Aku merenug pintu masuk di hadapanku. Lama aku perhatikan. Tapi apa yang dinantikan tak juga muncul.
Aku mengalihkan pandangan. Yelah, takut juga aku kalau kantoi. Budak-budak ni semua bukan boleh, pantang ada point sikit. Maunya setahun aku biru kena bahan.
Nun di hujung kelas. Ketua kelas 5 Cekal. Nerd budak ya. Dengan spek matanya yang ala-ala Betty, anak tudung menutupi dahi, dan buku catatan yang tak pernah lekang di tangan. Aku panggil dia Catch. Glemer kan, padahal nama Khatijah je pun.
Aku perhati lagi budak-budak kelas ni, tu yang duduk sebelah tingkap paling belakang, itu Zahrin. Paling nakal nauzubillah. Tapi aku cukup pelik, setiap kali exam je dia boleh score. Aku syak, dia ada ambil toyol. Aku syak je lah.
Mata aku tertancap kepada sesusuk tubuh di sebelah Zahrin. Hensem. Tapi bukan taste aku. Putih. Ala-ala mamat korea. Nama dia Tengku Aryan. Kawan baik Zahrin. Tapi perangai tak sesetan Zahrin. Baik la sikit. Masih ada perikemanusiaan.
Aku alihkan pandangan ke arah gadis ayu yang duduk di tengah-tengah kelas. Cantik. Sopan. Penuh dengan tatasusila sebagai gadis melayu. Nurul Armila namanya. Walaupun dia cantik, tapi aku tak boleh nak rapat dengan dia, mak dia tak suka aku berkawan dengan Nurul Armila. Katanya aku budak bandar. Risau anaknya terikut-ikut perangai budak bandar. Aku ikut je lah, aku pun tak kisah sangat kalau tak kawan dengan dia.
Kalau nak kenalkan satu-satu budak kelas ni, maunya makan masa berhari-hari. Aku melihat jam dinding di kelas. Sudah sepuluh minit masa subjek Bahasa Melayu berlalu tanpa guru yang sepatutnya yang mengajar.
"Catch, pa cita? Cikgu tak masuk ke?" Aku melaung.
"Yelah Ardilla Qiesya. Nak aku panggil ke?"
"Dell. Dell. Tak payah nak nama penuh sangat la Catch. Ada yang kena lempang kang" Aku mengetap bibir. Banyak kali dah aku ulang, panggil sahaja aku Dell. Kan senang.
Mak aku cakap nama ni, arwah abah aku bagi. Abah suka sangat dengan nama Qiesya. Tapi, mak nak sangat nama Ardilla tu, jadi mereka berdua gabungkan nama pilihan masing-masing menjadikan nama aku yang sekarang. Nur Ardilla Qiesya. Cahaya keadilan dan kehidupan yang baik.
"Teman aku sat Dell, aku takut la. Bilik guru tu nak kena lalu kat toilet tu" Catch menarik tangan aku.
"Nak takut mende, bukannya ada apa. Kalau ada apa pun, kau baca lah apa yang patut" Aku menarik kembali tangan aku. Kalau dibiarkan, maunya tercabut. Kuat tarikannya.
"Jomlah Dell. Please. Aku payung hang masa rehat nanti" Catch mengangkat tangan seperti sedang berikrar.
"Kau ni kan, cuba bagi aku bersenang lenang jap. Baik aku je yang jadi ketua kelas kalau macam ni" Aku bangun dari tempat duduk.
Aku perbetulkan baju putih yang telah terlipat menampakkan garis-garis kedut seribu.
"Tak kira ye Catch, aku nak nasi ayam dengan sambal fish ball, pastu oren bodo, kau dah janji kan?"
"Ha lah, kepala gajah pun aku bagi aih, kalau hang mampu nak makan" Catch menarik tangan aku.
.
.
.
."Hang tau dak Dell, aku dengaq kat toilet ni, ada satu pintu yang memang depa lock. Tak bagi student masuk" buntang mata Catch menyampaikan ceritanya.
"Asal plak. Rugi ar main lock-lock"
"Awat plak nak rugi?, bukan toilet sekolah ni kena bayaq pun!" Catch mencubit lengan aku.
"Hahaha, eh lupa. Aku ingat kita kat Mall bila tengah jalan meleweh macamni" Saja aku memulangkan paku buah keras.
"Tok sah dok sindiaq-sindiaq na, aku kan kenderaan berat. Tak macam hang" Catch mencebik.
"Ala, gurau pun tak boleh kan kau ni. Sensetip. Ha, sambung la balik. Nape sekolah tutup pula?" Aku mencuit pipi Catch.
Tembam sungguh minah ni. Dengan kulit putih merah-merahnya dengan spek mata Bettt La Fia nya, aku pasti mesti ada yang terpikat. Ada je jenis taste gebu-gebu comel-comel begini.
"Sat lagi la, aku nak masuk tengok cikgu kesayangan hang tu ada ka dak. Hang nak ikut ka hang nak dok lepak luaq?" Aku tergamam.
Aiyo, amma appa Macamana dia boleh tau aku suka gila kat Cikgu Bahasa Melayu aku tu. Aduh, kantoi. Belum sempat aku bertanya, Catch meluru masuk ke dalam Bilik Guru.
Aku ada satu habit dari kecil iaitu aku suka membaca semua papan tanda yang berada di depan mata aku untuk meluangkan masa. Aku perhati satu-satu papan tanda di sekitar aku sementara menunggu Catch.
Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri.
"Allah, time ni la teringat asam pedas ikan duri Kak Ju"
Kak Jue tu anak Lebai Seman kampung aku. Tiap kali dia masak asam pedas ikan diri, tiap kali tu lah dia hantar ke rumah aku. Mak tak makan, jadi maksudnya rezeki tu selalu memang memihak kepada aku.
Aku menelan air liur.
Tandas perempuan. Aku perhatikan pintu masuk tandas perempuan. Tandas tu kalau waktu rehat sangat meriah. Macam pesta. Berduyun-duyun pelajar perempuan menjadikan tandas tempat persinggahan pertama sebelum ke kantin. Tapi, kalau waktu begini, memang agak seram. Maklumlah tandas. Memang tempat 'mereka'
"Hang tau dak Dell, aku dengaq kat toilet ni, ada satu pintu yang memang depa lock. Tak bagi student masuk," suara Catch terngiang-ngiang di telinga aku.
Banyak rahsia sekolah ni yang aku tak tahu. Maklumlah, aku baru dua bulan menjadi pelajar Sekolah Menengah Teluk Air Masin, sebuah sekolah di utara tanah air. Selepas lima bulan arwah ayah meninggalkan aku dengan mak, mak ambil keputusan untuk bawa aku kembali ke kampung halamannya.
Tanpa sedar, aku kini sudah berada di hadapan pintu masuk utama tandas perempuan. Aku jengah kan sikit kepala ke dalam.
"Hurm, tak ada apa pun. Apa yang seram nya?" Aku masih belum dapat rasakan aura mereka di sini.
"Woi Dell! Hang buat pa tu?" laung Catch.
"Khatijah! Awak ingat ni shopping mall ke?" Cikgu Qaiser Qaid, guru Bahasa Melayu merangkap Guru Kelas 5 Cekal.
"Eh, Maaf cikgu. Ter loud speaker plak. Maap na"
"Allahu, indahnya ciptaan Tuhan" spontan ayat itu terkeluar dari mulut aku. Nasib baik jauh, kalau dekat jenuh nak tampar mulut sendiri.
"Ardilla Qiesya. Awak buat apa tu? Sini, tolong saya"
'Qaiser Qaid. Raja Pemimpin. Dah la Raja, Pemimpin pula tu. Sangat sesuai la nak pimpin hati Ardilla Qiesya ni kan' Aku tersenyum sumbing.
"Dell!"
"Er, ha.. Ok, jap cikgu"
'Tu la, berangan lagi' Aku menepuk dahi sendiri.
Krekkkkk..
Langkah kakiku segera aku matikan.
Krekkkkk..
Bulu roma aku merinding. Kepala aku sakit. Sakit yang teramat.
Aku memalingkan muka ke arah bunyi tadi. Auranya semakin kuat. Kepala aku semakin sakit.
"Siapa kau?"
"Puspa!"
Aku pitam. Baru sebentar tadi, aku lihat hamba Allah yang di alam lain. Berbaju uniform sekolah yang penuh dengan darah. Wajahnya pucat. Matanya sayu.
Aku pasti. Dia mencari aku untuk sesuatu.
YOU ARE READING
Mata Batin
Horror"Aku tak nak. Tolong lah ambil semula semua ni" - Dell Keistimewaan atau bala untuk Ardilla Qiesya. Hanya dia sendiri yang mengetahui. "Tolong Aku Dell. Kau seorang je yang boleh tolong aku Dell. Aku janji, aku tak kan kacau kau lagi" - Puspa