Tengku Nahasya Amelya , seorang gadis berumur 14 tahun materialistik yang berfesyen. Memiliki wajah yang cantik , membuatkan ramai pelajar lelaki berminat dengannya. Namun tidak bagi seorang lelaki ni , ya dia ,
Aiden Mikael.
Seorang yang amat somb...
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Buat seketika mata kami bertembung.
1 saat.
2 saat.
3 saat.
Dan aku melarikan anak mataku dari mata itu. Seram beb!
Anak mataku memandang dia sekali lagi. Kalini, matanya tetap memandangku lalu diturunkan menunjuk ke kerusi dihadapannya.
Dan aku disitu, blur.
Maaf ya anak-anak. Blur aku baru sampai.
"Sinilah, yang kau tercegat dekat situ macam patung cendana buat apa?" marah orang itu. Dan aku cepat-cepat menuju ke meja tersebut lalu menarik kerusi dihadapannya.
Tanpa sebarang mukadimah dan sebagainya, terus sahaja dia menghulurkan sekeping kertas kepadaku. Dengan muka kosong dia tu, ey ringan je tangan ni nak bagi penampar sulung aku.
Macam kena paksa rela buat kerja.
Aku mengangkat kening seraya memandang kertas tersebut.
Depan aku ni ialah sekeping Aiden Mikael yang sombong dia masya ALLAH putus nyawa aku.
Aku hanya menayangkan muka menyampah.
Aku lihat sebentar kertas tersebut.
Oh borang persetujuan ibubapa untuk melantik aku menjadi pengawas sekolah.
Eh what? Dilantik pengawas sekolah?
Aku membaca balik satu-satu perkataan yang terkandung di kertas itu. Betullah.
OMG FINALLY! MY DREAM COMES TRUE!
Aku menjerit didalam hati.
"Yang kau tenung kertas tu macam nak tembus kenapa?" oh lupa pula malaun ni ada dekat depan aku lagi.
Aku hanya menjelingnya.
"Ni je? Ada apa-apa lagi? Aku nak naik kelas dah ni." soalku. Dalam hati aku berharap dia melepaskan aku balik kekelas.
Tak kose aku duduk lama-lama dengan dia!
"Cikgu nak benda tu esok, kalau tak pelantikan kau dibatalkan." ujar Aiden Mikael, dingin. Aku hanya mengangguk kecil lalu mengangkat kaki ke pintu PSS.
Dia ni kan, kalau boleh dinginlah lagi. Padan sangat dengan muka dia tu. Ketat memanjang. Bapak singa jumpa dia pun, bapak singa tunduk. Ceh hiperbola lebih.
Sampai sahaja dikelas, cikgu waktu pertama dah start mengajar.
Namun dia hanya membenarkan aku masuk tanpa banyak kata, mesti ketua kelas dah bagitahu. Baik ah!
Aku terus duduk ditempat duduk aku. Dan mengelamun. Well, budak pandai kan, eheh!
"Nahasya, jawab soalan ni." secara tiba-tibanya, Cikgu Fadilah menyuruh aku menjawab soalan didepan. Dahlah tadi aku berangan aku kahwin dengan anak raja. Hensem woo!
Aku meneliti papan putih. Dengan langkah yang maha berat Astaghfirullahalazim aku kedepan.
Aku mengambil marker pen dari tangan Cikgu Fadilah. Aku meneliti soalan yang terletak di papan putih. Oh kacang je ni.
Lalu tangan aku laju menulis pada papan putih. Heh, ni Tengku Nahasya Amelya lah, semua benda boleh buat. *Riak jap*
"Bagus Nahasya. Tepat sekali. Boleh duduk." puji Cikgu Fadilah sebaik sahaja aku siap menulis jawapan dipapan putih. Fuh lenguh kuku aku!
Selepas 20 minit,
Kring !!!
Bunyi loceng menandakan waktu pertama sudah habis. Sebaik sahaja Cikgu Fadilah melangkah keluar, terus sahaja si minah kepoci ni datang dekat dengan aku.
Siapa lagi kalau bukan si Nahyra ni.
"Weh Hasya, kau nak tahu tak, Bella tu kan, dia dah ' kiok ' dengan Hazim." cerita Nahyra bersungguh-sungguh. Nahyra ni memang, selalu jadi penyampai berita tak bergaji aku.
"Weh seriously? Bella yang gedik gila nak mampus tu? Yang rambut beruban tu? Yang asyik nak menang tu?" ceh bukanlah beruban. Tapi dia warnakan rambut dia jadi warna kelabu-putih. Nampak macam uban you know?
"Yes." aku ternganga. Bukan kesian, terkejut, sebab diaorang tu, dia punya bahagia macam diaorang dah kahwin dah ada 5 orang anak. Menyampah aku.
"Tapi the problem is, Hazim have crush on you. And Bella know about that. I think you should more careful. Kau bukan taktahu Bella tu macam mana." ujar Nahyra panjang lebar. Aku hanya mengangguk. Bella tu bukannya boleh jangka. Dia akan buat saja apa yang dia nak. Dia nak bunuh orang pun ketip kuku je siap.
"Oh ya, weh nak tahu ta ---" belum sempat aku nak ceritakan pasal kucing aku makan cococrunch semalam, cikgu waktu kedua masuk.
"Bangun! Selamat pagi Puan Nurul." dan serta-merta satu kelas turut memberi salam kepada guru tersebut. Cantik gilalah cikgu ni. Kecil molek je. Kalah aku. Ha cikgu ni lah yang tegur aku tadi tu. Kecut pancreas aku.
Tap!
Tap!
Tap!
Fuh dia punya bunyi kasut tumit tinggi lain macam. Kelas sebelah lagi sebelah pun boleh dengar.
"Hai Assalammualaikum kelas. Nama saya Nurul Suhaida, boleh panggil Puan Nurul. Saya akan mengajar kamu semua subjek Bahasa Melayu. Harap semua murid boleh beri kerjasama." secara begitu tiba-tibanya guru itu mengenalkan dirinya. Kami yang tadi tak duduk-duduk lagi hanya mengangguk kecil.
Dan sekali lagi, secara begitu tiba-tibanya Amir Hazim mengangkat tangannya ingin menanyakan soalan.
"Cikgu dah kahwin ke? Cantik betul."soal seketul Amir Hazim selamba. Entahlah nak kata bodoh kesian pula. Dah terang dia suruh panggil puan, dah kahwin lah maknanya.
Cikgu tersebut tersenyum. "Dah, dah ada dua anak dah pun." aku tergamam sebentar.
Dah ada dua anak? Still mantain? Still lawa? Omg my insecure sampai ke level keberadaan ayah pin. Okay gurau.
"Apasal cikgu ni cantik sangat dho, cemburu aku." bisik Nahyra. Aku hanya mangangguk tanda setuju.
"Okay kelas, keluarkan buku teks Bahasa Melayu, satu buku garis satu dan dua buku karangan dalam kiraan tiga satu dua tiga!" maka satu kelas pun speechless.