013

79 18 9
                                    

Lagipun aku tiada tempat untuk berteduh , menumpang kasih. Hanya dia sahaja sebagai sandaran. Mengapa dia memilih aku sebagai sasaran ?

Bagaimana agaknya keadaan mangsa - mangsa sebelum aku , ya ? Kenapa aku terlalu cepat mempercayai seseorang yang ingin mengenali aku sedangkan itu hanyalah dusta....

....Belaka

Luka di jiwa ini lagi parah jika dibandingkan dengan luka yang nyata. Aku fikir dia mencintaiku namun tidak.

Terlalu naif dalam percintaan , itu aku.

Bau yang menyesakkan masuk terus ke rongga hidungku. Pedih! Aku lari terus ke arah dapur, San sedang tersengih memandang aku. Pancake buatannya sendiri sudah hangus.

Ini aku nak tinggalkan dia ?

“ kenapa tak suruh saya masak kalau nak makan ? ” soalku sambil sibuk mengemas.

“ belajar hidup sendiri ” balasnya.

“ saya taknak pergi dari sini walaupun awak paksa, itu keputusan saya ” tanpa memandangnya, aku ligat membuat pancake yang baru. “ jangan cari mangsa baru, cukup s-saya je disakiti ”

“ siapa suruh awak tegur saya dulu, senyum dekat saya, awak tahu tak senyuman awak tu buat saya tak tidur malam tambah pula dengan perfume awak tu ! ” bukan marah, nadaku sedikit tinggi.

Coklat ditabur di atas dan siap! Aku pusing belakang dan hulurkan kepadanya.

“ gila... ” katanya.

“ sebab awaklah, saya gila ” aku cubit pipinya !

Matanya membulat. “ comel~”

Wajah serius dipamerkan, ugh gulp !





hurt + love  ¦ choi san Where stories live. Discover now