Bab 3.
"Jemput makan.."pelawa Nawwar Khaulah dengan penuh ramah.
Wanita itu membawa dulang berisi lauk dibantu oleh tiga orang pembantu rumah mereka. Segala lauk-pauk tersebut dihidang diatas meja kaca bulat besar dan berputar itu.
Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu yang datang bertandang. Makanan pemanis mulut pun ada. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan.
"Terima kasih aunty.."ucap mereka berenam.
Wanita tersebut telah menjemput rakan-rakan sekelas anaknya untuk majlis makan-makan dirumah agam keluarga mereka. Kebetulan seluruh ahli keluarga sebelah suaminya berkumpul memandangkan hari itu merupakan cuti hujung minggu.
"Jangan malu-malu buat macam rumah sendiri, nak apa-apa cakap je dekat aunty.."tambah wanita itu lagi dengan ramah.
Sekarang mereka berada diruang rehat. Manakala yang lain pula berada diruang rehat lain. Riuh rumah tersebut dengan keluarga Nurra Danisa Lee. Ahli keluarga itu berkumpul beramai-ramai mengadakan majlis makan-makan.
Bukan selalu mereka berkumpul seperti itu.
"Isa nak mama suap ke?"soalnya kepada anak gadisnya.
"Nak maksu.."bibirnya dijuih kepada salah seorang wanita cantik persis neneknya.
Sahabat baiknya itu semua melopong. Ini ke sikap sebenar Nurra Danisa apabila dia berada rumah keluarganya? lebih tepat lagi bersama ahli keluarganya? Makan bersuap? Atau sahabat baik mereka ini seorang anak yang dimanjakan?
Mungkin.
Siapa tahu bukan?
Lagipun dia cucu tunggal keluarga kaya itu.
Sejak kecil lagi Nurra Danisa begitu rapat dengan emak saudaranya. Dia amat manja sekali dengan wanita itu. Cara Mia Daniella pun melayannya dengan baik sekali seperti anak sendiri.
Apalagi mamanya Sufi Mariam Lee sangat sayangkan satu-satunya cucu perempuan yang mereka ada itu. Begitu juga suaminya Daniell De sangat sayangkan cucunya itu. Sanggup bergadai nyawa.
Bukan kemewahan yang diberikan tetapi cucunya itu dididik dengan kasih sayang. Budi pekerti yang mulia. Cukup sejarah hitamnya yang dulu. Seorang mafia kejam!
"Kau biar betul Isa?"Aireen menyondol bahu sahabat baiknya itu.
"Hee.."
Dia tersengih kecil.
Wajah bersih dan manis ditayang.
"Aunty, minta maaf anak aunty ni memang manja sebab dia aje puteri tunggal dalam keluarga ni.."jelas wanita itu kepada mereka semua.
Nurra Danisa tidak pernah bercerita kepada mereka akan perihal keluarganya. Kecuali yang berkenan sahaja. Sahabat baiknya itu semua tahu dia hanya dari anak orang kaya dan ternama.
Berkaitan perihal keluarga tersebut secara menddalam mereka tidak pernah mengetahuinya.
"Maksud aunty?"soal salah seorang dari mereka berenam.
"Maksud aunty Isa adalah satu-satunya cucu tunggal perempuan dalam keluarga dan keturunan kami. Isa ada seorang abang sulung dan dua orang adik kembar lelaki."Wanita itu memberitahu secara jelas.
Mereka mengangguk patutlah tak nampak pula sepupu-sepapat atau sedara-mara Isa yang sebaya dengan dia. Pelik juga mereka sejak tadi.
"Nanti aunty panggilan adik kembar dia. Abang sulung dia sibuk sikit dekat depan sana dengan kawan-kawan dia.."kata wanita itu lagi.
YOU ARE READING
Mafia's Girl ©
Action[COMPLETE]✓ MAFIA | ACTION Nurra Danisa Lee Puteri tunggal dalam keluarga. Sangat di sayangi oleh abang dan adik kembarnya. Teramat manja, nakal dan ceria orangnya. Tapi siapa sangka gadis sepertinya mempunyai peristiwa yang sangat pahit. Dia mengal...