❝Welcome to El Castillo, milady.❞ Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adalah ketika dia dibawa ke El Castillo. Dikhabarkan tukang ramal istana yang dia satu-satunya gadis yang sesuai untuk berkahwin dengan Crown Lord Ochumadora membuatkan dia tertanya-tanya. Siapa dia sebenarnya? ❝Kenapa kau khianat?❞ Satu demi satu ujian dia hadapi selepas bergelar seorang isteri dan maharani. Namun, dia alpa kerana cinta. Hakikatnya, dia hanyalah boneka dalam permainan takdir. ❝Kalau Tuanku nak selamat, Tuanku kena ikut patik. Cepat!❞ Masa itu tiba. Kebenaran di sebalik penipuan yang tidak dia sangkakan terungkai. Semua persoalannya selama ini terjawab dengan sebuah pengakuan yang menyayat hati. ❝Jangan lupa sampaikan salam sayang dari adindanya ketika kamu bertemu nanti.❞ Mampukah dia mengubah takdir hidup yang diatur untuknya?
42 parts