HUJUNG minggu itu, Wani tiba-tiba muncul di rumahku dan mengajak aku bermalam minggu di rumahnya. Sudah agak lama kami tidak bertemu dan hanya berhubung melalui telefon. Aku faham dengan kesibukannya yang kini menyandang jawatan Pengurus Kewangan di syarikat milik daddynya.
Sedah berapa kali dia menawarkanku bekerja di syarikat tersebut tetapi sehingga kini, aku belum memberi kata putus. Masih berkira-kira mahu menerima tawarannya memikirkan masalah pengangkutan untuk ke sana. Dia ada mengajakku tinggal di rumahnya dan berulang alik ke tempat kerja bersamanya tetapi rasanya, aku tidak mungkin akan meninggalkan Piqah begitu saja.
Sewaktu kereta Honda Civicnya memasuki perkarangan rumah besar milik keluarganya, pandanganku menyapa sebuah BMW baru 7-series bewarna hitam metalik yang tidak pernah kulihat sebelum ini terparkir di laman rumah tersebut. Tanpa sedar, aku melepaskan keluhan kecil. Saat itu, baru aku teringat tentang lelaki 'kerek' itu. Ah! Pasti keselesaanku akan terganggu selama berada di situ.
"Kau selalu cakap TUHAN tak suka orang yang berkeluh-kesah tapi aku tengok kau sejak tadi asyik buat benda yang TUHAN tak suka tu." Teguran Wani terasa pedas di telingaku. Benar... aku sedar akan hal itu dan aku mengakuinya. Orang yang berkeluh-kesah adalah orang yang tidak tahu bersyukur. SubhanaALLAH!
"Kereta siapa tu?" soalku, pura-pura tidak tahu.
"Kereta abng aku lah tu..." jawab Wani. Setahuku, dia memanggil abangnya itu dengan gelaran 'alang'.
Jawapannya kedengaran mudah tetapi ianya ternyata tidak semudah yang aku rasakan saat ini. Kewujudan Ryann di rumah besar itu membuatkan aku tidak lagi rasa selesa seperti selalu.
"Apahal yang kau gelisah semacam aje ni?" Sekali lagi Wani menegurku. Kerutan di wajahnya jelas kelihatan, mengharapkan jawapanku.
"Aku... aku seganlah dengan abang kau tu," luahku padanya
Semakin berkerut dahi Wani memandangku. Dia kehairanan merenungku. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa, aku sekadar menggaru-garu kepala.
"Kau nak segan apanya?" Soalannya itu membuatkan aku terdiam. "Alaaa... abang aku tu okey. Cuma dia tu berat mulut sikit. Kau buat tak tahu ajelah, habis cerita," tingkah Wani kemudiannya.
Aku serba salah. Buat pertama kalinya aku rasa tidak 'aman' mahu melepak di rumah besar ini.
"Kau janganlah buat muka lempeng kau kat sini. Abang aku tu okey... lagipun, dia jarang lekat kat rumah. Kalau ada kat rumah pun, mesti membuta." Bersungguh-sungguh dia meyakinkanku tentang abangnya.
Sudahnya, aku pujuk hati membuang segala rasa yang tidak selesa itu apatah lagi bayangan Ryann langsung tidak kelihatan sewaktu kakiku melangkah masuk ke rumah itu. Mungkin tidur di biliknya seperti yang dikatakan Wani.
Sepanjang petang itu, aku hanya berbual-bual dengan Mak Yam sambil menolongnya mengoyak daun pisang untuk dibuat kuih. Katanya, hendak dibuat tepung bungkus untuk hidangan minum petang. Katanya lagi, Ryann memang gemarkan kuih tu yang memang jarang sekali dijual di kedai kalau bukan bulan Ramadhan. Hai... nama lelaki itu juga disebutnya.
Dari mengoyak daun pisang, hinggalah ke proses membungkus, Mak Yam turunkan segala ilmunya kepadaku. Dia langsung tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuannya dengan orang lain. Sedang aku terkial-kial menyudahkan bungkusan terakhir, Mak Yam pula sudah bangkit menuju ke singki, Ryann tiba-tiba muncul di situ dan dengan selambanya mengambil tempat di hadapanku, Di kerusi yang Mak Yam tinggalkan seketika tadi.
Buat sesaat, mataku terpaku melihat penampilan Ryann yang baru itu. Rambutnya sudah dipotong pendek. Wajahnya nampak bersih dari sebarang jambang. Sungguh kacak, lebih-lebih lagi paras wajahnya kelihatan segar seperti orang baru lepas mandi.
"You tak kerja kat tempat tu lagi ke?" Dia terus melontarkan soalan, mengejutkanku.
Bercerita tentang kerja, spontan hatiku rasa hiba. Wajahnya aku tenung. Matanya yang menggoda itu membalas pandanganku menanti jawapan.
"Tak." Aku menjawab sepatah dan kembali meneruskan kerja menyusun kuih-muih yang telah siap dubungkus ke dalam sebuah pengukus.
"Kenapa?" soalnya lagi.
Aku pandang wajahnya. Mahu sahaja aku jeritkan padanya bahawa aku telah diberhentikan kerja tetapi benteng kesabaranku masih menebalkan. Soalannya aku beiarkan sepi tanpa jawapan.
Tanpa mempedulikan dirinya, aku bangkit menapak ke singki untuk membersihkan tangan. Seketika kemudian, aku kembali semula ke meja dan membersihkan sisa-sisa daun pisang yang berselerakan di situ dan terus naik ke bilik, tetapi aku sedar perbuatan itu tidak elok.
"Belum boleh kukus lagi ke Mak Yam?" Aku bertanya Mak Yam tanpa mempedulikan renungan tajam Ryann yang berada di depanku.
"Sekejap lagi, airnya belum mendidih," jawab Mak Yam yang sedang berdiri di tepi dapur menunggu air yang direjangnya.
"Kenapa tak kerja lagi?" Sekali lagi dia mengulangi soalannya, pastinya tidak puas hati selagi aku tidak menjelaskan padanya.
Aku menoleh pandang ke arahnya. Belum sempat aku membuka mulut, Kelibat Wani sudah melenggang masuk. Pastinya dia baru pulang dari majlis amalnya.
"Eh! Umi dah balik?" Zura terjerit kecil seraya mendekati uminya.
"Eh! Umi dah balik!" Tiba-tiba kedengaran suara Amar pula yang entah dari mana datangnya sambil mencebik ke arah Wani.
"Hai... dah tua bangka pun masih nak menempel bawah ketiak umi," ejeknya sengaja mengundang marah Wani.
"Suka hati oranglah! Apa angah sibuk?" tingkah Wani.
"Bukan sibuk tapi, berbulu mata angah ni tengok," balas Amar lantas melabuhkan punggung di sebelah Ryann.
Umi sekadar menggeleng melihat telatah mereka manakala aku pula cuba menahan rawan di hati. Segala yang 'terhidang' di depan mata menggamitku ke zaman silam.
Melihat Wani dan angahnya ibarat melihat aku bersama Farhan bertelagah manja sementara ibu menjadi perantaraanya.Tidak ingin terus leka dan hanyut dalam buaian perasaanku, aku segera menyibukkan diri membantu Mak Yam membancuh air untuk minuman petang. Kata Mak Yam, kuih traditional ini lebih sedap jika dimakan bersama kopi O. Hmm... nampaknya, terpaksalah aku lupakan kesedapan itu kerana kopi bisa membuatkan migrainku datang menyerang.
"Liya bawa air ke depan dulu ya Mak Yam?" Aku bersuara sebaik selesai membancuh kopi. Wani sudah bersedia dengan dulang yang bersusun cawan di atasnya manakala umi sudah berlalu ke bilik untuk menukar pakaian.
"Hmm... mesti best air kopi ni." Amar memuji seraya menjelingku yang sedang menuang minuman itu ke dalam cawan. Dia sudah duduk di meja anjung rumah itu bagai tidak sabar-sabar untuk meneguk air tersebut.
"Apa yang bestnya? Pahit adalah!" Wani meningkah. Dia memang pantang mendengar suara Amar, ada saja hujah lelaki itu yang dipatahkannya.
"Mana ada pahit! Manis macam orang yang buatnya," bidas Amar setelah meneguk kopi di cawannya.
Sekilas aku menjelingnya. Dia yang sedang memandangku tersenyum meleret. Manakala Ryann yg turut berada di situ hanya bertindak sebagai pemerhati drama tanpa tajuk itu.
ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ
To be continued...
Nah, 1000+ words utk korang
Jangan lupa vote sudaa
Enjoy laa yee ~(^з^)-♡Vote pls... *wink
YOU ARE READING
0 1 | R Y A N N A U L I Y A (SU)
RomanceSakitnya hati! Aku tentang sinaran matanya dengan pandangan menolak. Wajahnya seperti selalu, nampak bersahaja walau dalam apa keadaan sekalipum. Malah, dia masih boleh tersenyum leave walaupun aku menunjukkan rasa marah. Mungkinkah dia jenis manusi...