FiqAnNur

Hai followers FiqAnNur 
          	
          	Saya (as Amarfi) ada jual ebook bertajuk 3 Years Later dengan harga RM12. Di bawah ni blurbnya. Kalau berminat, boleh whatsapp saya di 011 6340 0544. 
          	
          	Terima kasih.
          	.............
          	
          	Bangun dari tidur dan tiba-tiba ada lelaki tak dikenali di sebelah. Bunyi macam mimpi, tapi itu yang sedang terjadi dalam hidup Mimi, pagi selepas dia meraikan hari jadinya.
          	
          	“Pinas! Aku kena kidnap wei! Aku taktau aku ada dekat mana! Aku takut ... aku nak buat apa ni?” - Mimi
          	
          	“Please tell me you’re joking. You tahu kan I siapa?” - Bi
          	
          	“Yo, wassup mommy-to-be? Morning sickness macam mana? Dah boleh handle?” - Finaz
          	
          	“Kak Mimi tak kenal Aki ke?” - Aki
          	
          	Memori 3 tahun Mimi hilang lesap seperti langsung tidak pernah berlaku. Isu kecil jadi makin mengelirukan bila lelaki yang memanggilnya Sayang itu sering membuat Mimi naik gila. Tak tahu nak percayakan cerita yang mana.
          	
          	Bila semua persoalan dah terjawab, Mimi pula tak boleh terima hakikat. Kisah 3 tahun lepas dan 3 tahun kemudian yang bercanggah membuatkan ada saja perkara negatif menerjah fikiran.
          	
          	“Awak tak ada kekasih gelap kan?” - Mimi
          	
          	“Kisah you benci I tu bukannya bulan lepas, Yang. Itu 3 tahun lepas. Sekarang ni dah 3 tahun kemudian. You kena tahu bezakan dua perkara tu.” - Bi
          	
          	Yang Mimi mahu cuma kebenaran, tapi adakah kebenaran itu semanis yang Mimi harapkan?

ainannn_

@FiqAnNur sama². Btw sis, knapa dlm kompilasi cerpen cerita kita sdh tiada ya?
Reply

FiqAnNur

@ainanmansur_ terima kasih (^_^)
Reply