Bab 9

2.1K 357 65
                                    

9

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

9.00 pagi, Xavier's School For Gifted Youngeste.

Faye yang sudah lengkap beruniform sekolah melangkah keluar daripada biliknya. Sempat dia memasukkan telefonnya ke dalam skirt sekolah miliknya.

Dia berjalan keluar daripada apartment itu sambil memerhati wajah setiap pelajar yang melintasinya.

Sekolah ini tidak seperti yang disangkakan olehnya selama ini. Sekolah ini memang terjaga rapi dan sangat mewah. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pelajar yang mempunyai kelebihan masing-masing.

Faye meneruskan langkahnya ke sebuah kelas yang terletak di aras 1. Iaitu 1-A Youngeste.

Jantungnya berombak laju apabila berhenti di hadapan pintu kelas tersebut. Faye menarik dalam nafasnya. Perasaannya yang seperti sudah lama tidak kembali ke sekolah itu akhirnya datang kembali. Boleh ke dia bersekolah seperti dahulu? boleh ke dia mempunyai rakan-rakan dalam hidupnya yang selama ini hanya bertemankan memorinya sahaja.

Baru sahaja Faye ingin mengetuk pintu, satu tangan memintas tangannya untuk mengetuk pintu tersebut.

Faye terhenti lalu memandang ke arah lelaki yang pantas memintasnya itu.

Lelaki itu hanya tersenyum memandangnya.

"Good morning semua!!!" dengan semangatnya Lelaki itu membuka pintu kelas itu dengan senyuman terpancar di bibir.

"GOOD MORNING FASTER!!!" Seorang perempuan di dalam kelas itu terus menyapa Faster.

Faye terkaku memandang pelajar-pelajar di dalam kelas barunya itu. Masing-masing membuat kerja sendiri dan kelihatan semua tersenyum gembira bersama rakan-rakan mereka.

Kelas 1-A

Faye memeluk buku tebal yang dibawanya sambil berjalan setapak demi setapak memasuki kelas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faye memeluk buku tebal yang dibawanya sambil berjalan setapak demi setapak memasuki kelas itu.

Semua mata memandang ke arah gadis asing yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

"Budak baru?"

"Sejak bila?"

"Kau tak salah kelas kan?"

You'll also like

          

Faye tidak tahu mahu membalas bagaimana setiap persoalan mereka. Kakinya hanya melangkah perlahan sambil memerhati meja kosong di dalam kelas itu.

Kelas 1-A kelihatan ada dalam 7 orang pelajar sahaja dan termasuk Faye menjadi 8 orang jumlah keseluruhannya.

Sikitnya...

Terdetik seketika di hati Faye.

Faye melihat jumlah meja di kelas itu. Hanya ada tujuh sahaja. Habis dimana tempatnya?

"Weh budak baru..."

Faye memandang ke arah orang yang menegurnya.

Lelaki yang berkulit pucat dan matanya tidak terlalu kelihatan kerana ditutupi oleh rambut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lelaki yang berkulit pucat dan matanya tidak terlalu kelihatan kerana ditutupi oleh rambut. Hoodie tersarung dikepalanya membuatnya perwatakannya agak membuatkan sesiapa pun akan tertanya siapakan lelaki itu.

"ye?" Perlahan sahaja suara Faye menjawab.

Lelaki itu merenung wajah gadis itu lama membuatkan Faye sedikit gerun. "Kau member yang Prince kata tu kan"

Faye terdiam beberapa saat.

Prince?

Oh!

Member Prince kot dia ini. Sebab itu dia kenal Prince.

"ye kot.." balas Faye kekok. Lelaki itu kemudiannya menunjukkan ke arah meja kosong disebelahnya.

"Duduk lah sini, tuan dia tak datang hari ni.. sementara tunggu meja kau sampai" Pelawa lelaki itu. Faye yang masih teragak-agak itu hanya melangkah perlahan ke arah meja disebelah lelaki itu.

"Thanks" ucap Faye.

Lelaki itu tidak membalas apa-apa dan kembali tidur dengan meletakkan kepalanya di atas meja sambil memeluk lengannya.

Faye memerhati sekeliling kelas itu. Nampaknya kehadirannya masih menjadi perhatian budak kelas itu. kerana masing-masing masih memandang ke arahnya.

Seorang perempuan bermata kelabu dan berambut Blonde mendekatinya. Faye agak terdiam melihat betapa pucatnya kulit perempuan tersebut.

 Faye agak terdiam melihat betapa pucatnya kulit perempuan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-Where stories live. Discover now