Taehyung merenung siling di biliknya. Kejadian petang tadi kembali menjengah fikirannya.
"Hilang ?" Membulat mata Taehyung memandang Namjoon.
"Yup" kata Namjoon seraya menganggukkan kepalanya.
"Kwon Hana, yeoja berkacukan Russia-Korea. Dia terkenal di uni disebabkan kecantikan, kepandaian serta attitudenya yang menawan" Yoongi bersuara. Lagak seperti seorang narrator cerita dongeng.
"Dia peramah, selalu tolong orang, gadis bijak, dan athlete uni" tambah Jimin seraya termenung memandang meja. Taehyung mendengar dengan tekun. Semakin banyak yang didengari tentang gadis itu, semakin bertambah perasaan Taehyung terhadapnya.
Personaliti Kwon Hana sangat menarik seperti rupanya.
"Apa yang Jimin cakap tu punca kenapa dia sangat famous di sini. Tapi dia hilang tanpa khabar 2 bulan lepas" kata Namjoon pula.
"Family dia tak cari ke ?" soal Taehyung hairan.
"Kwon Hana tiada keluarga di Korea. Keluarga dia berada di Russia. Pihak university tidak dapat hubungi keluarga dia tak tahu kenapa" kata Hoseok.
"Mungkin family dia tukar number" teka Jimin seraya mengangkat bahunya.
"Hana tu semester dengan korang" kata Yoongi seraya menunjuk ke arah Jimin dan Taehyung. Jimin mengangguk.
Taehyung terkedu seketika.
Takkan Jungkook tak kenal ?
"Entahlah aku dengar cerita. Ada orang cakap Hana tu mengandung jadi dia lari. Tak mahu tanggung malu. Sedangkan memang memalukan !!" bentak Seokjin sendirian.
"Kau jangan dengar sangat cerita dalam group bawang uni kau tu. Tiada bukti yang sahih dengan rumour tu" tegur Namjoon. Telefon bimbit Seokjin ditunjuk.
Seokjin mencebik. "Betul lah apa aku baca ! Diorang takkan tipu" kata Seokjin cuba mencurahkan kebencian kepada Kwon Hana ke dalam hati mereka semua.
"Ada bukti dia masuk hotel !" tambah Seokjin lagi.
"Dah tua tapi tetap bodoh"
"YAHHH YOONGII !!!"
Taehyung bangun dari pembaringan di katil. Bag di meja belajarnya diambil. Pendrive yang dijumpainya itu diambil.
Kwon Hana <3
Nama di atas pendrive itu di baca.
"Aku minta maaf tapi aku mesti tengok" bisik Taehyung sendirian lalu pendrive itu dicucuk ke laptopnya.
Fail yang tertulis nama Hana itu dibuka.
Video memenuhi fail tersebut. Terlalu banyak video di situ.
Taehyung mengambil nafas sebelum menekan salah satu video tersebut.
"Anyeongggg !! welcome to my vlog pft HAHAHAH apa aku cuba buat ni ?" gadis yang dilanggar sebelum ini tertera di skrin laptopnya.
Video Kwon Hana sedang melakukan room tour. Mungkin video ini dilakukan sewaktu pertama kali dia memasuki University.
Keterujaan dapat dilihat pada wajah Kwon Hana. Dia yang melompat di atas katil lalu terjatuh, membuatkan Taehyung tertawa.
Comel.
"Ergh ! Gemok betul aku ni. Tak sangka boleh jatuh hahahhaha" dengus Hana lalu ketawa. Taehyung senyum sendiri. Tidak tahu mengapa namun hatinya berbunga melihat Kwon Hana.
Selepas menonton 5 video, Taehyung membuat keputusan untuk menutup laptopnya. Jarum jam sudah menunjuk ke angka 11. Dia MESTI tidur. Tidak mahu lewat bangun untuk ke kelas esok.
"Kwon Hana.." tutur Taehyung perlahan seraya tersenyum kecil. Siling ditenung. Tingkah laku Kwon Hana diulang tayang dalam fikiran.
Gadis itu sangat comel. Dalam salah satu video yang ditonton Taehyung, Hana mengatakan bahawa dia berminat untuk menjadi youtuber namun keyakinan tiada dalam dirinya menyebabkan video yang dirakam hanya disimpan dalam pendrive sahaja.
Kecantikan Kwon Hana juga semakin terserlah dalam setiap videonya. Sifat dan rupanya yang natural itu menawan hati.
Taehyung memejamkan matanya.
"Aku akan cuba cari kau"
Maka dengan itu, bermulalah misi Kim Taehyung untuk mencari Kwon Hana yang hilang.
———————————————
Taehyung terjaga dari lenanya. Alarm telefon bimbit yang berbunyi ditutup.
Hari pertama.
Taehyung bangun dari katil lalu tuala dicapai sebelum menuju ke arah bilik air. Bersiap untuk ke kelas.
Selepas selesai, Taehyung mengemas bag nya sebelum digalas ke bahu. Kasut disarungkan ke kaki lalu pintu bilik dikunci. Selepas selesai, Taehyung menuju ke bilik Jungkook.
Dia akan pergi ke bilik Jungkook seperti hari-hari yang lain untuk berjalan ke kampus bersama-sama memandangkan mereka satu kelas.
"Jungkook !" panggil Taehyung seraya mengetuk pintu bilik Jungkook.
"Ya ya ! Tunggu kejap !" jerit Jungkook dari dalam. Taehyung bersandar pada dinding koridor. Menunggu Jungkook.
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Group kakaotalk Bangtan dibuka.
BangtanBoys
Hoseok Speaker
GOODMORNINGGGGGG !!!Namjoon Einstein
morning !Seokjin Kepoh
Morning Hoseok !Morning hyung !
Yoongi Hantu
gm seokJimin Pendek
Good morning !Seokjin Kepoh
Jom breakfast aku laparYoongi Hantu
Bila ja yang kau tak lapar ?Seokjin Kepoh
YOONGIIIIIIIIII"Kau kenapa ?"
Taehyung berhenti ketawa lalu mengangkat kepalanya. Jungkook yang berwajah hairan di depannya dipandang.
"Tak Jin hyung dengan Yoongi hyung gaduh dalam group kakao lagi hahahahha" ujar Taehyung. Group chat ditunjuk kepada Jungkook.
"Dasar tak matang" kutuk Jungkook bersama tawa dibibir. Hiburan di pagi hari.
"Hyung ajak breakfast" kata Taehyung. Jungkook mengangguk.
"Jom"
Taehyung dan Jungkook berjalan turun dari bangunan kolej kediaman mereka.
- TBC -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-POV : author tiada idea.
Thankyou for reading. Jika baik sumbangkanlah vote anda untuk meningkatkan lagi semangat saya <3