2

569 34 9
                                    

Setelah hampir beberapa jam dia memandu di atas jalan raya, akhirnya destinasi yang dituju terpampang di depan matanya.

Maya terus memarkirkan kenderaannya di tepi pantai Teluk Cempedak lalu dia terus keluar dari perut kereta mendekati persisiran pantai.

Nafas ditarik lalu dihela perlahan. Tenang rasa hatinya dapat menghirup udara segar. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa dirinya itu membuatkan dia leka dibuai perasaan.

Jam tangan dipandang sekilas lalu dia terus mendekati keretanya kembali. Tubuh menerobos masuk ke dalam perut kereta dan pedal minyak ditekan.

Di saat dia sedang memerhatikan sekitar kawasan, retina matanya menyapa sebuah rumah yang ditunggu-tunggu olehnya selama ini.

'Yes! Rumah tu!' getusnya. Dia terus memandu mendekati rumah itu lalu kereta diparkir di seberang jalan berhadapan dengan rumah itu. Matanya ralit memerhatikan sekeliling rumah.

Sedikit pun reka bentuk rumah itu tidak berubah selama 9 tahun dia menunggu. Maya menarik nafasnya dalam lalu dihela perlahan.

"Rilek Maya rilek, kita rest dulu." omelnya lalu dia terus memandu meninggalkan perkarangan rumah itu. Hotel yang ditempah dituju olehnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maya yang baru sahaja selesai membersihkan dirinya itu melangkah ke luar balkoni. Keheningan malam yang dihiasi dengan cahaya bulan dan bintang itu mengisi kekosongan di langit gelap.

Dia mengeluh perlahan. Bunyi hempasan air laut menghempas persisir pantai itu sedikit sebanyak menenangkan hatinya yang gusar dan serabut.

"Apa motif aku yang sebenar ni? Datang ke sini semata-mata untuk menyiasat sebuah rumah banglo yang membuatkan aku tertanya-tanya selama 9 tahun, selepas itu? Aku nak buat apa?" soalnya kepada diri sendiri. Tiba-tiba dia merasakan dirinya bodoh seketika.

Macam mana nak siasat rumah tu?

Nak pecah masuk?

Kalau dituduh menceroboh macam mana?

Nafas dikeluh kasar. Wajah diraup perlahan.

Stress.

Ting!

iPhone miliknya berbunyi seketika menandakan mesej masuk. Maya memandang sekilas lalu langkah terus diatur mendekati birai katil. Punggung dilabuh dan telefon pintarnya dicapai.

Skrin telefon dipandang lalu chat di notification itu dibaca. Maya terus membuka chat tersebut.

Marissa☠️

Kau dah sampai ke?
Eh mestilah dah
Okay ke?
Dah makan ke belum?

Aku okey je dah sampai dah
Dah, dah makan dah

Dah jumpa ke rumah tu?

Maya terdiam sejenak.

'Perlu ke aku bagitahu pasal apa yang aku fikir ni?' getusnya. Kuku digigit kecil.

"Bagitahu je lah." gumamnya lalu di terus menaipkan pesanan.

Dah tapi...
Tiba-tiba aku rasa bodoh pula
Bodohnya akuu...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 10, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Putera DiRajaWhere stories live. Discover now