"Kamu tau tak apa yang dah jadi selepas kekecohan serangan Niki tempoh hari?!"Ya
Suara ketua teras, Ejen Ganz yang sedang marah itu sangat kuat menyebabkan lawan bicaranya meneguk saliva.
Lelaki yang berusia 12 tahun itu hanya mampu menunduk kerana tidak berani untuk menatapnya. Ali Ghazali merupakan salah satu ejen yang terlibat dengan kekecohan akibat serangan Niki.
"Identiti m.a.t.a hampir terbongkar.." keluh Ejen Ganz. Dengan rasa bersalah Ali meminta maaf kepadanya "Maafkan say— "
"KAMU PUNCANYA!!"
Ejen Dayang,Ali dan Alicia membulatkan matanya kerana terkejut dengan teriakan Ejen Ganz. "Ganz.." Ejen Dayang tampil bersuara untuk meredakan keadaan. "Apa? Sampai bila kita perlu bagi muka kepada mereka!" Ejen Ganz memasang ekspresi marah. "Kalau budak ni tak tolong Niki tu,pasti perkara ini tidak terjadi sehinggakan dapat membahayakan orang ramai termasuk Dato' Othman." sambungnya
Ejen Dayang mengeluh. "Perkara itu sudah lepas,kita perlu teruskan perjuangan.Tanpa membuang masa, kita perlu berterus terang kepada mereka." Selang beberapa saat, Alicia yang dari tadi hanya diam mula bertanya."Tuan,kenapa panggil kami ke sini?" Ejen Dayang mengangguk kepada Ejen Ganz sebagai tanda untuk berterus terang. "Baiklah,Ali..Alicia..adakah kamu bersedia?" "S-sedia untuk apa?" Tanya Ali yang masih berdebar."Kami dah membuat keputusan..bahawa kamu berdua perlu pindah sekolah."
"A-APAA!" mereka berdua sangat terkejut akan arahan yang disampaikan. "Tapi kenapa Tuan?Kenapa sampai begitu?" dengan nada tidak percaya,Alicia ingin menolak arahan itu. "Kami tidak mahu identiti kita diketahui oleh rakan-rakan sekolah kamu" sambung Ejen Dayang."Tapi kenape pindah?takde cara lain ke Ejen Dayang?"soal Ali yang turut ingin membantah.
Seterusnya,Ejen Ganz pula memberi keterangan kepada mereka."Lagipun jika mereka tahu identiti kita..berkemungkinan mereka akan memberitahu kepada orang ramai melalui media sosial..dan akan tersebar ke seluruh negara". Ejen Dayang membenarkan pernyataan Ejen Ganz "Benar,ini akan menyebabkan ramai musuh akan cuba mendapatkan ciptaan canggih m.a.t.a." Ali dan Alicia mengangguk faham.
"Ali..Alicia"
"Ye Tuan!"
Mereka berdiri tegak untuk memberi tanda hormat kepada kedua-dua Ketua teras di hadapan mereka.
"adakah kamu..bersetuju atas tindakan ini?"
Sebelum memberikan jawapan,Ali dan Alicia saling menatap dan mengangguk.
"Setuju Tuan!"
"tapi macam mana dengan ayah saya?Apa saya nak cakap?" Ali gelisah. "Untuk tentang itu,jangan risau..kami telah menguruskan hal itu." jelas Ejen Dayang.
Setelah itu,mereka bersurai dan kembali ke tempat masing-masing.
.Bersambung
Thanks for reading!🤍
YOU ARE READING
Tsundere?
FanfictionAli dan Alicia berpindah sekolah selepas kejadian identiti m.a.t.a yang hampir terbongkar akibat serangan Niki.Namun,Alicia selalu diperlakukan dengan buruk oleh rakan sekelasnya yang baharu kerana sikapnya.Adakah ali dan alicia dapat bertahan denga...