangkat tinggi untuk menusuk bilah pisau itu tepat ke jantung lelaki itu.
"LUISA!"teriak Diane sekuat hatinya.
Namun saat mata bilah itu hendak menyentuh dada Kaiser satu dentingan cahaya mengenai tangan kanan Luisa. Membuatkan gadis itu menjerit lalu terbaring ke tanah dalam kesakitan.
"Ahh!"teriak Luisa semasa terbaring di atas tanah. Dia melihat kelibat itu memegang badan Kaiser sebelum lenyap bersama. Luisa berdiri, memegang lengannya yang kesakitan kerana di baling bebola kuasa padanya. Siapa pulak yang berani masuk campur urusan dia ni!
Diane yang saksikan kejadian itu terpinga-pinga sendiri sebab tak sempat nak proses apa yang berlaku. Apa yang dia sempat Nampak adalah, seseorang seperti lelaki menyusup dalam kegelapan lalu meledakkan sesuatu seperti api ke Luisa sebelum hilang Bersama Kaiser setelah itu.
"Kau! Ikut aku sekarang!"arah Luisa sewaktu dekati Diane lalu leraikan tali yang melilit tubuh itu dalam keadaan tergesa-gesa. "Jangan kau macam-macam ya...atau aku kerat leher kau!"ugutnya pada Diane masa tu.
Tak berani nak melawan, Diane hanya diam di situ sehingga la tubuhnya di Tarik Luisa untuk berdiri lalu lehernya di kunci oleh Luisa bersama bilah pisau di bawah lehernya.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...