1

1.1K 58 2
                                    

"Kau biar betul maya?" soal Marissa.

"Apa? Kau ingat aku main main ke?" balas Maya selamba. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik Maya.

"Takde la, kau macam orang bodo tahu tak? Dah la cuti seminggu. Kau nak pergi mana sebenarnya? Nanti aku nak jawab apa kalau Lecturer gila kau tu tanya?" soal Marissa seraya melabuhkan punggung di birai katil Maya.

"Alaa kau ni, cakap je lah aku ada emergency ke apa. Macam tak biasa." jawab Maya tenang. Dia mengeluarkan beberapa pakaian dari dalam almari baju lalu dilemparkan ke atas katil.

"Ha ya lah suka hati kau, tapi kau nak pergi mana?" soal Marissa lagi.

"Betul kau nak tahu?" soal Maya. Marissa mengangguk laju. Maya terus mendekati Marissa lalu tubuh dihenjakkan di atas katil.

"Macam ni, aku nak pergi Kuantan,"

"Ha! Ah ahh aduh aduhh...!" teriak Marissa kuat apabila lengannya di cubit Maya.

"Bising tahu tak?" jelas Maya. Marissa terus memuncung kecil.

"Okay sambung,"

"Aku nak pergi Kuantan sebab, aku nak cari satu rumah dekat Teluk Cempedak tu. Ada satu rumah ni, besar sangat. Aku macam tertarik dengan rumah tu. Aku jumpa rumah tu masa aku tingkatan 4 dulu, masa family aku pergi holiday,"

Kepala Marissa terangguk-angguk faham. Dia mendengar penjelasan Maya dengan penuh minat.

"Aku nak siasat rumah tu." sambung Maya lagi lalu dia terus bangun dari duduknya menuju ke tepi almari. Bagasi sederhana ditarik mendekati birai katil lalu zip bagasi tersebut dibuka.

"Ooooo...," Marissa hanya meng'O'kan sahaja sambil kepala terangguk-angguk berkali-kali.

"Eh tapi kenapa eh kau nak siasat rumah tu? Buang masa je tahu tak? Kau cuti seminggu ni sebab nak cari tahu pasal rumah tu ke?" soal Marissa walaupun sudah di terangkan panjang lebar tadi. Maya hanya mengangguk malas.

"Bila kau nak pergi ni?" soal Marissa.

"Esok." jawab Maya pendek tiada nada. Marissa mengangguk faham.

"Berapa lama duduk sana?" soal Marissa lagi. Maya memandang siling sambil mengetuk-ngetuk dagu dengan menggunakan jari telunjuk.

"Maybe, sehari sebelum cuti aku habis." jelas Maya. Marissa mengangguk lagi.

"Esok gerak pukul berapa?" soal Marissa sekali lagi.

"Pukul 9 la aku gerak. Esok class start pukul 2 kan?" soal Maya. Marissa mengangguk.

"Ha okay, kau boleh blah." halau Maya. Marissa mencebik kecil lalu terus keluar dari bilik. Maya tersengih selamba.

Selesai dia mengemas pakaiannya, Maya terus baring di atas katil. Tidak sabar ingin memulakan misinya yang sudah sekian lama di pendam.

"Dear Kuantan, mu tunggu aku datang."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam menunjukkan tepat 8:30 pagi. Sebentar lagi dia akan memulakan perjalanan untuk ke Kuantan. Tidak sabar rasanya ingin memulakan misi.

"Eh Maya, nanti kalau mak kau tanya aku nak jawab apa?" soal Marissa sebaik sahaja Maya melabuhkan punggungnya. Maya berdecit kecil.

"Tch..., kau ni dari semalam tak habis lagi ke soalan kau?" soal Maya bengang. Rimas betul dengan Marissa ni tak habis-habis mengajukan soalan.

"Nanti mak kau tanya aku nak jawab apa?" ulang Marissa. Maya mengeluh perlahan.

"Kau cakap la aku pergi camping ke lawatan ke mana mana je lah. Asalkan jangan bagitahu aku pergi Kuantan." jelas Maya. Marissa mengangguk faham.

"Aku rasa aku kena gerak dulu lah. Cepat gerak cepat sampaikan?" ujar Maya. Marissa mengangguk faham lalu mereka berdua terus bangkit dari duduk mereka. Langkah diatur ke pintu keluar

"Bawa kereta tu elok-elok, jangan laju sangat. Kau tu bukan boleh percaya. Kalau jalan straight laju je tekan minyak." pesan Marissa berbaur sindiran. Maya tertawa kecil. Lengan Marissa di sentuh lembut.

"Ala jalan straight kena la tekan minyak. Okay chaw luu." balas Maya lalu dia terus masuk ke dalam perut kereta.

Marissa melambai tangan ke arah kereta Maya sehingga kereta Maya hilang dari pandangan matanya. Sempat Maya menghonkan kenderaannya.

"Haih Maya Maya, kau memang gilalah." omel Marissa perlahan lalu dia terus melangkah masuk ke dalam rumah kembali.

Putera DiRajaWhere stories live. Discover now