CHAPTER 1

29 6 0
                                    

Beberapa Hari Kemudian...

Nada dering iPhone itu bergema di ruang dapur kecilnya. Jaehwa yang baru selesai menumis segera mengesat tangan pada apron sebelum mengangkat panggilan. Skrin memaparkan nombor asing, namun suara di hujung talian segera menghapus sebarang tanda tanya.

"Hello, Jaehwa! Aku ni Jaehyun. Nombor baru." Nada suara lelaki itu ceria seperti selalu, seolah-olah dunia ini hanya permainan yang mudah dikendalikannya.

"Oh, Jaehyun? Kenapa call tiba-tiba?". Jaehwa menyoal sambil mengerutkan kening, pelik dengan panggilan tidak diduga itu.

"Aku nak maklumkan sesuatu. Hospital daddy aku tiada kekosongan untuk surgeon. But don't worry, aku dah jumpa hospital lain untuk kau. Dekat Gangnam jugak! Hospital daddy Doyoung. Kau ingat tak Doyoung? Best friend aku masa high school dulu? Ha, hospital daddy dia ada kosong, and aku dah reserved tempat untuk kau. Kau okay tak?"

Jaehwa terdiam seketika, mencerna kata-kata lelaki itu. Ada sesuatu yang menyesakkan dadanya—bukan kerana berita tentang hospital itu, tetapi kerana betapa mudahnya Jaehyun menguruskan segala-galanya untuknya.

"Susahkan awak je. Kan saya dah kata saya boleh cari sendiri? Tapi apa pun, terima kasih. Tak kisahlah hospital daddy siapa pun, asalkan ada kerja. Saya ingat Doyoung tu... yang comel macam rabbit tu kan? Tak tahu pula saya daddy dia pun pengarah hospital. Ingatkan awak dengan Jaemin je. Eh, sorry banyak cakap. But, thank you again!"

Jaehwa tersenyum kecil, walau pun dalam hati dia tahu, dia berbohong. Seluruh sekolah tahu siapa keluarga Doyoung. Hanya dia berpura-pura tidak tahu, seolah-olah dengan cara itu, jurang di antara mereka akan tampak lebih kecil.

"Kau dah dapat rumah sewa?" soal Jaehyun tiba-tiba.

Jaehwa menghela nafas pendek. Lagi-lagi tentang itu...

"Err... belum. Weekend ni saya pergi Gangnam. Saya cari rumah. Saya daftar masuk kerja minggu lagi satu kan?"

"Aah, minggu satu lagi. Tak payah susah cari rumah sewa. Kau duduk je kat kondo aku. Since aku tinggal dengan family aku, kondo tu pun terbiar."

Jaehwa tersentak. Dia menelan air liur. Duduk di kondo Jaehyun? Itu bukan satu pilihan.

"Errr... saya tak nak la kondo. Saya nak sewa bilik atau rumah biasa. Saya bukan anak orang kaya macam orang lain!". balasnya lembut, cuba menolak dengan cara paling sopan.

Jaehyun tertawa kecil di hujung talian. Seolah-olah sudah menjangka jawapan itu.

"Kau jangan risau la. Kau bayar je berapa kau nak bayar. Aku cuma nak rumah tu ada orang huni. Nanti kau dah stabil, kau nak beli banglo ke, apa ke, suka hati kau la. Alang-alang kan. Kau bayar je sewa harga bilik."

Jaehwa mengetap bibir. Dia tahu perangai Jaehyun. Kalau dia sudah cakap 'A', maka 'A'-lah jawapannya. Tiada siapa boleh membantah.

"Iyalah, thank you. Kalau macam tu, weekend ni saya pergi sana. Nak masukkan barang terus. Awak kan tak sabar nak rumah tu ada orang? So, saya cepat-cepat pindah masuk! Kalau sempat esok juga saya pergi,"balas Jaehwa dengan nada menyindir.

Jaehyun tertawa kecil. "Kau ni perli pulak! Okay lah, apa-apa maklumkan dekat aku. Kalau kau nak datang sini, call aku. Aku boleh jemput."

"Errr, tak perlu la. Saya naik train atau bas je. Dah, awak jangan berlagak macam ayah-ayah nak mengarah saya. Bye! Saya nak sambung masak. Terima kasih!". Jaehwa segera menamatkan panggilan sebelum lelaki itu sempat membalas.

Namun sebaik sahaja talian terputus, dia terdiam. Hatinya terasa aneh. Rindu? Tidak mungkin.

"Sedarlah diri kau, Jaehwa. Dia anak siapa, kau siapa. Enggang takkan pernah terbang dengan pipit!"

You'll also like

          

Dia menggenggam erat telefon di tangan. Tidak, dia tidak boleh membiarkan hatinya berkhayal. Meskipun dia kini sudah bergelar doktor bedah, dia tidak akan sesekali lupa asal usulnya. Dia bukan daripada dunia mereka.

"Jung Jaehyun tak layak untuk kau. Berhenti berangan, Jaehwa!"

Jaehwa memejam mata. Cuba menenangkan debar di dada. Namun kata-kata itu, entah mengapa, terasa seperti menusuk lebih ke dalam...

________________\\\________________

"Hello, Jaehyun. Saya ni. Boleh send address kondo awak tak? Saya dah sampai Gangnam."

Suara Jaehwa terdengar dalam nada lembut, hampir berbisik, sebaik sahaja talian bersambung. Hatinya berdebar, bukan kerana takut, tetapi kerana perasaan yang bersimpang siur. 

Di hujung talian, Jaehyun menarik nafas panjang sebelum membalas dengan suara yang sedikit tegas. "Kau ni degil la. Aku dah cakap kalau nak datang sini, call aku dulu. Aku ambil kau. Dah tu, kau heret bagasi atas bas ke?"

Jaehwa tertawa kecil, cuba menyembunyikan keletihan. "Takpe, saya kan kuat. Cepat eh send location. Saya takut hujan sebab awam dah mendung ,nanti susah nak dapat teksi."

Jaehyun mendengus. "Kau tunggu dekat bus stop tu. Aku datang ambil. Jangan melawan cakap."

Klik.  Tut....

Talian terputus, dan Jaehwa terkedu. Dia sebenarnya tak suka menyusahkan Jaehyun. Sudah cukup lelaki itu bersusah payah untuknya—mencarikan kerja, memberi tempat tinggal, malah selalu ada saat dia memerlukan. 

Beberapa minit kemudian, telefon Jaehwa bergetar. 

Jung Jaehyun
Kau tunggu situ. Kawan aku, Doyoung, ambil kau. Kunci kondo pun ada dekat dia. Aku ada hal urgent. Kau kenal lagi tak muka Doyoung tu? Jap aku send gambar.

Jaehwa merenung skrin telefonnya lama. 

Kim Doyoung. 

Nama yang pernah menghiasi hatinya. Nama yang pernah menemaninya dalam gelap dan sunyi. Nama yang pernah menjadi cerita yang tak pernah selesai.  Cinta pertamanya yang lama ia kubur.

Dan kini, dia akan bertemu lagi dengan cinta pertamanya. 

- - -

Flashback: Enam Tahun Lalu...

Langit malam membiru pekat, dihiasi cahaya lampu jalan yang samar. Jam sudah melewati tengah malam, dan Jaehwa melangkah pulang dengan langkah lesu. Hari itu panjang, terlalu panjang. Dia baru habis bekerja di kedai serbaneka, mencari wang untuk keperluan hidupnya. 

Tiga bulan lagi dia akan terbang ke Ireland untuk mencapai cita-cita ibu ayahnya, tetapi buat masa ini, dia hanya gadis yatim piatu yang bekerja keras untuk masa depan. 

Namun, malam itu berasa lain. Ada sesuatu yang tidak kena. 

Dia dapat merasakan kehadiran seseorang di belakangnya. Nalurinya berbisik agar mempercepat langkah, tapi— 

Brukk! 

Bajunya direntap kuat. Tubuhnya terjatuh ke tanah. 

Sebuah suara yang amat dikenalinya bergema di udara. "Hai budak miskin. Long time no see!"

Yunho. 

Wajah lelaki itu diterangi cahaya lampu jalan, senyum sinis menghiasi bibirnya. Di tangannya, sebilah pisau berkilau di bawah remang malam. 

"Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau? Aku dimalukan satu kelas sebab kau! Tak mungkin aku nak biar hidup kau aman!"

Jaehwa cuba untuk melawan, tubuhnya menggigil. "Yunho... lepaskan saya. Saya tak pernah cakap apa-apa dekat cikgu... saya tak tahu apa-apa!"

Let me be your endgame Where stories live. Discover now