17

1.8K 138 12
                                    

" Puan okay tak? " tanya Trisha bimbang apabila melihat wajah pucat Lillyn .

" Saya okay . Muka saya pucat sangat ke Trisha ? " tanya Lillyn kepada Trisha apabila pembantunya menegur . Mereka berdua melangkah menuju ke bilik mesyuarat.

Trisha mengangguk mengiyakan.

" Walaupun puan pakai lipstick colour yang menyerlah , tetap nampak wajah puan pucat . Kalau puan tak sihat , tak perlu la paksa diri join meeting " pujuk Trisha.

" Saya kena attend meeting ni . Banyak yang akan terlepas dan akan menyusahkan awak untuk explain dekat saya nanti kalau saya tak datang meeting " balas Lillyn .

Trisha menggeleng kepala melihat Lillyn yang sudah berjalan di hadapannya. Satu sikap Lillyn yang dipujinya , seorang yang bertanggungjawab dengan kerjanya.

" Trisha , faster! "

" Coming! "

Lillyn menolak pintu besar bilik mesyuarat itu. Nampaknya , sebahagian tempat duduk telah diisi termasuk kerusi utama di hadapan. Tinggal tempat duduk di bahagian depan berdekatan dengan big boss.

Arsyad menunduk sedikit kepada Lillyn apabila wanita itu melabuhkan duduk berdekatan dengan Faeeq. Lillyn hanya memgangguk membalas sapaan tersebut.

Faeeq menumpukan perhatian pada fail di dalam pegangannya , berkerut kening lelaki itu meneliti setiap kertas yang terdapat di dalam fail tersebut. Semua menyepi apabila melihat riak wajah Faeeq yang dingin.

Lillyn langsung tidak memandang Faeeq yang berdekatan dengannya. Fail yang dibawa bersamanya dibelek sebelum mesyuarat tersebut bermula.

" Siapa pegang report kewangan bulan lepas ? " tanya Faeeq dingin . Apabila fail yang dimahunya tiada di jabatan pengurusan kewangan. Satu-satu pekerja dipandangnya.

Lillyn memandang fail yang tertindih di hadapannya . Fail kewangan bulan lepas ditarik perlahan , dia menggigit bibir . Masa nilah lelaki ini mahu fail tersebut.

" Hello ? Answer me! " tegas suara serak itu.

Pekerja - pekerja sudah berbisik sesama sendiri dan membelek fail sendiri sekiranya terambil fail yang diminta oleh big boss .Mereka menggeleng kepala , tiada.

Lillyn dan Trisha berpandangan antara satu sama lain . Lillyn memejam mata sekejap sebelum perlahan-lahan meletakkan fail kewangan tersebut di hadapan Faeeq.

Faeeq yang baru sahaja ingin menyembur , menghentikan niatnya apabila wajah pucat isterinya menyapa mata. Riak wajah kembali kendur apabila fail yang diminta berada di hadapan mata.

" Sorry, saya ambil fail itu untuk buat perancangan dan analisis dari segi peruntukkan bajet bagi projek ni " jelas Lillyn agak takut melihat sisi dingin Faeeq.

Mereka yang lain mengangguk faham dengan situasi Lillyn yang merangkap ketua perancangan itu. Faeeq mengangguk mengerti , fail tersebut dibuka.

" Kita mulakan meeting " ucap Arsyad apabila mendapat isyarat dari Faeeq untuk memulakan mesyuarat tengahari itu. Lillyn menarik nafas lega , mujur tak dimarahi.

Faeeq mencuri lihat wajah yang kelihatan lega itu , dia menyimpan senyum apabila Lillyn kelihatan takut-takut untuk menyerahkan fail kewangan kepadanya sebentar tadi.

' Mana la saya sanggup nak marah dengan wajah comel awak tu , Lillyn . You look pale today and you hide your pain again, sayang ' desis Faeeq di dalam hati.

Mesyuarat bermula.

" Tuan , pembekal bahan projek dah naikkan harga bahan 5% dari harga biasa. Peruntukkan kewangan perlu ditingkatkan daripada perancangan asal " usul Encik Naim merangkap salah satu pekerja yang menguruskan projek ini.

You'll also like

          

Lillyn mengerut kening mendengar kenyataan itu , setahunya pihak pembekal tidak menaikkan harga sehingga mencecah 5%. Wajah Encik Naim dipandang .

Kebetulan dia menyuruh Trisha untuk mengambil notis dari pembekal daripada jabatan pengurusan inventori. Dan dia sudah meneliti isi notis tersebut terlebih dahulu.

" Itu yang dinyatakan dalam notis? " tanya Faeeq meminta kepastian .

" Yes , Tuan. Saya cadangkan peruntukkan bajet projek dinaikkan sebanyak 10%. Ini bagi menampung harga bahan projek yang meningkat dari biasa " jawab Encik Naim yakin.

Mereka yang lain hanya mengangguk.

Lillyn masih mendiamkan diri , kertas perancangan projek dibelek sekali lagi . Berdasarkan laporan kewangan bulan lepas , penyata pendapatan syarikat menunjukkan kemorosotan yang sedikit.

" Kita tak boleh naikkan bajet projek sebanyak itu memandangkan pendapatan syarikat pada bulan lepas merosot. Kita akan cari pembekal yang lain jika begitu " ucap Faeeq menolak cadangan tersebut.

" Tapi , tuan . Kemorosotan adalah masih terkawal dan dalam bilangan yang sedikit . Untuk mencari pembekal lain akan memakan masa lagi " tegah Encik Naim.

Faeeq memandang Naim tajam . Lelaki yang kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusannya ditentang . Lillyn yang berdekatan Faeeq merasa seriau dengan wajah dingin lelaki itu.

" Yes , i know that Encik Naim. But , I state with my decisions that we will find another new supplier or you have any problem with that ? " bidas Faeeq tegas.

Encik Naim menundukkan pandangan , gerun dengan pandangan tajam milik Faeeq.

" No , Tuan " kendur suara Encik Naim membalas.

" Good , ada bantahan dari yang lain ? " tanya Faeeq kepada pekerja lain.

Mereka menggeleng laju.

Lillyn mengangkat tangan separuh tinggi.

" Yes , you Lillyn " ucap Faeeq membenarkan Lillyn meluahkan cadangannya.

" Saya rasa ada salah.. "

" Encik Naim ada niat nak menyelewengkan duit syarikat. Peningkatan peratus dari pembekal adalah hanya 2.5% bukan 5% . Tak begitu Encik Naim? " sampuk Arsyad .

Lillyn terkebil-kebil apabila Arsyad pantas memotong percakapannya. Dan dia sedar apa yang terjadi . Faeeq dan Arsyad tahu perkara sebenar. Dan dia pasti Arsyad berbuat begitu kerana tidak mahu dirinya terbabit.

" Apa kau cakap ni Syad ? " bentak Naim apabila dituduh oleh Arsyad.

" Ni " notis pembekal di tangannya diangkat tinggi menunjuk bukti apa yang dikatakannya. Faeeq menarik senyum sinis lalu memandang ke arah Naim.

" Kenapa awak buat macam tu , Encik Naim ? Tak cukup ke gaji yang saya beri kepada awak sampai awak nak ambil duit syarikat dengan cara begini " ujar Faeeq dingin.

Bisikan dari pekerja mula didengari.

Semakin tunduk kepala Naim.

" Mak saya sakit , saya perlukan duit lebih untuk jalankan pembedahan. Saya minta maaf, Tuan " jelas Naim takut-takut dan sedikit sebak .

" Dengan menggunakan duit haram awak nak jalankan pembedahan mak awak? "

" Saya minta maaf , Tuan . Jangan la buang saya kerja , Tuan . Saya merayu " rayu Encik Naim kepada Faeeq yang sedang menahan marah kepadanya itu.

Lillyn memerhati Naim yang merayu Faeeq itu . Dia tidak setuju dengan tindakan Naim namun punca Naim melakukan perkara ini membuatkannya sedikit tersentuh.

Lillyn MalaiqaWhere stories live. Discover now