BAB 22

1.4K 49 0
                                    

"Abang kata nak keluar makan? Kenapa kita ada dekat sini?" Tanya isterinya.

"Tadi Daddy ada datang office." Jawab suaminya pula. Berkerut dahi si isteri untuk mencerna bait bait ayat itu.

"Daddy ajak kita datang rumah.  Ada dinner sebab Kak Long dengan Abang Faiq balik Malaysia." Sambungnya lagi setelah melihat perubahan pada wajah isterinya.

"Oh...tapi macam mana dengan mama mesti dia tak suka Mia datang sebab Mi~" Katanya dipotong oleh suaminya.

"Shh..." Jari telunjuknya di letakkan di bibir munggil isterinya.

"Abang ada dengan Mia...I will protect you. Okey." Dia memberi kata kata semangat dia tahu setiap kali berdepan dengan mummynya ada sahaja masalah yang akan timbul jadi tidak hairanlah jika isterinya gementar untuk berhadapan dengan mummynya. Si isteri diam tidak berkutik.

"It's will be okay, dah jom keluar. Tak payah lah buat muka macam itu kan tak pasal-pasal malam ni kita tak join dinner." Sambungnya lagi. Sempat di hujung ayat di selitkan dengan gurauan dan miang sekali. Mia menjegilkan biji matanya. Cantik!

"Just kidding Dear. Dah jom keluar." Isterinya akur lalu membontoti langkah suaminya.

"Zhaf..."Tegur abangnya. Tengku Zhafran menyimpan telefon bimbit mewah yang berjenama iphone di dalam pocket seluar jeans bewarna skin dikenakan pula dengan baju kemeja kosong berwarna biru.

Lalu berjabat tangan dengan Tengku Zhareif. Manakala Si isteri menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan sepupu suaminya. 

Tengku Bella memandang tangan isteri sepupunya itu dengan gaya jijik! Dia hanya menyentuh hujung jari Mia sahaja.

Setelah itu dia membuat gaya jijik seolah olah dia menyentuh benda yang kotor. Dia tak sedar diri dia itu yang kotor.

Manakala wajah Mia sedikit kendur. Tengku Zhareif perasan akan perubahan pada wajah isterinya. Dia memeluk pinggang isterinya.

Wajah yang  kendur tadi kembali ceria apabila Mia mengoyak senyuman yang manis dihadiahkan kepada suaminya. Tengku Zhareif bertanya perihal orang tua mereka pada adik bongsunya.

"Mummy dengan daddy mana?"

"Ada dekat dalam. Pergi lah masuk kak Long dengan Abang Faiq baru jer sampai. Zhaf yang ambik dekat Airport tadi." Katanya lalu menjemput abangnya masuk ke dalam rumah.

"Kalau macam tu aku dengan Kak Mia masuk dulu." Katanya berbasa basi. Beza umur Mia dengan Tengku Zhafran berapa tahun sahaja tapi disebabkan dia ialah isteri kepada abangnya. Dia perlulah menghormatinya.

Pasangan yang baru bergelar suami isteri itu meninggalkan mereka berdua. Mereka menuju ke pintu rumah yang terbuka luas.

"Huh! Buat apa You jemput diorang tak puas lagi ke kena maki hamun dengan mummy You. Dasar perempuan kampung macam tu lah. Kebal dengan herdikan mummy you." Katanya dengan nada yang meluat.

"You jangan nak hina abang I. Walau macam mana sekalipun dia ada hak untuk datang ke sini. I rasa You tetamu tak dijemput sekarang ni. Kalau You tak suka. You boleh angkat kaki. Sekali lagi You hina abang I , I tak teragak-agak bongkarkan semua rahsia you. Ingat tu! And for your information kalau nak dibandingkan You dengan kakak ipar I. Kalau bukan sebab Mom you I dah lama halau you!" Tengku Zhafran berkata dengan nada yang berbunyi amarah dan diselitkan dengan ugutan kepada sepupunya itu.

Dia meninggalkan Tengku Bella yang terkulat-kulat seorang diri.

"Huh how dare you. One day you akan melutut dekat I lah! Argh!" Dia melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya.

***************

Sunyi~

Hanya berbunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Setelah selesai makan. Pihak lelaki mengambil angin malam di taman rumah kediaman Tan Sri Tengku Wan Zainuddin.

Mummynya langsung tidak bertegur sapa dengan menantunya, Mia. Jijik sangat ke menantunya itu. Mia menolong mak Jah mengemas pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan malam tadi.

Manakala ibu mertuanya dan Tengku Nur Zulaikha dan Datin Syukriah, Datin Zahimah bersama anak daranya berborak  di bahagian ruang tamu rumah itu.

"Mia..." Dia menegur menantu majikannya. Dia perasan  wanita itu dan Puan Sri Tengku Nur Zahara sampai sedikit pun mereka tidak bertegur sapa sampailah sekarang. Air paip dibiarkan terbuka begitu sahaja manakala Mia pula termenung. Seperti memikirkan sesuatu.

"Ya Mak Jah?" Mia tersentak lalu menyahut. Cepat cepat dia menutup paip air itu.

"Mia okey tak nih. Kalau tak pergilah berehat. Risau mak Jah tengok Mia macam ni. Pergilah kalau Zhareif cari mak Jah bagitahu. Kerja ni biar mak Jah yang buat. Sikit jer pun." Kesian dia melihat gadis itu. Sudahlah dibesarkan di rumah anak yatim.

Dari kecil tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah. Ingatkan lepas kahwin boleh bermanja-manja serta menumpang kasih sayang daripada orang tua suaminya tetapi lain pula sangkaannya.

"Tak apalah Mia okey jer..." Bohongnya. Dia masih terasa dengan layanan ibu mertuanya.

"Tak apalah kalau Mia cakap macam tu. Mak Jah nak masuk dulu. Mak Jah nak solat maghrib dah lewat dah nih." Pamitnya.

"Erm...kalau macam tu biar Mia jer buat semua ni..." Cadangnya.

"Betul ni.." Tanya mak Jah.

Mia mengangguk tanda mengiyakan. Mak Jah mengoyak senyuman manis lalu berlalu menuju ke arah biliknya.

Sedang Mia menyusun pinggan mangkuk.

Bunyi tepukan dari belakang.

Pap! Pap! Pap!

"Wah! Wah! Wah! Hurm...menantu mithali. Nak tunjuk bakat lah nih, nak tunjuk baik. Huh! Buat lah baik macam mana sekalipun kalau aunty dah tak suka jangan harap lah dia nak terima kau. Kau tu perempuan kampung entah keturunan mana tetap jugak nampak buruk dekat mata aunty." Sahaja dia mencari gaduh dengan Mia. Mia tidak berkata apa-apa. Malas mahu cari gaduh. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan sindiran Tengku Bella.

"Asal...kau senyap betul lah kan... Ke salah apa yang aku cakap... " Katanya lagi.

Mia menyambung kerjanya. Biarlah. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.

"Aku cakap dengan tunggul kayu ah? Atau mak bapak kau tak ajar hormat orang..." Sindirannya berbunyi pedas sekali. Sengaja dia menyebut soal orang tua Mia. Dia tahu kelemahan gadis itu.

Pang!

Mia menampar kuat pipi Tengku Bella sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Merah padam wajahnya dan dada berombak kencang menhan amarah dek kerana sindiran Tengku Bella tadi.

Perit! Sehingga keluar darah di hujung bibirnya. Dia megelap cecair merah yang keluar itu.

"Jangan sesekali kau sebut tentang mak dengan bapak aku!"  Selepas berkata dia berlalu meninggalkan kerjanya. Dia menuju ke bilik suaminya.

"Tak guna! Kau tunggulah." Pekiknya.


BERSAMBUNG

TERTULIS TAKDIRKU ✔️Where stories live. Discover now