٢٢ | Pregnant 2.0

805 107 38
                                    

Aku percaya bukan hanya aku seorang yang sedar perubahan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku percaya bukan hanya aku seorang yang sedar perubahan aku. Emosilah perubahan paling ketara yang aku perasan. Dan kerana itulah, aku berada di ruang medik saat ini.

Aku gigit bibir sendiri. Feyrose tersengih melihat aku yang keresahan. Dia tabib istana yang baru sahaja mencampurkan urin aku dengan wine untuk memeriksa sama ada aku hamil atau tidak.

Feyrose melabuhkan punggungnya di sebelahku. Di tangannya ada mangkuk yang tertutup oleh kain. Mangkuk tersebut berisi campuran urin dan wine tadi. "Tuanku dah bersedia?" soalnya sambil tersenyum ceria.

Pertanyaannya buat aku tarik nafas dalam-dalam. Okay, sedia. "Apa keputusannya?" soalku tak mahu berlengah lagi.

Kain yang melindungi mangkuk diangkat. "Warna urin berubah. Itu tandanya tuanku sah hamil." Feyrose menghulur senyuman lebar buatku.

Aku terkedu. Aku tak salah dengar kan?

"Be... benarkah apa yang beta dengar ini, Feyrose?" Aku menyoal. Masih terkejut.

"Benar, Tuanku. Kandungan Tuanku sudah cecah dua minggu."

Aku tekup wajahku, menangis di situ. Denzell, patutlah isteri awak lain macam kebelakangan ini. Isteri awak mengandung rupanya!

"Seperti sekarang, Tuanku memang akan kerap alami perubahan emosi. Mudah tersentuh, mudah marah. Tuanku akan mula rasa sengal bahagian belakang badan, pinggang. Tak lupa juga, rasa pening, ingin pitam dan mual," jelas Feyrose panjang lebar.

Aku kesat air mata lantas mengangkat kepala. "Ada apa-apa yang beta tak boleh makan ke?"

"Keju dan alkohol. Ada banyak lagi tapi hanya dua bahan ini saja yang cef Tony selalu hidangkan."

Aku mengangguk faham. Ingat itu, Lea. Tak boleh makan keju, makanan yang ada alkohol dan minum air beralkohol. Tak elok untuk anak kau.

Bahu Feyrose aku pegang sambil mata menatap dia. "Feyrose, janji dengan beta kamu takkan beritahu sesiapa tentang kandungan ini. Termasuklah baginda Denzell."

Jangan salah faham. Aku nak mereka tahu dari aku sendiri. Terutama sekali suami aku, Denzell.

Feyrose mengangguk. "Baik, Tuanku." Siapalah dia nak mempersoal perintah maharaninya?

+

Aku keluar dari bilik Feyrose setelah dia selesai memberi nasihat untuk aku yang baru saja disahkan hamil. Aku yang mahu membelok untuk menuruni tangga terhenti saat Denzell tiba-tiba muncul menerpa bahuku.

"Sayang, puas aku cari kau." Wajahnya masam. Mungkin letih berpusing satu istana mencari aku.

Bibirku automatik tersengih. "Hehe, maaf." Aku mula menuruni anak tangga penuh berhati-hati. Sudahlah banyak anak tangga. Ini kalau tersilap langkah mahu gugur kandungan aku.

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now