THESTORYLINE🔥
----------
Min Yoongi sentiasa hidup dalam ketakutan yang berpunca dari mimpi ngerinya sendiri.
- "kau jangan cuba dekat dengan aku, aku bukan apa yang kau nampak"
- "takkan kau nak terus hidup macam ni min yoongi?!"
- "kau dah sedia...
"Cepat Jeon Jungkook" marah Oh Sehun, tentera diraja yang akan berkawal di pekan bersama Jungkook.
"Sabar jap" ujar Jungkook dari dalam tandas. Sengaja melengahkan masa. Selepas hampir 15 minit berada di dalam tandas.
Jungkook membuka pili air kemudian menjirus mangkuk tandas yang tidak digunakan itu. Berpura pura sakit perut di pagi hari. Jungkook berjalan keluar dari tandas, seluar ditarik ke atas. Konon membetulkannya.
Kim Minseok menggelengkan kepalanya memandang Jungkook. Jungkook menayangkan bunny teeth kepada kedua tentera yang akan meronda pekan bersamanya sebentar lagi.
"Korang ni terburu buru nak pergi mana. Pekan tu tak lari jangan risau" perli Jungkook. Sehun menjeling tajam Jungkook.
"Nasib kau muda je. Kalau tak memang aku dah tinggal kau" dengus Sehun. Marah apabila tentera muda ini melewatkan kerjanya.
Minseok menggeleng kepalanya. Mujur hari ini mereka tidak diarahkan untuk memakai pakaian tentera. Jika tidak pasti sudah berpeluh dia menunggu Jungkook membuang di tandas.
"Mari pergi sebelum raja tahu kita masih dekat sini" ajak Minseok. Kedua lelaki itu mengangguk sebelum mengekori langkah Minseok berjalan keluar istana.
"Berapa ramai orang kena semalam ?" soal Jungkook membuka topik untuk berbual. Sehun menggeleng, tidak tahu. Manakala Minseok mengeluh.
"Lebih kurang lima puluh orang. Semua kena sebab yang sama" keluh Minseok. Wajah sedih penduduk kampung yang ditangkap semalam bermain difikiran. Dari usia muda sehingga ke warga emas tidak diberi peluang.
"Apa yang diorang jual ?" soal Sehun.
"Mereka semua tu ambil benda baru untuk dijual. Sepatutnya mereka daftar dulu benda tu sebelum ambil" ujar Minseok. Kepala digelengkan.
"Sedangkan ada yang baru ambil semalam. Tengah bersiap nak pergi ke istana untuk daftarkan benda tu. Tapi, raja tetap hukum dia" keluh Minseok lagi. Dia tidak dapat memberi simpati kepada pesalah kerana keberadaan raja bersama mereka.
Jungkook mengeluh. Semalam dia turut sertai tugas dari arahan Yoongi. Mujur kedai kedai yang dilewatinya itu tidak mengambil sebarang benda baru yang belum didaftarkan.
"Aku faham sebenarnya"
Minseok dan Jungkook menoleh memandang Sehun yang diam sejak tadi bersuara.
"Sesetengah penduduk rahsiakan barang jualan baru diorang tu sebab tak mampu bayar cukai berniaga" ujar Sehun. Matanya memandang kosong tanah seraya berjalan.
Rayuan seorang lelaki berusia 60 tahun memohon simpati supaya melepaskannya. Katanya dia mempunyai seorang cucu. Dan cucu itu hanya berharap kepada dirinya kerana ibu bapanya meninggal sewaktu Daegu dicerobohi kerajaan musuh.
Namun, Yoongi yang tidak berhati perut itu tetap menjatuhkan hukuman kepadanya. Tangisan si cucu ketika datuknya diambil terngiang ditelinga Sehun.
"Jum pergi rumah tu kejap" pinta Sehun.
Minseok mengangguk. Manakala Jungkook sudah cemas. Rumah yang dituju mereka itu berdekatan dengan pintu pekan yang sepatutnya menjadi pintu keluar mereka dalam rancangan dia bersama sahabatnya itu.
Habislah rancangan mereka..
—————————————
"Kau okay kan kalau duduk sini sorang sorang ?" soal Seokjin. Suga menepuk dahinya.
"Kau ingat aku ni budak kecik ke nak kena teman bagai ?" dengus Suga. Seokjin ketawa lap tingkap kemudian memandang ke arah Namjoon yang sedang berborak dengan peniaga pekan itu.
"Okaylah aku pergi sana dulu" ujar Seokjin lalu mengangkat kakinya berjalan pergi ke tempat yang telah ditetapkan.
Suga memandang ke pintu yang sepatutnya Jungkook masuk bersama tentera itu. Bayang Jungkook langsung tidak kelihatan.
Suga berjalan perlahan memerhati sekelilingnya. Lembu yang ditarik di sebelahnya itu turut dipandang.
Eh lembu ni usya aku pulak.
Suga menoleh ke arah pintu masuk bertentangan. Terbuntang matanya melihat Jungkook bersama dua orang tentera itu berjalan masuk melalui pintu yang sepatutnya mereka keluar itu. Riak cemas terpampang di wajah Jungkook.
Suga memandang Seokjin. Kelihatan lelaki itu juga terkejut. Seokjin kelihatan terkedu. Mulai panik dengan target yang salah masuk pintu itu.
Suga mengisyaratkan tangannya supaya mereka berjalan. Suga melangkah ke hadapan. Menjauhi tentera dibelakang yang semakin mendekatinya. Seokjin dari arah bertentangan turut melangkah ke hadapan.
"Kau buat macam yang kita rancang. Nanti pandai pandai aku pusing balik" bisik Suga pantas apabila melintasi Seokjin. Topi jerami dikepalanya dibetulkan.
Seokjin meng-hm-kan Suga. Jika dia mengangguk Kim Minseok yang sudah memandangnya itu akan mengesyaki sesuatu.
Seokjin berjalan teruja ke arah mereka.
"Eh Minseok!"
"Seokjin ? Bila kau balik ?" soal Minseok teruja. Sudah lama dia tidak melihat penasihat diraja ini. Sunyi hari harinya di istana tidak mendengar dad jokes dan ketawa lap Seokjin.
"Dalam minggu lepas. Sengaja balik awal. Rindu Daegu" bisik Seokjin lalu ketawa lap tingkap.
Jungkook yang masih cemas itu turut serta ketawa kekok. Sehun mengerling Jungkook. Terdiam Jungkook apabila Sehun memandangnya aneh.
"Kalau tak lawak, kau tak perlu ketawa. Nampak sangat tak ikhlas tu" ujar Sehun. Kepala digelengkan.
"B-baiklah huhu" kata Jungkook. Kepala digaru.
"Aku nak ikut korang jalan boleh ?" soal Seokjin. Jambang dimuka dipegang.
"Boleh boleh" celah Sehun. Minseok hanya ketawa. Sudah pasti lelaki ini sudah jemu berdiri mendengar mereka berbual. Maklumlah Minseok rindu akan keriuhan Seokjin di istana.
Seokjin berjalan bersama Jungkook dibelakang sementara Sehun dan Minseok dihadapan. Memberi ruang penduduk kampung berjalan juga.
Suga yang sudah berada di pintu masuk itu berjalan semula ke dalam pekan. Namun langkahnya terhenti di hadapan peniaga daging itu.
Suga memandang lama dua lelaki itu. Mereka turut membalas pandangan Suga. Kerja memotong daging mereka terhenti.
Suga meneliti wajah dihadapannya ini. Wajah garangnya itu sangat mirip bagi Suga. Tetapi Suga tidak tahu dimana atau bila dia pernah melihat wajah lelaki ini. Lelaki asing ini dirasakan seperti rutin hariannya..
"Uhuk huk huk" batuk Seokjin dari jauh menghentikan lamunan Suga. Penjual daging ini masih setia memandangnya. Syukur topi jeraminya itu menghalang mereka dari melihat wajahnya.
Suga menoleh ke hadapan sebelum berjalan menuju ke arah target. Suga melintasi kedua tentera itu. Kemudian Suga melanggar kuat bahu lebar Seokjin.
Seokjin yang sedang memegang kayu memancing itu mengalihkan badannya memandang Suga tidak puas hati.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.